Tuesday, May 7, 2019

Resepi Ayam Ungkep sempena bulan Puasa ni cari-cari idea nak masak apa untuk berbuka.



Resepi Ayam Ungkep


Bahan Resepi Ayam Ungkep Jawa

1 ekor ayam
1 batang serai diketuk
1 keping asam keping
3 helai daun limau purut
Sedikit air
2 senduk minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan jintan putih ditumbuk
1 sudu makan jintan manis ditumbuk   *3 bahan ni Ditumbuk 70% hancur dengan lesung batu
1 sudu makan ketumbar ditumbuk

Bahan kisar untuk perasa ayam ungkep

2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci hali
1 inci kunyit hidup
2 batang serai
12-20 cili padi hijau

Cara penyediaan resepi ayam ungkep mudah:

#1: Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar beserta jintan manis, jintan putih dan bji ketumbar. Tumis hingga pecah minyak dengan api sederhana.

#2: Baru masukkan ayam, asam keping, sera diketuk, daun limau purut dan gaul sebati bersama bahan tumis. Tutup periuk dan biarkan ayam masak dalam tempoh 30-40 minit dengan api kecil.

#3: Buka tudung periuk selepas ayam dah empuk dan barulah masukkan air jika perlu. Sesuaikan rasa dengan garam serta gula. Dah siap ayam ungkep nya!.


gambar  dan resepi ni adalah hasil dari Google sahaja. Gambar ayam ungkep sendiri punya Baru ada impian je yang ada sekarang ni, hehehehe...


Tuesday, April 9, 2019

Share lagi pasal gambar saya kat TOP # Instagram.. Yuhuu!




Sejak cuti sekolah bulan Mac 2019 tempohari, agak kebizian saya dengan kenduri kahwin. Mula-mula Sabtu cuti sekolah minggu pertama kami ke Raub hantar rombongan pengantin kahwin (sepupu belah abah saya) Sabtu penghabis cuti sekolah pula kami balik Dungun kampong suami, anak (perempuan) abang ipar kenduri nikah kahwin. Lat seminggu nya join menghantar pengantin majlis bertandang belah lelaki nya di Port Dickson.

Alhamdulillah juga saya dapat siapkan 3 pasang baju untuk sendiri pakai masa kenduri kahwin tu.  Badan dah menyado ni, kena lah buat kurung baru untuk ke kenduri. Kenduri kendara kahwin ni, mesti lah penuh dengan gambar je. Saya pun tak terkecuali, rajin juga la masa tu update Instagram,  Walaupun takde sape yang nak bergambar dengan saya kat kenduri tu, rajin je saya bergambar-gambar sendiri. Walau ajak suami dan anak-anak bergambar macam nak tanak je possing, tak kisah la kan.. janji muka saya sengih dan mesra je berpossing. Esok-esok kot saya dah takde, mane tau gambar² ceria saya ni boleh jadi pengubat rindu keluarga. Tepek gambar kat Instagram, tak lupa besertakan dengan #(hashtag) gambar saya tu. Bila dah up IG post tu, terus saya tengok gambar mana yang paling top dalam hashtag tu.. bila dah gambar saya ter jadi sebagai Top, walahhh!! Happy kemain le saya ni.. jam tu juga save screenshot terus, tepek kat entri blog untuk kenangan diri sendiri.
Benda-benda macam ni boleh membahagiakan sangat-sangat tau.. nak-nak untuk orang yang #foreveralone macam saya ni.



#anaksedarakahwin





#majlisbertandangbelahlelaki



Hujung bulan April ni sepupu belah mak saya pulak nak nikah kahwin bersanding bertandang. Huhuhu sepupu perempuan saya yang ke 6 akan berkahwin. Sepupu perempuan belah mak saya amatlah limited berbanding dengan sepupu lelaki berderet-deret lelaki. Itu pasal saya ni ganeh sikit, sebab masa kecik-kecik dulu memang berkawan dengan sepupu bebudak jantan je semuanya. Siap merayau masuk hutan la apenye la..Saya satu-satunya kakak sepupu yang paling tua among the sepupu's perempuan dalam family sebelah mak saya. Setakat ni sepupu perempuan baru 5 orang aje yang dah berkahwin (termasuk saya). 
tinggal 5 orang je lagi sepupu perempuan yang ada yang belum kahwin. Sebabnya mereka masih di bangku sekolah menengah lagi. Kalau dah start kerja, memang terus kena sambar ajela kami-kami ni, tak di lengah-lengah. hahahaha..

Dapat orang Terengganu juga sepupu saya yang nak kahwin hujung bulan ni.. haduiiilaaa.. penuh keluarga saya ni dapat kat orang Terengganu. Punya le banyaknya negeri dalam Malaysia ni, again, Terengganu gak perginya. Macam le takde orang negeri lain kan.. saya ni pun dulu, ingatkan suami ni orang pure Key Elll… ropenya Dungun Tengganu nun… huhuhuhu..itulah kan! Yang kita memang tak nak taknak tu lah yang dapat kat kita.






Thursday, March 28, 2019

*Hebatlah!* Kagum dengan Brunei nak jalankan Hudud bulan depan


Brunei akan laksanakan Hudud 3 april 2019


gambar dari NST


Bermula 3 April 2019 minggu depan, Brunei akan mula menguatkuasakan hukuman sebat atau direjam hingga mati bagi beberapa kesalahan seksual, termasuk homoseks, zina dan rogol.

Sebelum iniSultan Brunei yang juga Perdana Menteri mengumumkan undang-undang syariah itu akan dilaksanakan dalam tiga fasa.
Dalam fasa pertama yang dilaksanakan pada Mei 2014, umat Islam yang melakukan kesalahan hamil luar nikah, tidak solat Jumaat dan mempromosikan kepercayaan lain selain Islam, boleh dikenakan denda atau penjara.
Sebelum ini, hukuman untuk kesalahan seks sejenis di Brunei ialah penjara sehingga 10 tahun.

Namun, menurut pertubuhan hak asasi manusia, pelaksanaan fasa kedua dan ketiga undang-undang Syariah itu membolehkan pesalah disebat atau direjam dengan batu sampai mati terhadap umat Islam yang melakukan kesalahan zina, liwat dan rogol serta kesalahan lain, seperti minum arak dan mencuri.

Brunei menangguhkan pelaksanaan dua fasa terakhir berikutan bantahan masyarakat antarabangsa pada 2014 namun menurut pengasas pertubuhan hak asasi manusia The Brunei Project, Matthew Woolfe, negara itu mahu melaksanakan kedua-duanya mulai 3 April ini.

Banyak pertubuhan bukan kerajaan dan hak asasi manusia membantah pelaksanaan undang-udang syariah itu. Pertubuhan hak asasi manusia berpangkalan di Manila, ASEAN SOGIE Caucus, mengesahkan pelaksanaan kedua-dua fasa itu pada 3 April berdasarkan dokumen kerajaan.

Jabatan Perdana Menteri Brunei tidak membalas pertanyaan melalui e-mel.
“Kami sedang berusaha memberi tekanan kepada kerajaan Brunei namun masa ada sebelum undang-undang itu dilaksanakan amat singkat,” kata Woolfe yang mendesak kerajaan lain mengenakan tekanan diplomatik.
Menurutnya, perkara itu hanya diketahui melalui kenyataan di laman web peguam negara yang dimuat naik hujung Disember lalu namun hanya disedari minggu ini.

Brunei, bekas jajahan British mempunyai 400,000 penduduk dengan 67 peratus beragama Islam.

artikel asal dari HMetro

Wednesday, March 27, 2019

Simpan sini gak lah untuk kenangan kita jadi Top



Seronok rupanya bila jadi Top dalam Hashtag Instagram ni ya..Simpan dalam blog untuk di jadikan kenangan, Gambar kami anak beranak ni masa cuti cuti keluarga ke Cameron Highlands semasa cuti sekolah bulan 3, 2019 baru-baru ni. Cuti-cuti ni yang sebenarnya bukan lah percutian yang di rancang untuk bercuti in reality.

Asal-asal nya kami join rombongan hantar pengantin ke Raub. Dah alang-alang sampai area Pahang ni,Kita lajak kan sikit langkah ke Cameron Highlands.

Up gambar kat Instagram ber hast tag kan #BohTeaGarden
Mula-mula gambar ni yang jadi Top,





Eh tetiba hari ni gambar yang ini pula yang jadi TOP. Suka la hati saya ni bila klik je kat hashtag tu gambar kita yg Top, wow! memang best la...




simpan je la screenshot ni kat sini. Nanti-nanti boleh jadi kan kenangan. Holiday ke Cameron ni memang best. macam-macam aktiviti nak buat. Tapi di sebabkan jalan sesak musim-musim cuti sekolah ni, banyak juga plan nak buat tak dapat. Tambahan laginya masa suntuk na.. Patutnya paling kurang pun kena 3 hari 2 malam, baru cukup.




Sunday, March 24, 2019

Cerita cukai untuk rujukan saya.



Info Pelepasan Cukai Individu Pemastautin Tahun 2018


1)            Individu dan saudara tanggungan                                                             RM9000

2)            Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga                RM5000 (Terhad)
                Untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan di sahkan oleh pengamal
                Perubatan)                                                                                                         ATAU
                ATAU;
                Ibu dan Bapa                                                                                           RM3000 (Terhad)
                Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
                Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa  
                               
3)            Peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang                   RM6000 (Terhad)
                Upaya, suami/isteri, anak atau ibu bapa yang OKU

4)            Individu kurang upaya                                                                                   RM6000

5)            Yuran pengajian (sendiri):
-  Peringkat selain sarjana dan doctor falsafah – bidang undang²,
Perakaunan, kewangan islam, teknikal, vokasional, industry,                RM7000 (Terhad)
Saintifik atau teknologi;
-  Peringkat sarjana dan doctor falsafah – sebrang bidang
atau kursus pengajian

6)            a)            Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius
                                (Diri sendiri atau suami/isteri atau anak-anak)                     RM6000 (Terhad)
                b)            Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri,
                                suami/isteri atau anak). (Terhad 500)

7)            Gaya hidup – Perbelanjaan untuk kegunaan/manfaat diri                     RM2500 (Terhad)
                Sendiri, suami/isteri atau anak bagi:
-  Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak
Dan lain-lain penerbitan seumpamanya
(bukan bahan bacaan terlarang);
-  Pembelian computer peribadi, telefon pintar atau tablet
(bukan untuk kegunaan perniagaan);
-  Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut
Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis
Basikal bermotor) dan bayaran keahlian gymnasium; dan
-  Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas
nama sendiri)

8)            Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri               RM1000 (Terhad)
                Bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan
                Dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran)

9)            Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dank e bawah                   RM1000 (Terhad)
                Ke taman asuhan kanak-kanak/tadika yang berdaftar

10)          Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional            RM6000 (Terhad)
                (SSPN)(Jumlah simpanan dalam tahun 2018 TOLAK jumlah
                Pengeluaran dalam tahun 2018)               

11)          Suami/Isteri/Bayaran alimony kepada bekas isteri                               RM4000 (Terhad)

12)          Suami / Isteri kurang upaya                                                                         RM3500

13)          Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun                   RM2000

14)          Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun                                   RM2000
                dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa
                (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi , persediaan atau pra-ijazah)

15)          Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun                                   RM8000
                dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
-       mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk
      kursus matrikulasi , pra-ijazah / A-Level) di university, kolej
      atau institusi pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau
-       berkhidmat di bawah satu ikatanartikel atau profesion
di Malaysia; atau mengikuti kursus di peringkat ijazah
dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
-       Kursus dan institusi pengajian tinggi di iktiraf oleh pihak
Berkuasa Kerajaan yang berkaitan

16)          Anak kurang upaya                                                                                       RM6000
-       Pelepasan tambahan sebanyak RM8000 bagi anak kurang                        RM8000
Upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin
dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia
@ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus
dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan
yang berkaitan

17)          Insurans nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui                        RM6000 (Terhad)
                potongan gaji                                                  

18)          Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity)           RM3000 (Terhad)
                - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga
                tahun taksiran 2021        

19)          Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui           RM3000 (Terhad)
                Potongan gaji

20)          Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)             RM250 (Terhad)




sekarang dah ada info ni senang la saya untuk refer nak buat E-Filing nanti.
dah buat ke E-Filing tuu?
saya belum... hahahaha..






Thursday, March 21, 2019

Nak cerita dulu punyalah



Minggu weekdays ke tiga bulan Mac ni kan, saya tak larat dan tak sempatnya nak masak-masak makan malam. Mungkin sebab minggu sebelumnya tu minggu saya dan anak-anak tak sihat. Minggu tu pula tenaga banyak gak diguna walau dalam tak sihat nya pun tu.

Jap saya list kan apa yang kita orang makan 2-3 hari ni,

Isnin                   Tapau makanan dari kedai Sup Meletop
Selasa   -              Beli burger Malaysia
Rabu      -              Tapau Pasar Malam

Minggu ni la yg tak cantik sangat rekod memasak saya ni. Selalu saya masak je waktu dinner ni, anak² pun montel sesedap je badan. Minggu ni alahai susut badan anak-anak.. hehehehe..tak berselera makan sangat la tu.

Saya tepek la gambar-gambar kegemilangan makanan saya bagi menaikkan kembali semangat masak ku yang hilanggg.


kupang goreng pecah cili sikit.. (bantai je letak nama)



Patin masak tempoyak


Semoga aura rajin masak saya tu kembali ke pangkal Jalan. Amin 
😊😊😊😊




Tuesday, March 19, 2019

agaknya sebab Musim Panas kot



Assalammualaikum..
Bulan March 2019.
Dah sampai ke Minggu pertengahan bulan 3.
Alhamdulillah semuanya sihat.
Minggu ke dua dalam March, anak-anak saya dan saya tak sihat.
Yang saya tetiba malam demam. Pastu pagi sakit tekak yang amat, pakej suara pun yilek.
Anak anak saya demam batuk sakit tekak. Sama je la penyakitnya.
Bila 3 beranak sekali pergi klinik, 3-3 dapat MC.

Ingatkan yang sulung (Haziq) dah sihat, lepas berehat MC 2 hari.
Tetiba baru pergi sekolah sehari,
Received call dari sekolah, inform anak saya Haziq sakit perut dan pakej cirit birit.
Burst berderai keluar.. kesian anak saya..
Kelam kabut hari tu saya ambil EL ½ day terus ke sekolah menjemput anak.
Pergi klinik lagi sekali, sebeban lagi ubat dapat untuk haziq.

Susut dah badan anak bila tak sihat ni..
Hari cuti minggu 2 hari lepas memang tak keluar rumah kami anak beranak.
Ibu jadi nurse la untuk anak-anak. Suami pula tukang pemantau masa makan ubat.
Kejap-kejap kang terjerit la remind pasal ubat.
Makan pun saya suap ya anak-anak saya 2 orang tu.
walau anak dah besar dah nak sama tinggi saya pun,
kalau tak di suap memang tak selera la mereka-mereka ni makan masa tak sihat ni.

Bila lepas makan ubat, mereka akan baring-baring sambal tengok tv,
Saya yang duduk sebelah pun ikut teman berbaring.
Bila dah berbaring tu saya menyambil la godek-godek Instagram.

Tengok sana orang konflik
Tengok sini pun konflik
Bila tengok whatsapp group pun gaduh gak
Whatsapp group yang ni pula kes gaduh bini orang kacau laki orang.
Mostly ramai betul orang bergaduh.
Huhuhuhu macam musim orang bergaduh pulak lately ni ya.
Takyah cakap orang lain la hai
kami sendiri ni pun tengah konflik dengan orang terdekat..
(bukan darah daging mahupun sedara mara)
konflik ni pun sebenarnya berpunca dari  si polan ni meracun habis hasil tanaman kebun kecil belakang rumah saya. Agaknya masa kami takde kat rumah gaknya dia buat kerja.

Bukan di luar pagar ya.. beliau meracun tanaman saya yang berada di dalam pagar rumah saya.
Hebat kan beliau!
Bukan bangsa dan agama lain pun dari kita, sama bangsa dan agama ya..
Tapi itulah, perasaan negative tu tak mengenal bangsa dan agama pun.
Boleh je jadi pada semua orang. Tak kira bangsa ataupun agama.

Alasan dari dia, pokok-pokok tanaman saya memberi punca lipan datang rumah dia..
Hahahahaha.. kelakau nau alasan beliau!
Memang mungkin salah kami tak trim pokok-pokok kami sampai naik lalang..
tapi maaf ya kawan, walaupun lalang yang ada tu pun
sama sekali tidak masuk ke dalam rumah kamu.
Tiap hari, saya pantau keadaan kebun saya tu, jangan sampai masuk kawasan orang.
Walau tak sempat saya nak cabut lalang/rumput padang tu masa weekday.

Perbuatan kamu yang sesuka hati meracun tanpa kebenaran tuan rumah itu
adalah sama sekali salah ya!!
Kot ya pun kamu bengang sangat dengan kebun kami yang ada lalang tu,
Bagi je tahu kami suruh potong@trim.
Kami boleh buat sendiri! sebab itu kawasan rumah kami! Halaman kami! dan tanah kami!.
So di hari kejadian, kami laki bini dah voice out kan ape yang patut di cakap
pada beliau di masa hari face to face itu.
Beliau minta kami list kan harga untuk dia bayar pampasan,
wahh mudahnya nak settle kan dengan duit.
Ni ikut style mana ni ya segala problem perlu duit untuk jalan penyelesaian masalah.

Pokok limau purut yang merendang siap dengan buah yang merimbun

Pokok nenas 4 rumpun
Pokok pandan berumpun rumpun
Pokok kunyit 3 pokok
Pokok Kari


Semua pokok-pokok ni saya guna untuk masak.. huwaaaa!!!😒

Selama ni kalau nak guna je ada je kat belakang boleh petik-petik.
Sekarang ni semua kena beli😠😠
Sedih! Ralat! Kesal! Sakit hati! Semua terbit.


Lepas pada kejadian tu kami satu family isytihar kan,
they are stranger to us & not need to  care and ignore them. FULLSTOP!!
Kita perlu jauhi orang negative macam tu yang takde timbang rasa dan mementingkan diri sendiri.
Kita tak perlukan aura negative macam tu merosakkan hari-hari positif kita.

Bila sembang-sembang kosong dengan suami,
Saya tanya suami kenapa lately ni sana sini ramai orang konflik dan bergaduh..
“Musim panas sekarang ni.. semua orang pun PANASSS je..” jawab suami.




Wednesday, February 27, 2019

Apa itu Doula



Pertamanya, perkataan ‘doula’ itu sendiri
berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “hamba wanita”.

Golongan ini telah pun wujud berabad lamanya
dan dikatakan mampu memberikan pengalaman positif
kepada para ibu yang hamil dan bakal bersalin.



Tugas doula di Malaysia
Menurut penjelasan American Pregnancy Organization,
doula adalah seorang pelatih profesional
yang membantu memberikan sokongan dari segi:
-              emosi
-              pendidikan (contohnya, ilmu kehamilan, cara meneran, cara bernafas)
-              fizikal (secara sentuhan seperti urutan)

Sokongan ini diberikan kepada ibu yang hamil, akan bersalin, atau telah bersalin.

Tugas utama doula adalah untuk membantu para ibu
mempunyai pengalaman bersalin yang selamat, menenangkan dan diingati.



Apa beza antara doula dan bidan?

Mungkin ramai para ibu di luar sana yang masih keliru
tentang perbezaan antara doula dan bidan, atau turut dikenali sebagai midwife.
Berdasarkan penerangan Healthline.com,
bidan adalah seorang ahli medikal terlatih dan profesional
yang boleh membantu secara langsung ketika proses bersalin.

Manakala, doula pula hanya berfungsi sebagai peneman
yang membantu untuk memberi panduan secara lisan
tentang cara meneran atau mengurut bagi menenangkan ibu yang sedang bersalin.

Info di atas saya copy paste dari https://my.theasianparent.com
sebagai panduan saya dan lebih tahu penerangan lebih detail pasal doula ni.
Cara sebut Doula adalah “Dula”.  Bukan lah Dola atau Daula ya.

Doula ni tengah glamour sekarang ni
Gara-gara sebab seorang Doula Kak Yat yang cukup berpengalaman
sebagai seorang Doula berdebat dengan seorang pakar O&G
dalam satu program TV, Siaran TV Alhijrah kalau tak silap saya.
masa perdebatan tengah berlansung, Doula tu banyak mengelak dan corner cerita lain
dari menjawap soalan yang di ajukan pada beliau.
Siap buat gaya Ultraman lagi.. cayalah! Hahahaha..



























Gambar ni saya ambil dari www.mstar.com.my

Pendapat saya, doula ni tak diperlu kan sangat kot.
Cukup la suami dan keluarga.
Yang paling penting untuk ibu mengandung ni adalah suami dan ibu.

Sebagai buat panduan tu boleh la, banyak je buku-buku panduan untuk ibu mengandung ni.
Google-google pun banyak gak info.
Tapi biasa la orang muda-muda zaman sekarang kan..
semuanya nak ikut overseas katanya.

Tanye je la mak mak korang lebih dulu. Penuh je ilmu dorang boleh dapat free dari orang tua kita.
Mereka dah berpengalaman jauh dah pasal mengandung dan beranak ni.

Hospital-hospital kat Malaysia pun tak kurang hebat dah.
Toksah la nak susah payah nak beranak kat rumah..
Saya sendiri pun dulu, walau pregnancy check up saya buat kat private hospital,
Gigih juga saya check up klinik kesihatan.
Beranak pula saya beranak kat hospital kerajaan. Ha.. Multi Hospital gitu..

Pada saya Bagus je servis hospital kerajaan, klinik kesihatan,
Apa yang penting ko sebagai patient jangan le nak berlagak lebih masa terima rawatan.
Common sense la, bila ko berlagak masa nak dapatkan servis dorang,
Dorang replylah 100 kali berlagak dengan ko!
  




Tuesday, February 26, 2019

Konsert Mega Siti

Konsert Mega Live Siti Nurhaliza at Bukit Jalil 

(30 Jun 2001)



skerang tengah hangat sana sini di tiga negara
pasal konsert on tour Dato Sri Siti Nurhaliza kan..
khamis minggu lepas kat Indonesia. Success gile² katenye. Tahniah TokTi!
weekend ni kat Singapura kan..
next 2 weeks kat Malaysia pula.
walaupun saya minat juga dengan TokTi, tapi saya sejenis tak minat tengok konsert.
sebab duduk jauh. tak nampak.. suka lagi tengok dekat tv, boleh jelas nampak.
patutnya orang macam saya ni kalau nak pergi konsert
kena beli tiket seat yang paling depan.

tapi itulah pulak masalah saya ni, sejenis yang tak berapa mengikuti info terkini.
tarikh konsert pun tak tau bila yang sebenarnya... bila dah segala mala dalam insta 
update pasal tiket konsert ct ni.. barule terhegeh nak menggogle pasal tiket.
tengok sana sini rupanya semua tiket sold out. 
tarikh konsert nya pun dah tak lama je lagi... hahaha.. memang tak de la dapat pergi konsertnya..

yang benarnya bukan kata pasal konsert je ketinggalan..
gossip² pun berjemannn baru le saya nak taunya pun.
kalau tau pun, tak berapa ambik port. hahahaha..
orang tak de kawan le katekannn



meh la layan konsert mega Siti tahun 2001 dulu.
masa ni saya ada tiket konsert ni.. tapi masa tu saya lebih memilih untuk balik kampung
lagi dari bersesak sesak masuk konsert. hahaha..
memang sejenis betul saya ni πŸ˜†πŸ˜†



Thursday, February 21, 2019

Beriang Ria ke Hong Kong Disney January 2018



Cerita dah lama.. setahun sebulan dah berlalu
Macam nak cerita dari awal-awal dulu sebaik je balik dari holiday,
tapi macam-macam halangan yang membuatkan
cerita ni terkandas dan tertangguh ber lama-lamanya.



Sebenarnya baaaaaa….banyak juga la cerita holiday yang tertangguh.



Yang Thailand pun setengah jalan cerita,
Taiwan belum ceritanya lagi, Jepun pun tangguh juga.. hadoiii lah kan,
makan tahun dah berlalu dah pun cerita nya.



Kebetulan saya tengah mengklebet  *tengah update resume yg benonya
external hard disk ni kannn,
meh la kita masuk blog serba sikit gambar lama yang ada.



Plan nak ke Disneyland Hong Kong ni pun bukannya betul-betul punya plan.
Selama ni cuma ada dalam wishlist je. Itu pun lama gak tersimpan wishlistnya tu.
Langsung tak ter fikir kami boleh sampai ke sini yang sebenarnya.




Alhamdulillah, mungkin rezeki dari impian dan doa kami selama ni,

Tercapai juga hasrat saya untuk beriang ria ke sini.


Beli tiket flight pun tetiba je, tak awal pun beli.
Dua minggu sebelum tarikh pergi saya dan suami beli tiket flight.

Seminggu sebelumnya pulak uruskan hotel.



Boleh dikatakan Semuanya di permudahkan.
Mungkin dari berkat niat kami yang nak menggembirakan anak-anak,

Segala-galanya di persenangkan.



Check check website airlines. Dapat tiket MAS murah.
2 dewasa 2 kanak-kanak RM1480 lebih je harganya.
Settle 2 benda penting ni, kami beli insurance.




Ni semua gambar-gambar yang dapat dari photopass Disneyland.
Lagipun purpose kami ke Hong Kong ni exclusively nak ke Disneyland je.

Senang la nak susun itinerary.




Dan saya akhiri dengan gambar yang ni.
Cuba tengok kepala saya tu ha.. dah macam orang patah tengkuk naik roller coaster.

Hahahahaha.. yang sebenarnya keadaan sekelilingnya gelap gelita


Saya gila takut woh!
Ziyad pun takut, tu yang tunduk menyorok kat peha suami saya tu.
Scary wohh!




Wednesday, February 13, 2019

Tips untuk merahkan BIBIR yang Gelap



KENAPA BIBIR MENJADI GELAP DAN KUSAM?
Sebenarnya, warna bibir boleh menjadi gelap atau tidak cantik akibat beberapa sebab seperti kesan pancaran matahari belebihan, reaksi terhadap alahan tertentu, penggunaan kosmetik yang kurang berkualiti, kesan merokok, pengambilan kafein keterlaluan, atau mungkin alasan semulajadi seperti ketidakseimbangan hormon.

..hasil dari googleing


Lately ni bibir saya dah kusam dan lebam
Dah tak macam dulu-dulu…
Kalau tengok sebab-sebab yang di atas,
punca bibir saya kusam sekarang punca ketidakseimbangan hormon
ni lah yang sangat-sangat kena dengan saya sekarang ni.
So bila dah googleing saya jumpa tips yang boleh di guna pakai.
So meh la kita sama-sama try.

1. CAMPURAN LEMON DAN MADU

½ sudu makan perahan jus lemon
Sedikit madu
Sedikit gliserin
Gaul semua, dan oleskan pada bibir. Di biarkan semalaman setiap malam selama seminggu.

2. GOSOK BIBIR DENGAN BERUS GIGI

Sebelum menggosok gigi, oleskan sedikit pada bibir anda.
Gunakan berus gigi untuk membersihkan bibir anda sewaktu membilasnya selepas 3-4 minit.

5. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG

Selain melakukan petua di atas, pastikan anda meminum banyak air kosong untuk membantu penghidratan dan pengedaran darah. 


Lepas ni saya nak try buatlah.
Saya try buat ikut tips yang paling senang je la.
Nampak tips nombor 2 tu yang paling senang. Hahaha dasarrr…sangat!
Tak yah nak bancuh-bancuh. Guna berus gigi je..
Berus gigi tu memang rutin kita kan. Pagi dan malam kita gosok gigi.
Jom kita!



Monday, February 4, 2019

Adventure di Berjaya Times Square Theme Park



Berapa lagi baki cuti korang semua tahun ni? 
At least kalau ada sehari pun kira okay la sebab saya nak kongsikan dengan korang apa yang korang boleh buat masa cuti korang. 
Kenapa kena amek cuti? Sebab tempat yang saya nak share ni kalau pergi weekend ramai yang amat. Ramai tu semua dari international, bermacam-macam warganegara yang ada. 
Tapi tempat ni bukan oversea, ada je kat tanah air tercinta kita ni. 
Ada kat tengah-tengah hutan batu ibu negara kita. 
Haa takde clue lagi kan? Hahaha. 
Tempat tu adalah salah satu main Malaysia attractions sebab tu bermacam jenis orang yang ada situ. Haa tak dapat tangkap lagi? Hahaha. 😁





Tempat ni kat Jalan Imbi KL. Haa kan kat tengah-tengah town tu kan.
tempat ni la yang saya nak cadangkan kat korang 😊😊



untuk hilangkan stress atau nak bawak family korang sekali. Sesuai untuk seisi keluarga tau.
Siapa yang tak pernah sampai tu saya nak sembang sikit apa yang korang boleh buat kat situ.
Korang pun tau kan sebenarnya Berjaya Times Square Theme Park ni dapat masuk dalam Malaysia’s Book Of Record sebagai First Larger Indoor Theme Park in Malaysia.
So kalau dah ada theme park dalam shopping complex tu,
korang faham-faham je betapa besarnya Berjaya Times Square tu kan.




Korang boleh beli secara walk in, but make sure yang korang sampai dalam pukul 10 camtu sebab biasanya beratur panjang, tapi kalau korang guna cuti korang tu and pergi hari weekdays, saya rasa orang pun kurang sikit.
Kalau nak lagi untung korang beli online sebab ada diskaun kadang-kadang so berbaloi gak kalau beli online.
Harga tiket kat walk in pun sebenarnya berbaloi, tidaklah mahal macam theme park yang lain.

Nak pergi sini korang ada 2 options samada korang nak naik kereta and parking kat sini,
atau naik monorail atau MRT sebab stesen dia berhenti betul-betul depan Berjaya Times Square. Disebabkan KL ni sentiasa traffic jammed saya cadangkan korang naik tren je, tapi kalau nak selesa naik kereta pun ok cuma jangan bawak time peak hours la.
Elakkan balik time orang balik kerja sebab kalau tak korang akan kembali stress. Hahaha.




Once korang dah masuk, korang boleh keluar masuk dari theme park ni 2 kali sehari.
So kalau perut dah lapar boleh la pergi makan jap, atau nak pergi solat. Senang tak? Hehe.
Actually game kat dalam theme park ni ada yang kena bayar so better korang bawak duit lebih kalau nak enjoy puas-puas atau cita-cita korang hari tu korang nak try semua yang ada.
Saya tak halang, please proceed. Hehe.
Nak masuk tu dia pakaikan tag kat pergelangan tangan korang, dan untuk game yang kena bayar tu korang kena topup kat kaunter and nanti setiap kali korang nak main diorang akan scan tag kat tangan korang tu. Interesting kan.



If ada dari korang bawak handbag or bawak barang yang korang shopping,
rasa malas nak pegang sentiasa korang boleh sewa loker.
Dalam theme park ni pun ada jual makanan but korang kena beli dengan diorang
scan code kat tag korang so make sure yang korang ada baki yang mencukupi.
Kalau tak nanti.. jadilah macam lorong Smart Tag, kalau perasan kadang-kadang tu ada orang sangkut sebab balance tak cukup. Haa kan dah aniaya orang kat belakang kot-kot dia nak cepat. Hahaha. So elakkan tau.!!




Lepas korang dah puas enjoy nanti korang boleh beli gifts atau merchandise yang dijual kat dalam
sebagai kenangan dan bukti untuk korang tunjuk kat kawan-kawan korang yang korang dah capai impian untuk main segala game yang ada kat Berjaya Times Square ni.
Kalau diorang tak percaya gak korang boleh beli gambar yang staff theme park tu amek.

Kalau diorang tak percaya gak tu tandanya semoga korang dimurahkan rezeki belanja diorang pergi enjoy!!!!




Friday, February 1, 2019

Riang Ria ke Legoland Theme Park, JB


Malaysia's 1st International Theme Park | LEGOLAND® Malaysia
29 December 2018



Saya dan suami Tak pernah pun betul-betul merancang nak ke Taman Tema Legoland, JB
Boleh la nak di katakan Trip ni last minute short trip kami.
sebenarnya Tahun 2018 ni macam-macam yang jadi. Ada pahit ada yang manis juga.
Awal tahun 2018 kami ke Hong Kong Disneyland.
Akhir tahun pula tanpa di rancang, tetiba je kami sampai ke sini pula, Legoland Theme Park.



Kami masuk Legoland 29 December 2018,
Booking hotel menginap 27 December 2018
Beli tiket taman tema 28 December 2018 pukul 10 malam.
Last minute ke tidak tu.. hahahaha… serious last minute tu!



Hotel kami kali ni kami pilih hotel ala-ala hotel butik je la. Tapi ratingnya 4 Star.
Hotel V8, Nusa Bestari, Johor

3hari 2 malam Deluxe Twin Room with 2 pax breakfast
Check in 29hb December, Check out 31hb December 
total kos bilik untuk 3D2N = RM380net.



**gambar hotel adalah hasil dari Google'd**


Anak-anak kemain, request nak staycation kat legoland hotel
Nak sama macam masa kita pergi Hong Kong Disneyland, katanya.
Ewah-ewah-ewahhhh… kemain lagi mereka!
Dorang bukannya tahu, 
All in package hongkong Disney lagi murah dari all in package Legoland.
bila dah explain kat anak-anak macam tu baru lah faham perbezaan situasinya. 




Makanya seawal pukul 4 pagi kami dah bangun 29hb tu..
Mandi-mandi, siap-siap segala pukul 6 pagi lepas subuh gak gerak keluar dari rumah.
boleh tahan banyak juga kereta. tapi smooth la perjalanan kami pagi tu.
suami pun tak speeding pun tekan minyak lelaju.. maintain je 110km/h.

sungguh berhemah.



pukul 9.30 pagi selamat tiba ti Hotel.
kami register nama untuk check in dan drop baggage. sebab nak ke Legoland terus kan..

nak check in bilik awal sangat..



syukur hari tu cuaca cantik. cerah seceria matahari.
masa masuk tu.. fuhhh penuh orang. tetiba rasa macam kat Negara luar pula.

majoriti orang melayu yang ada situ Indonesian. wahhh kaya-kaya dia orang ni.



masa tengah jalan-jalan tu terserempak dengan staff Legoland..
dorang bagitau yang malam nya nanti pukul 8.30 ada pertunjukan bunga api.

wahhh excited la rasa nak tengok.. nak tengok best ke idok.



baru je masuk, peluh badan dah mencurah-curah...

tapi yang tak menahannya ziyad ni dah merengek minta belikan Lego. uh parah!



macam lah harga Lego tu harga RM2.10..
baru masuk dah nak beli.. nanti setengah jalan, minta lagi.. Oh tiDAAAAKKK!!
kami psycho ziyad.. kita datang sini untuk main ride dan enjoy je..bukan nya datang
nak shopping mainan LEGO. πŸ˜–




mula-mula masuk ni.. snap dulu gambar berdua.
Takut karang dah lama-lama, dia dah penat.. tak merasa nak bergambar berdua cenggini.

Dia jalan sambil tengok peta Legoland ni. bila di ajak bergambar, sporting pula dia. Syukur! πŸ˜…



Layan show yang ni dulu.
syok je duduk dalam ni, ber aircond. kat luar adoiii panas..




tengah beratur untuk Driving Academy, tetiba dorang announce section di tutup due to bad weather.
rebas sikit masa ni. bagus la macam tu.
makanya kami terus cari indoor nya tempat.
tu yang gambar beratur ni banyak dapat snap.




masa ni rides nya kena pakai 3D glasses.
ingat kan roller coaster.. saya dah cuak dah.. takut oi naik roller coaster.
bila dah beranak ni, saya semacam takut gile dengan roller coaster.
padehalll.. masa anak dara dulu kesukaan yang amat naik ride² yang adventerous ni.
kat genting dulu semua ride saya naik. Tak takut pun..
cuba la sekarang? OH NEHIIIIII!! KABHI NEHI.



rupanya ni la ridenya..
enjoy la main. plan nak repeat lagi ride ni..
nanti kita cerita lain pula, sambung di lain entry.
kena selak-selak handphone dulu ada lagi tak gambar. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†



bersambung/..