Friday, January 31, 2014

Ultraman Saga - Kimi Dake Wo Mamoritai



Selamat Tahun Baru China pada yang menyambutnya..
tiap kali raya China,
saya mesti perasankan betapa indahnya lalulintas di jalanraya Kuala Lumpur.
eh tak kira la raya ape pun.
janji banyak hari cuti..
kompom jalanraya KL tak sesak..
cumanya lebuhraya la pulaknya yang sesak lalulintasnya.. hahaha...

insyaallah petang ni saya akan pulang ke kampung.
nak jumpa abah saya.
abah saya tak berapa sihat.
seminggu dua minggu ni aje dah dua kali abah di tahan wad.

hati terbayang-bayang kerisauan kenangkan abah saya.

eh ye .. dengarlah klip video ultraman saga yang saya tepek ni.
sedap lagunya tau..

Lirik;

Aozora ga aru kagiri 
kaze wa toki o hakobu yo
yuhki ga aru kagiri 
yume wa kanarazu kanau yo
Namida ga afureru mama 
hey! Hey! Hashiridase
akai chiheisen no kanata ashita ga aru no sa

dare yori mo nani yori mo 
kimi dake o mamoritai
itsumade mo dokomade mo 
kimi dake o mamoritai
wow wow wow 
sakeboh sekai wa owaranai



sekarang ni TV kat rumah manjang bukak cerita Ultraman..
aduiii pening mata tengok ultraman.
Ziyad ni fanatik ultraman pulak sekarang ni.
terpaksa ikut fanatik satu rumah dgn cerita Ultraman.
susah juga bila Astro dah ade function record merecord .
bila dah tau ade record cerita Ultraman,
tak sudahhnya nak tengok Ultraman.

Selamat bercuti ye..




Tuesday, January 28, 2014

Parti EH! 20 Yang Anggun dan Disenangi 2013

*Entry throwback yang sebenarnya ni..

assalammualaikum..
rasa nak update blog di waktu rehat ni..
tapi ade gak rasa macam nak pergi makan lamb chop kat cafe bawah ni..,
office saya ni ade dua orang ibu mengandung..
bila diaorang (ibu-ibu mengandung) ajak pergi makan lamb chop kang.. makan je la lambchop..

bila tengok-tengok arkib gambar kat memory card saya,
eh terjumpa pulak gambar saya pergi party Eh! 20 Yang Anggun..
memang tak di update kan pun ke dalam blog ni..

Ohhh.. baru ingattt..
mase saya pergi party ni dulu, mase tu masa anak-anak kesayangan saya

masa saya ke party ni pon dulu.. pergi dari hospital.. huhuhu..
walaupun berat hati sebenarnya nak pergi..saya dayakan juga ..
sebab dah confirmkan to attend dah sebelum anak-anak admit tu lagi dah..
nak tanak kena gak hadir, tak baik spoilkan janji kan..

berlangsung pada 13 November 2013 bertempat di kelab Vertigo, Tingkat 16 (rooftop) The Gardens.
started 7.30mlm. hah! elok sangat.. huhuhu
party start mase azan berkumandang..  seb baik bendera naik mase tu.. selamat la..




OOTD saya di hari itu..
mula-mula saya pakai belt jenis rantai tu..
pergi whatsapp kan gambar dah siap belt bagai tu kat en abah..,
sekalinya dia reply "amboii.. lawa nyaa??"
hahhh...ade tanda soal kat ayat tu..itu kire ayat warning tu... baik toksah ber belt-belt nya kann..
campakkan terus belt tu ke tepi..

kat sana, jumpa dengan adik manis si ayujean ni ha..
awal-awal sebelum party tu lagi dah message² dah tanye dia jadi pergi ke idok..
seram jugak memikir pergi party happening takde geng.

pastu ade gak dgn retis blogger si nizamijam ni..
seb baik dah ade amik gambar dengan dia aritu.. dapat gak la merasa ambik gambar bersama..
ijam ni skrg dah banyak berlakon dah.. insyaallah dik.. lapang rezki kot-kot lepas ni.
boleh jadi pelakon terkenal..
hah sampai terpejam mata hakak ko dek silaunya bergambar dengan ko jam.. hahahaha...

gambar closeup .. eccheyy cheyy..
me and ayu..
tak sangka boleh pakai baju sama warna.. dah macam berjanji pulak kan..

saya dapat goodie bag Eh!.
ade t-shirt Dressing Paula, calculator Casio besar .
#gambar dengan silauan lighting berwarna warni ala-ala disco kot..
#gambar tanpa silauan lighting berwarna warni ..

ramai artis mase tu..
tapi ai ni kan dah makcik-makcik.. bukannya kenal sangat .. hahaha..
seb baik ade ayu.. dia lah yang heret hakak ni ke sana sini amik gambar dengan retis..
1st tangkapan dengan nad zainal dan Azwan kombos..
sporting.. comey dan cantik la nad depan-depan..
siap minta bergambar lagi sekali .. hahahaha tak puas ..


gambar 2nd - Saya dan Ryzal.. eh! sedondon lah kita..


gambar 3rd - saya dan Arja Lee..

tak lama pun saya stay di situ..
bila start je majlis pukul 8.30 tu, tunggu 20minit je kot..
saya dah balik. Tak sedap hati ninggalkan anak-anak di hospital
masa perjalanan pulang keluar tu nampak Dynas tengah di interview si Ayie Stailista ..

sempat ler saya snap gambar dynas ni sekejap.. hahahaha..
apa-apa pun, saya happy juga dapat tengok artis-artis,
lampu-lampu yang kemainnya menyilaukan mata.
bunyi-bunyi an yang kemainnya kuat..
terima kasih sabrina, atas tiket giveaway yang diberikan..
hakak enjoyy sangat..






Monday, January 20, 2014

Menu Packed breakfast untuk anak Darjah 1



Wahh,... tajuk iolss tak hengat nya kann..
semuanya la nak letak kan ujung ayat
perkataan anak sekolah darjah 1 kat tajuk..  hahaha..

macamkan saya seorang aje yang ade anak sekolah darjah 1 nya..
Over sanggat!
orang tgh semangat waja ni korang.. kasik chance la sikettt.. kekekeke..

haziq anak saya memang tiap hari saya bekalkan makanan dari rumah.
dia ade dua set lunch box.
sekolah pagi (KAFA) beg nya kaler cekelat muda bekas makanannya kaler hijo.
sekolah petang (kebangsaan) beg nya kaler biru tua, bekas makanan kaler biru.

bila dah hari-hari di bekalkan tu,
idea utk bekalan makanannya pun..
sampai satu mase tu.. tandus gak idea nak perah...
nak bekalkan ape.


hari tu haziq request untuk bekalkan sosej goreng aje.
bila di pikir-pikir.. takkan la sosej semata aje nak di bekalkan..
mane pulak khasiat tambahannya nanti kan... kan..
dah le dari pagi bawak ke petang bersekolah..

jadinya hari tu saya try test n error kan aje
bahan-bahan yang saya ada,

telur, roti, minyak zaitun,.

pagi nya saya bekalkan
roti berinti kan telur dadar goreng minyak zaitun


gambar minyak zaitun yang saya gunakan..


telur dadar #mainhentamjecetakasalkandidadar saya tengah di goreng.. hewhewhew...


bekal makanan untuk sekolah petang pula saya buat
"sosej telur goreng minyak Zaitun"
dadarkan telur, pastu celupkan sosej ke dalam telur sebelum digoreng.
minyak goreng tu guna minyak zaitun.


eh nasib baik ade gak gambo lunch box set haziq ke sekolah..
dapat saya tepek kat sini..


bila buat packed food untuk haziq ni gunakan minyak zaitun,
saya nampak haziq lebih bertenaga la..
takde pon lesu lembik tetibe tertidur masa jemput dia balik.
cergas je dia..
makanya lepas-lepas ni memang saya tekad dan terus bersemangat
nak menggunakan minyak zaitun..
diguna khas untuk masakkan bekalan makanan haziq ke sekolah.
tak salah pun kan berhabis duit untuk anak sendiri.
benda lain yang 'berharga harga' pejam mata je boleh belinya kan..
takkan la makanan untuk anak sihat & cergas pun kita nak bersukat bagai..
mengeluh itu ini tak cukup duit..
insyaAllah ada jalan nya kata Maher Zain.. hihihihi...



Thursday, January 16, 2014

Didie Alias Hamil 3 bulan



Langsung tidak menyangka untuk berbadan dua di usia 40 tahun,
Didie Alias berkongsi berita gembira yang dia kini sedang hamil tiga bulan.
Didie berkata dia berdebar dengan kehamilan kali ini
kerana kali terakhir dia berbadan dua ialah 15 tahun lalu.




“Saya tidak kisah tentang jantina bayi,
asalkan kandungan semuanya selamat dan berjalan lancar.
Ini kerana mengandung di usia begini memang
tidak dinafikan banyak risikonya.
Alhamdulillah setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik,”
ujar Didie ketika dihubungi oleh GUA sebentar tadi.

Cerita Didie lagi, dia bersyukur kerana tidak mengalami
alahan dan muntah-muntah yang teruk,
sebaliknya hanya mengalami masalah sedikit loya ketika di awal kehamilan.

Memilih untuk merahsiakan kehamilan
sehingga kandungan mencecah usia tiga bulan,
Didie memberitahu ramai yang menegur susuknya yang kini semakin berisi.
Ketika mula disahkan mengandung berat Didie
adalah sekitar 49 kilogram, tetapi kini beratnya sudah mencapai 58 kilogram.

“Selera makan saya semakin bertambah
dan kadang kala saya merasa lapar
di tengah-tengah malam dan mengajak suami keluar makan.
Berat badan saya kini sudah mencecah 58 kilogram,
sedangkan dahulu hanya 49 kilogram.
Bagaimanapun, berat badan saya pernah mencecah 60 kilogram
ketika kehamilan dahulu.
Tetapi itu pun ketika kandungan sudah mencecah sembilan bulan.
Selera saya sekarang ini lebih kepada makanan Jepun seperti Sushi dan Teppanyaki,” ujar Didie.

Bercerita tentang penerimaan anak-anaknya yang lain,
Didie berkata mereka begitu gembira
menanti kehadiran adik bongsu mereka itu.
Menurut Didie, ibu mertuanya merupakan insan
paling teruja menerima perkhabaran gembira tersebut.

“Ibu mertua saya kerap kali menelefon
bertanyakan khabar serta jika saya teringin untuk makan sebarang jenis masakan.
Baru-baru ini saya teringin makan sejenis lauk
dan apabila diberitahu kepada ibu mertua saya,
dia terus memasaknya untuk saya,” ujar Didie mengakhiri perbualan.


pagi tadi dengar berita ni kat Radio Era, sampai je opis, terus google..
bila jumpe cerita ni terus copy paste dari Gua tu,
tq ye pada sumber.


#ohhh banyak nya hari tak 'meng'update blog...
macam banyak gak cerita nak #storimori.. tapi idea yang #takmarimari..
mood pon tak #munculmuncul.. haiilahh.. nanti-nanti la kan..
satu hari nanti akan kunjung tiba juga mood pulun update blog..
hingga jumpa lagi yerr.. daaaa!..


Thursday, January 9, 2014

Buat Masa ini Saya BUSY

ehh dah hari Khamis..
tak sangka bila haziq dah sekolah darjah 1, lagi cepat pula masa berlalu.. hui haiii..

NGANTUK..NGANTUK..NGANTUK..NGANTUK DAN N.G.A.N.T.U.K.
itu je yang senantiasa bermain-main di fikiran buat masa ni..

saya masih tercari-cari lagi pembahagian masa sekarang..
dengan kata lain, belum lagi serasi menerima kenyataan yang anak dah bersekolah.
yer.. saya memang over. 


eh dah tengah malam pulak ha dah ni..
okey ye..baii.. jumpa lagi!

Tuesday, January 7, 2014

AmbiPur Car Air Freshener


Ahad semalam, 
ada roadshow AmbiPur #SmellyToSmiley Challenge Campaign lagi.
kali ni saya pergi bukan sebagai media.. 
sebagai pelanggan biasa aje..
kebetulan nak pergi pergi Mydin USJ.. 
tak tau pun ade roadshow kat situ..
tujuan ke Mydin nak beli set stationery 
lagi satu untuk Haziq sekolah agama.

macam kesian pulak nak kene tukar stationery 
yang cuma ade satu tu bila kat tempat transit. 
takut nanti-nanti kot- kot satu hari sok-sok 
datang hari kelam kabut dia.. 
dah terlupa pulak nak tukar stationery nan satu tu 
dari beg sekolah agama ke beg sekolah kebangsaan..

sebab tu yang kami ke Mydin, 
saya suka pergi mydin ni sebab 
boleh dapat beli barang dengan harga borong.
alhamdulillah saya memang ade kad Meriah untuk Pemborong Mydin.
jadi, setiap pembelian saya kat Mydin ni dapat la pengurangan harga..

untuk pengetahuan umum, 
Kad Meriah Mydin ni ade dua jenis,

Kad yang pertama namanye "Meriah Blue Card" 
 kad ni untuk pelanggan biasa.
  • Registration & Renewal Fees untuk setiap kad ni RM12 setahun.

senang je nak mohon, 
  • cume sediakan kad pengenalan untuk warganegara Malaysia 
  • International Passport untuk bukan Warganegara Malaysia.
  • caj untuk supplementary kad RM6setiap kad


lagi satu kad, yang untuk pemborong tu 
namanya.. "Meriah Silver Card"
  • Registration & Renewalfees untuk setiap kad ni RM20 setahun.
  • caj untuk supplementary kad RM6setiap kad

sebab supplementary card ni akan diberikan kad biru 
yang untuk normal customer.

cara untuk dapatkan kad Meriah Silver ni, 
ade sikit berbeza dari kad blue Meriah tu.
  • kene sediakan kad pengenalan (warganegara)
  • /Passport (bukan warganegara) 
  • beserta satu salinan Sijil pendaftaran syarikat (Sijil SSM).


sebarang butiran lanjut 
boleh hubungi Mydin Careline di talian 1300 30 8786 
Monday - Sunday : 9.00 pg ~ 10.00pm
*termasuk cuti umum

{sekian butiran dari Duta LantikSendiri Mydin}


oh berbalik pada cerita AmbiPur Car Air Freshener tadi.. hahaha..
#panjang betul iklan penajanya..

ade special promo hari tu, dengan harga RM15.50 kita boleh dapat satu 
twinpack air freshener yang mengandungi satu set pewangi kereta dan free satu botol isian semula.
berebut-rebut orang membeli..
siap beratur panjang orang membayar.

en abah pun sporting je possed lentok masa beratur nak membayar bila saya amik gambar ni..

Cak!!! ala ala ala bucukkkkk....

yang tak bestnya kan..
kereta kami tak dapat jadi wangi pun dek pewangi baru ni..
dapat si Ziyad ni kemain terror nya tangan dia dalam Mydin tu..
dia letak mane tah pewangi kereta ni...
plastik yang tersimpul erat terikat bungkus pewangi kereta tu kemain bolos dia koyakkan..
isinya entah hilang kemana.. adoiiii yaiii Ziyad ni..

elok-elok en abah punye mood macam ala-ala okey mase datang Mydin,
terus swing ke laut masa jalan pulang.. hahaha..
nak buat cemana bang.. anak-anak abang kan lelaki..
Pakar ade mengatakan.. "perangai anak lelaki banyak dipengaruhi dari perangai bapanya.."
so....Ibu tak campur.. hakhakhakhakhak....










Sunday, January 5, 2014

Abang dan adik

Haziq di dua hari sekolah yang lalu..
macam-macam perasaan saya ada. 
Perasaan seronok..., syahdu..., sebak..., gembira..,
semua perasaan ada. 
yang paling tak menahan tak boleh blah.. lebih pada perasaan tak percaya.. hak3x.
tak percaya yang Haziq tu lah yang pernah saya kandung .. pernah melahirkan.. menyusukan..
tetiba, nah...! sekolah darjah satu dah.. Daebakk! (oiit ..over sangat perasaan haku. kekeke...)

orang lain tak over tak pe.. makcik ni nak sebuk over.. kali ni je ponnnn...
bukannya hari-hari pun boleh dapat over excited anak naik sekolah darjah satu.

kalau kahwin tahun 2004 dulu terus dapat anak.., mesti anak sulong dah darjah 3 sekarang ni..
dah tentu-tentu tak over macam ni dalam tahun 2014 nih....   padan la dgn muka. 
2 tahun familly planning sangat le kononnya kan.. 
sekarang ni baru nak tau betapa bestnya jadi mak ayah anak-anak ni.. kan dah rugi masa ..

oleh itu..tolonglah kasik chance yek!..orang tgh excited anak sekolah nih.. 
eh bukan saya aje tau....mak abah saya pon excited gak tengok haziq sekolah darjah 1,
tak kesah le FIL saya heran ke tak heran pon pasal haziq naik sekolah, ke tak ingat .... tak kisah le.. 

yang pastinya saya dan family saya memang betul-betul excited haziq sekolah darjah satu ni..,
mak abah saya siap buat conference call lagi 1st day sekolah haritu... hahaha..
siap guna henpon busu (adik saya) video call haziq.
excited jugak nak tengok haziq live pakai uniform sekolah kat sekolah. 
Haziq tu pun sebuk suruh snap gambarnya suruh whatsapp kan gambar nya kat atok. 

yang kesiannya adik haziq la .. Ziyad ni..
syahdu sangat bila berpisah hari-hari dengan abg longnya..
dorang dapat berjumpa tengahri dalam masa satu jam aje.
bila pagi-pagi nak hantar ziyad ke daycare kindy, mesti melalak sedih hiba.. 

abg long pun bila jumpa adiknya waktu balik.. berpelukan erat.
rindu sangat-sangat katenya..
macamkan dah berpisah seminggu ..

abahnya pun berpelukan erat juga..
hari-hari rindu ibu katenya.. tapi hari-hari gak suka buat ibu marah.
agaknya en abah punye hobi kot..
marah-marah sayanglah sangat kan...

nanti nak cerita pasal lunch box haziq pula ye..
hingga jumpa lagi... tata...!








Thursday, January 2, 2014

sekolah rendah agama


hari ni hari pertama officially haziq sekolah agama..
sekolah agama pagi ..sekolah kebangsaan petang karang..
mase break tadi .. en abah dah ajar haziq membeli makanan di kantin.

sukses membeli dah..
walaupun dia rase dia dah okey membeli.., tak sampai hati bila dengar
"ibu.. kalau boleh abg long prefer nak bawa makanan bekal ibu masak...yer.."

.... sweet je rase bila anak bagi ucapan permintaan mcm tu..
baiklah anak.. ibu cuba sedaya upaya ibu!!..