Thursday, November 27, 2014

Rumah Terbuka Raya Zizan


Idea tak datang..
Puas di perah-perah, tetap tak nak keluar
Selak folder dropbox, tengok-tengok gambar..
Klik satu-satu..
Lorrr haii,
Banyak nya gambar yang boleh buat modal masuk blog.

Tapi.. kan,
Sebab gambar tu dah lama,
Terus dah takde idea nak ingatkan semula kenangan
yang tepat berkait rapat dengan gambar tu.

Oh ade la sikit ingat
Raya ke berapa tah, raya ke tiga? Ke raya ke empat?
Tapi yang pasti turn kampong mertua pulak mase tu.
Yaa! Beraya di DUNGUN.
Kebetulannya masa tu Zizan Razak buat open house.

Hahahaha.. ape lagi,
Bila dah anak-anak buah hat kecik-kecik mengajak maksunya..
Panjang terus kaki saya mengorak langkah.



Anak-anak kecik .. kita bagi dorang ambik gambar ramai-ramai dengan Zizan

Saya?

Ehhhh!! Mesti lah kene bergambar berdua je bagaikan Couple of The Year!!



Tengok?? Sesuai sangat kite kan zizang kan.. kan..kan..
Seb baik Emma tengah istirehat dalam bilik.
Dapat ai pinjam bopreng mu diri sebelah ni Emma… ngeeeee…. ^___^


Hari raya seterusnya baju kurung ke shawl raya ke tudung raya ke kasik tolak tepi,
Moh kita lepak tepi pantai..
Makan kapok lekor, dengan segala gorengan tepung..



Hari esok nya lagi,
dah Tak daya dah keluar duit sekejapan je bersih dengan gorengan tepung
bila melepak tepi pantai, pepagi lagi kami dah ke pasar Dungun
Beli sotong dan ikan  untuk di buat gorengan tepung.




Lagi heaven makan goreng tepung goreng sendiri.
Sotong ni sekilo RM8, ikan Selayang sekilo RM6..



Tersandar terus kekenyangan.. tanpa menyedari lelemak mula kumpul dengan jayanya…




Ziyad macam biasa, dengan possing ultraman nya..
Sampai jumpa lagi ya.. Tata!











Tuesday, November 25, 2014

Blouse

Dekat sebulan dah sunyi dan sepi je blog saya ni.
Maaf kan daku blog kesayangan ku..
Tuan penulis blog tengah mengalami kesibukan diri.

Siang malam bekerja.
Ujungujung tahun ni tugasan bertambah.
Kemalasan kepenatan pun makin bertambah.
Bila tengah malam mata terkebil-kebil
Selak-selak perca, TER rajin terus tambah menjahit.

Dah selesai Berjaya buat jubah dress sendiri
Ter rajin Berjaya buat Blouse pulak..

Hahahaha.. SAYA SUKA! SAYA SUKA! SAYA SUKA!
Meh sini tengok blouse saya..




Gambar muka taklawa takyah tepek sekali..
Fokus kat tajuk.. BLOUSE
Jadi gambar blouse aje la dijamunya.. … *jangan marahh. kekekeke …

Wednesday, October 29, 2014

Juara Joran



Petang-petang sekarang ni Hujan aje kan ..
Kawasan Selangor macam saya ni belum lagi kot
tak hujan di waktu petang dari minggu lepas..
bile tetiba datang angin termenung macamkantakdekerjanakbuat
*keadaan sekarang
Tetiba saya tertaip satu entry bertajuk “Juara Joran”.
Apeke skemanye sangat… Terrr kunun.. hihihihi..
Tetiba juga teringat Ade sekali dulu saya tengok Juara Joran ni..
Tak ingat, livenye siri ke ataupun hat ulangan punya..
Astro kan suka ulangulangtayang cerita sampai bertahun-tahun.. EHHHH..??

“Juara Joran’ merupakan sebuah rancangan realiti memancing
yang pertama seumpamanya di negara ini.
Sebanyak 16 pasukan yang akan dipilih
dan mereka kemudiannya perlu bersaing dalam cabaran
yang akan menguji ketahanan mental, fizikal dan bakat memancing.
Menariknya lagi, bukat setakat memancing
malah mereka perlu menunjukkan kemahiran memasak
dan pasukan yang berjaya akan meneruskan perjuangan
sehingga ke peringkat seterusnya manakala bagi yang kalah,
mereka akan disingkirkan untuk merebut hadiah wang tunai RM70,000.
Di hoskan oleh Yana Samsuddin dan Dato Fazley Yaakob”


Part memancing tu saya enjoy sangat tengok.
Part memasak tu yang buat saya rasa menyampah sesangat!
Bukannya me nyampah dekat peserta² tu..
meNyampahan sesangat dekat Si Pengacara tu, Dato Fazley tu ha..
Gggrrrrr!!! serious bengang dengan nya..sebabnya,

Soal-soal peserta tu sorang sorang macam bagus..
Pastu cara tanye tu buleh buat peserta rasa over stress, over cuak. Haisshh..,

Kire Berjayalah Dato Fazley tu kan buat saya sakit hati .
tengok dia soal soal peserta sampai stress dan blank.. Kesian peserta² tu tau!!  +__+
Ape eh macam cakap² orang tu,
Pelakon itu dikategorikan sebagai pelakon Berjaya dalam sesuatu lakonan
jikalau seseorang pelakon tu berjaya membuatkan penonton
bencikan lakonan si watak jahat tu.

Tapi sorry la Dato Fazley, sebab ko poyopo sangat gaya good-good macam tu,
Dah Terus buatkan saya malas nak tengok cerita ni lagi.
Hahahaha padan muka hilang dah sorang penonton,
Baru je pertama kali ai nak tengok cerita ni, terus ai pangkah tamo tengok lagi.

Pada yang follower Juara Joran, Selamat menonton ye pada semua!
Ai tak minat.. hihihihi  ^_____^
Daaaa….!

Tuesday, October 28, 2014

DIY - Jubah Dress


Salam Selasa di Tahun Hijriah yang Baru,
Cepat betul masa berlalu kan,
Sedar tak sedar dah 4 Muharam 1436 Hijriah hari ni.

Azam saya sempena tahun hijriah ni
saya nak cuba kuatkan azam, semangat & kesihatan yang baik.

Salah satu usaha saya yang paling utama ialah untuk kuatkan azam & semangat saya
Nak elakkan diri dari ikutkan sangat sifat MALAS
Uisss!!! MALAS ni penyakit terlalu merbahaya ..
Bila ikutkan MALAS semua benda tak menjadi.. huwahuwahuwa…!!

Sebagai bukti kebanggaannya saya,
Yeyyy!! Malam Isnin semalam,
Saya Berjaya dalam satu malam sudahkan menjahit Jubah dress.
BETA Hebat!! Beta hebat!! *Clap!Clap!Clap!



Buat leher makan masa sampai 3 minggu dek kerana MALAS melanda.
Mak saya telefon hari tu, minggu lepas,
bila tanyakan khabar jubah saya pun boleh gelihati..
Lawak  gile mak gelakkan anaknye.
Ape tak nya.. nak siapkan tulang belut makan minggu nak siap..
Oh Mannn…!!?? *kata ziyad

Bila berazam elak dari MALAS sekejapan aje boleh siapkan.
Kemain seronok rasanya pakai baju jahit sendiri pergi kerja pagi ni.
Serasanya macam dari pagi sampai nak balik sengih kembang sendiri.. hahahaha Over!

EH! Shawl tu pun shawl buat sendiri..
wahh banyak leh jimat rupanya kan buat baju sendiri.
Dah Jimat takyah bayar duit Upah Jahit.
Save sikit duit titeww..






 



 




Friday, October 24, 2014

Tak Sempat



alaaa...
blog di tinggalkan lagi.. hewhewhew....
kesibukan apakah ini??

ada 2-3 entry
elok tersimpan dalam draft yang belum sempat disudahkan
penceritaannya.

meh tengok.. ape ye cerita yang ada?

  • Cerita Raya Aidilfitri 2014 belah Family in Law
  • Cerita Raya Aidiladha
  • Cerita Birthday saya
  • Cerita Abah Saya
  • Cerita hospital

see...?!! banyak bukan.. gaye mak datin sangatt.. membizi bagai..
hahahahaha..

insyallah ade kelapangannya..
pasti ade jua di siarkan cerita-cerita tak best saya...

Selamat Hari Deepavali,
Selamat Bercuti,
Selamat berhujung minggu


Salam Jumaat dari saya.. ! :')
Salam Tahun Baru 1436 Hijriah,



Friday, October 17, 2014

Nasi lemak


Seronoknya bila pagi-pagi datang kerja,
Ada orang belanja sarapan pagi




Nasi lemak in the house..,
burppp! kenyang...



Thursday, October 16, 2014

Penyusuan Ibu yang Berjaya



bermulanya dari hari pertama kelahiran Ziyad pada 5 Feb 2012
sehinggalah ke 5 April 2014 yang lalu..
genap 2 tahun 2 bulan Ziyad, anak kedua saya menyusu badan.
Ye, Ziyad 100% full menyusu badan ataupun dalam bahase inggerisnya,
100% full breastfeeding.

Syabas, Syabas, syabas!!
hasil dari bertungkus lumus saya terkejar-kejar sesi mengepam selama ini, alhamdulillah berbaloi-baloi
dapat menyusukan penuh ziyad. Sama rata dengan abang long haziq.
Sukur Ya Allah, atas kurniaanmu.. diberikan saya kekuatan fizikal dan mental utk menyusukan penuh kedua-dua anak saya.

kalau difikirkan tak cukup tidurnya.. tak cukup rehatnya..  tak tergambar kot nak cerita macamne.
Syukur..syukur..syukur juga saya sukses dalam penyusuan Ibu
berkat dari full support dari Suami, mak abah, dan family tersayang.

kalau yang mana fanatik penyusuan ibu tu, agaknya
dah anugerahkan PHD kot kat saya ni..
saya bukan fanatik Susu Ibu,
cumanya saya ni penyokong kuat Penyusuan Ibu.
tips kejayaan saya dalam penyusuan ibu ni tak banyak ,
Apa yang saya amalkan adalah, 
Doa, rajin, usaha, makan..makan..dan makan.
4 perkara ni saja yang saya pentingkan.

segala vitamin yang katenye booster breastfeeding yg dok heboh di promote sana sini tu
ada saya beli dan makan..
akan tetapinya vitamin aka booster itu,
tidak sekali pun menggalakkan ke booster an susu saya..
buatkan saya gastric lagi ade.. hohohoho.. ape daaa vitamin tu.
Tak pasal ai ada gastric tau.. *hewhewhew.. hetchu!
daripada saya consume vitamin² lebih elok saya pulun makan-makan,
lagi memboosterkan susu.

lain orang lain cara, lain badan lain rasinya kan..
tak semua benda dapat di praktikkan dengan hasil yang sama kan.

mungkin vitamin booster tu lebih sesuai dengan orang lain,
bukan pada saya.
Berhabis juga duit membeli vitamin segala tu..
$$$$ terbang gitu.. *nangis

Tu semua sebab cepat sangat terpengaruh dgn promo milk booster ..
Walau hasilnya idok ler seberapa.
Maka pegangan saya untuk jayakan penyusuan ibu cumalah
Sentiasa pegang kata-kata “JANGAN MALAS” untuk tarbiahkan diri sendiri.

Meh ziyad possing skettt.


Amboii.. bile busu (adik saya) ajak bergambo, kemain lagi possing ye..



ucapan khas dari saya,
susukan lah anak kita dengan jayanya..

Selamat Hari Khamis..
tata!





Friday, October 10, 2014

Corat Coret Raya 2014



Banyak betul pending cerita nak di cerita kan..
blog agak terabai sejak hujung bulan Jun yang lalu.
Rentetan dari rakan sekerja 2 bulan bercuti bersalin.
Selama dua bulan kelam kabut handle urusan pejabat sensorang.

Hahaha syabas puan ibu, anda Berjaya menguruskan semua nya secara solo!
Dengan admin, account, sales, purchasing, coordinating..
Pengalaman yang betul² mencabar kesabaran.
Lagi² dalam bulan Ramadhan. Phewww!! *lap peluh
Kat rumahnya pula, Dengan tempahan jahitan selendangnya lagi..
Bagus-bagus..
memang anda telah berjaya berkerja bersungguh-sunguh Di usia anda!
Yeyy!! I am a Multitasking Mummy.

Cerita buka puasa ke raya ke untuk tahun ni
Takdepon di kongsi kan ke blog.. huhuhu sedih pulok takde kenangan.
*famili kecik kami.. sedap mata memandang sedondon warna biru..*

Raya tahun ni raya yang seronok. Ziyad dah 2 tahun,
Dah besar, dah handsome, dah pandai salam raya. Sweet sangat!
baju melayu en abah dan anak-anak saya siapkan awal.
Mujur en abah pun setuju beli baju awal-awal. Senang kerja!
Family Besar saya.. tapi kurang satu keluarga..,
Angah and family beraya di Terengganu dahulu di raya pertama.

Sebelum 1 ramadhan, dah siap dah baju melayu en abah, haziq & ziyad.
Baju raya untuk saya dah siap 3 pasang lagi awal dari beli baju melayu mereka.
Siap sekali dengan 3 helai selendang lagi.
sehelai selendang 2 meter, 2 helai half moon
Senang jahit shawl sendiri ni.. boleh tamak buat 2 pesen.
 


Aktiviti masak memasak lauk-pauk hari raya seperti biasa
Sehari sebelum 1 syawal.
Jadi aktiviti Raya pertama kami, bangun seawal pagi.
Setiap kali Raya, Atok ki (abah saya) akan bertindak sebagai ketua warden yang garang.
Habis satu rumah di jerit kan suruh bangun pagi mandi sunat aldilfitri.
En abah memang muka wanted dah paling last bangun mandi raya..Hahahaha! Rasain!
Bersiap cepat-cepat untuk pergi Masjid, Solat Sunat Aidilfitri

*gambar bersalaman takde, gambar masa nak mulakan tahlil je yang sempat ambik.*  


Balik je dari solat sunat Aidilfitri, kami akan bersama-sama berkumpul
Bersalaman memohon ampun dan maaf.
Dan upacara tangis-tangisan pun bermula dengan jayanya.
Huhuhu syahdu sedih betul rasanya.
Macam biasa abah saya akan buat tahlil pendek, untuk di sedekahkan pada
Keluarga kami yang dah tiada,
(Arwah atok laki & atok pempuan mak abah, arwah abang saya ,
arwah ayah mertua along saya, dan tak lupa pada arwah ayah mertua saya)


Raya pertama tahun ni giliran Negeri Sembilan, turn belah saya.
Berkobar semangat raya saya tahun ni..
Hari Raya kedua, macam biasa agenda belah saya
Akan berombongan ke Muar, Kampung Mak abah saya.

 kami berenti solat di masjid area Bukit Gambir..

Route perjalanan rombongan kami di syawal kedua,
Air Hitam, N9 > Serom 3 > Gerisek > Bukit Gambir > Chempelak

Memang dah jadi rutin balik Muar tiap kali raya turn saya,
Ziarah kubur arwah atok belah abah dan mak saya
juga ke kubur arwah abang saya.

saya dan ziyad tinggal dalam kereta, tak larat nak kejar si ziyad berlari-lari



Lepas ke kubur barulah pergi beraya ke rumah sanak saudara.
Walau Cuma menyinggah 4 buah rumah aje pon,
Tetap macam kelam kabut tak cukup masa..
Happy tapi penat..sampai rumah mak saya pun lebih kurang dah malam..
Angah sekuarga tiba dari k.terengganu pun malam tu,
saya dah pengsan sampai ke bulan. Langsung tak sedar dari lena.



Syawal ke tiga saya balik Dungun, turn rumah mertua pula.
Balik lepas sarapan, lebih kurang pukul 10 lebih.
Plannya lepas subuh nak gerak balik.
Tapi hati ni berat je nak gerak awal-awal…
Angah saya pun baru je sampai malam nya tu kan, melampau lah kan .. kalau terus balik.
Kemas punye kemas nak dekat pukul 11 gak nye jalan.. cantik betul timingnye tu.



Tengahri dalam jam 12 lebih tu sampai Bandar Temerloh.
Saja-Saja try Cari kedai ikan patin,
kot-kot la boleh lunch nasi campur ikan patin temerloh.
Sekalinya, semua kedai² yang di suggest di internet semua nya KATUP..
Semua orang cuti Raya kan..
Makcik ni pikir dia sensorang je raya. Macamkan orang lain tak raya.
Tu yang konpiden nye cari kedai ikan patin di pagi raya keTiga.. ape daa..!





En abah pun dah panas, luar dan dalam
cepat² teruskan perjalananan ke Highway LPT.
Seb baik ade hentian R&R (Rehat & rawat) Temerloh
Sedang elok bertemu jodoh dgn Ikan Patin di R&R Temerloh..
Biarkan En abah makan bersama anak² teruna.
Saya makan mee sup sensorang.
Nyummmss! sedap.
Lepas kenyang bermula kembali perjalanan pulang ke Dungun..


Oihh panjangnya entry..
Sekali update, terus tamak berjela cerita. Hohohoho..
Nanti lah sambung lagi, korek gambar dulu kot ade.
Kalau takde gambar.. hilang ingatan tak tau buat ape mase raya haritu..
Jumpa lagi ye di lain entry..

Tata!


 

Thursday, October 9, 2014

Orchid Pembersih Khusus Wanita

Kita ni orang perempuan ni kan..
selain kena jaga muka dan tubuh badan,
Ada satu tempat lagi yang kite kene jaga
betul-betul dari segi kebersihan,

Tau ape dia??
Penjagaan alat sulit ataupun alat kelamin kita la Jawapnya..

KakNon, DikNon.. CikNon..
Kita kene jaga ia betul-betul.. terutamanya tentang penjagaan KEBERSIHAN.

Kenapa penjagaan kebersihan alat kelamin tu penting??
sebabnya..,

Alat Sulit atau alat kelamin kita ni
berkait-rapat dengan pengeluaran darah haid,
Hubungan seks dan juga kehamilan.
Haaa!!! Jangan main-main..tauuu..!!

Saya nak ceritakan satu produk baru
rangkaian pembersih khusus wanita
yang menggabungkan ciri terbaik herba tradisional
dan pH seimbang yang terbukti secara dermatologi
membersihkan bahagian intim wanita dengan lembut dan efektif.

Orchid pembersih khusus wanita,
satu lagi jenama yang dihasilkan daripada Kump. Syarikat Lam Soon.
Syarikat Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd (Lam Soon) adalah Pengeluar
bagi produk  bagi pelbagai produk penjagaan kesihatan, barangan keperluan rumah dan makanan yang terkemuka di Malaysia.
Antara produk berkualiti yang dihasilkan termasuk sabun kecantikan May,
sabun Fruitale FairWhite UV , Antabax, ZIP, Labour.


lebih 100 wanita berkahwin yang
telah mencuba rangkaian Orchid kagum dengan pembersih tersebut.
Semuanya sebulat suara bersetuju bahawa
Orchid membantu meningkatkan keyakinan diri
dan merasai semula keghairahan dan kemesraan berumah tangga,
menjadikan setiap malam bak malam pertama.

Bila dengar tagline “Setiap Malam Bak Malam Pertama”..
Wahh, makcik ni pun tak berlengah terus semangat guna,..
Hahahaha..!!
Jeng jejengg..
3-3 koleksi saya terus ambik. *tamak menguasai


Rangkaian Pembersih Khusus Wanita Orchid
mengandungi ramuan tradisional yang suci
dan menyubur seperti Manjakani, Kacip Fatimah
dan Daun Sirih yang memberi bau yang segar,
mencerahkan dan mengembalikan keanjalan kulit
dan merupakan penyelesaian seimbang
yang sesuai untuk semua jenis kulit.
Formulanya yang lembut dirumus bagi meningkatkan kebersihan,
keselesaan dan memberi keseimbangan,

pada masa sama mengurangkan kerengsaan kulit
dan ketidakselesaan yang kadangkala
disebabkan oleh perubahan pH semulajadi  di bahagian intim.

mempunyai pH seimbang 3.5, sesuai untuk bahagian intim,
100% bebas paraben dan diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi.
Pembersih Orchid yang lembut
dan berasaskan air memberikan wanita tahap kualiti



dan keselamatan tertinggi dalam memenuhi
keperluan penjagaan diri mereka yang paling intim.



*letak kat tangan pun takde buih..

Ia juga mengandungi Aktif Pencerah Kulit
yang membantu mencerah dan mengimbangkan tona kulit.

Orchid didapati dalam tiga variasi iaitu
Romantis (botol pink),



Intim (botol biru)


dan Anggun (botol ungu).


Setelah saya cuba setiap satu,
Hati jatuh terpikat dengan si Biru, Intim (botol biru)



Bau nya sama macam bau mandian bayi..
Padan sangat dengan saya yang cintakan bau bayi..

Apa yang membuatkan pembersih feminin Orchid unik?

Manjakani digunakan kerana,
Kandungan tannin yang tinggi
membantu menegangkan bahagian intim
selepas melahirkan anak.
Sifat antiseptik semulajadinya berupaya mencegah jangkitan bakteria,
kulat dan yis (punca utama gatal-gatal
dan bau kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita).

Kacip Fatimah, yang kaya dengan fitoestrogen
dan mampu mengawal fisiologi wanita.
Ia juga dipercayai mampu meningkatkan libido wanita
untuk kebahagiaan rumah tangga secara tradisional.

Daun Sirih terkenal dengan kemampuannya
menyegarkan dinding kelamin wanita,
mengembalikan keanjalan dan mengurangkan cairan
berlebihan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan
dan rasa tidak menyenangkan untuk sesetengah wanita.
 



Bila dah bersih, nyaman terasa.. Sifat Yakin datang dengan sendirinya.
Nak possing depan kamera pun tak payah nak senyum lebar sangat,
Dah Nampak ayu secara semulajadi. Betul kan..??

Jangan Lupa Orchid ya…,

“Alami Semula Keyakinan Diri Anda Dengan Orchid “

Sebotol Orchid 210ml dengan reka bentuk feminin
dijual pada harga RM4.90 dan boleh didapati di seluruh negara.


Tata!