Thursday, January 10, 2019

Short trip


10 Januari 2019

sekejap je dah tahun baru.
masa memang cepat betul berlalu.
macam biasa la bila dah lama menyepikan blog
dah tak tau nak bercerita sangat.

kali ni saya cuma nak letak serba sikit kenangan bercuti tahun lepas.
bukan lah bercuti sangat pun yang sebenarnya.
cuma en suami saya ada join seminar kat seremban.
langsung tak plan pun awal² nya kami akan bermalam di seremban.

awal pagi Sabtu seminarnya, Khamis malam jumaat baru kelam kabut cari hotel
nak cari hotel murah-murah tapi nak yang ada kolam..
tu yang terjumpa hotel Sutera Seremban, bertempat di Seremban 2.

 




 
 hotel ni ada kolam renang. jadi lah untuk anak-anak kami mandi manda.






review dalam traveloka memang teruk la tahap kebersihan hotel ni.
ingat kan tipu je org review tu, rupanya betul.. hahaha terkono kami hah!
takpe la hai.. pengalaman kan..



cadar kuning-kuning.. sarung bantal penuh kuning-kuning peta..
kembang kempis kembang kempis bulu roma, tekak, tapak kaki tidur malam tu.

pagi-pagi kami bangun terus check out.
saya drop suami kat hotel Palm Seremban,
pastu terus saya 3 beranak bergerak balik kampung. balik air hitam bahau :)
pukul 5 saya gerak balik ke seremban semula.
elok je sampai bukit putus, suami dah call bagitau yang seminar nya dah habis.
memang tak dapat le saya nak meronda -ronda bandar seremban.

kami singgah masuk jap Palm Mall seremban.
anak-anak minta KFC. kami berdua je tak makan.
kami lebih excited nak makan nasi dan lauk pauk yang mak saya bekalkan.
alhamdulillah lalulintas lancar. kami selamat sampai kl pukul 7.30 malam.