Monday, July 22, 2019

Resepi Cucur Jawa Sukatan Cawan yang Simple Dari ietams



**Haritu ingat kan dah boleh ada aura rajin nak update blog secara hari-hari.. rupa-rupanya hilang juga sekejap aura rajin tu. Tetiba datang semula aura rajin update blog. Nak cerita tak tahu nak mula dari mana, so hari ni saya tak de nak cerita ape.. Cuma nak tepek resepi aje lah ya... **

Kuantiti resepi ni sesuai untuk 4 orang makan untuk minum-minum santai petang-petang.

Bahan-bahan yang diperlukan :-
Tepung gandum
Tepung beras
Gula pasir
Gula merah
Air dan sedikit garam

Cara-Cara membuatnya;-



1) Masukkan 1 ½ cawan tepung gandum




2) Masukkan 1 ½ cawan tepung beras



3) Masukkan ¾ cawan gula pasir



4) Masukkan ¾ cawan gula merah



5) Masukkan 2 cawan air & Masukkan sedikit garam 

7) Kacau rata.
Walaupun dah kacau rata semuanya, tepung ni tetap akan berbintil-bintil macam gambar ni.




8) Oleh itu, kita kena blend kan dalam blender.
Blend tak perlu lama.. agak-agak 2, 3 kali blend okey dah.




9) Taraaaa!! Dah sebati dan rata berkilat. Just kacau rata aje. Lepas tu kita tutup kemas bekas adunan ni dan simpan dalam freezer. Nak lagi bagus biarkan semalaman. Tapi kalau nak cepat, 5 jam perap pun dah okey dah..





10) Bila dah cukup perap 5 jam atau semalaman, keluarkan dan sedia untuk di goreng macam gambar kat bawah ni ya,








11) Guna senduk saiz kecik, cedok penuh senduk dah tuang ke dalam minyak yang dah panas. Goreng-goreng dah siap.







Boleh la buat 2 kali goreng. Anggaran dapat jumlah kuih antara 20keping ke 25 keping. Bergantung pada saiz senduk tu.








Thursday, July 18, 2019

Pengalaman Bawa Anak-anak saya Haritu Join Beyblade G4 Tournament di SOGO I-City Shah Alam



Cerita ni cerita Throwback 7 Julai 2019 yang lepas kami hunting Beyblade tournament, bagi anak-anak saya explore pengalaman baru.

Saja-saja nak bawa anak-anak join tournament, bercampur berkawan happy-happy, bagi mereka bersosial dan adapt suasana dan situasi yang baru, menang kalah dalam bertanding itu adalah rezeki..apa-apa pun, saya dan suami ok je. Janji anak-anak saya rasa seronok join tournament tu.



Mula-mula si abang tak nak join. Malu katanya. Bagi chance adiknya sahaje yang join. Adiknya memang bersemangat tinggi, berkobar-kobar betul lah beliau nak join tournament ni sampaikan malam sebelum hari bertanding tu tak boleh nak tidur la anak saya tu. Hahahaha..

Datang masa tu pukul 2 lebih rasanya. Tournament tu ade 3 sesi, Sesi pagi, Sesi Tengahari, Sesi Petang. Masa pendaftaran bermula pukul 11.45 pagi. Ingat kan kami sempat register untuk sesi tengahari. Rupanya tak sempat nak join juga. Dah Terlepas tournament pukul 2 petang punya. Nasib baik kami dapat juga register sesi yang last, sesi petang pukul 4.



Tournament ni adalah anjuran Beyblade Malaysia. Jenis Beyblade yang layak untuk sertai tournament ni Hanyalah brand Takara Tommy. Beyblade yang takde brand Takara Tommy totally DISQUALIFIED ya! Nak register untuk tournament ni kena ada WBBA Passport. Untuk dapatkan WBBA Passport, kita kena beli lah satu barang Beyblade ni. Satu resit pembelian barangan Beyblade jenama Takara Tommy, layak untuk dapatkan satu Passport WBBA.Sebagai first timer untuk tournament² anjuran Beyblade Malaysia ni koleksi Beyblade anak-anak saya yang ada cumalah brand kual-kual aje yang ada  , tak ada satu pun Brand  Takara Tommy . hahahahaha.
memang kenalah kami ni belikan Beyblade baru hari tu untuk melayakkan anak-anak saya joint tournament ni.. makan ratusan harga-harganya oii …huhuhuhu

tapi tak bestnya hari tu, kami tak dapat lagi WBBA Passport. Habis sold out dah passportnya. Ramai betul yang join, macam kami juga lah agaknya.
Masa bertanding ziyad, adiknya abg long pukul 4.petang. Ada lagi dalam berejam masa sebelum lawan, ziyad bersungguh² training kat stadium training. Mula-mula haziq si abang malu-malu kucing, lelama ehhh naik syeikh dah dia! Terus kami daftarkan haziq join tournament tu jugak.




Anak-anak saya nervous sangat-sangat masa lawan battle ni.. tunggang langgang shaking tangan. Haziq segan-segan alah, tapi nasib baik gak lah hampir nak menang dalam 1st battle, rezeki je yang tak menyebelahi haziq hari tu. Ziyad habis berpeluh tangan nya.. memang terlepas keluar stadium terus masa launch Beyblade. Confirm kalah lah Ziyad. Hihihi kelakar comel.. tapi macam kesian pun ada juga tengok dia frust dia buat mistake tu.

 

Takpe lah sayang-sayang ibu, walaupun kalah 1st battle ni..kita try lagi battle next..next.. nanti ya. Jadi masa kat rumah kita training rajin-rajin bagi improve skill masing-masing tau. Tiap minggu ada tournament Beyblade ni. Cuma lokasi sahaja yang akan berbeza. Nak tau kat mana dan bila, memang saya kena sentiasa alert dengan update Facebook Page Beyblade Malaysia. Bila dah tahu je lokasi dan tarikhnya, saya akan update suami saya, kalau okay.. let’s our kids go battle! Hihihihihi…punya semangat omak eh ni. 


Memang lah omaknya suka dan bersemangat bawa anak-anak tournament ni.. tournament tu buat dalam Mall kottt!? Sape tak suka kannn.. ai ni dah memang² lah favourite pergi Mall nihh.. walaupun hanya pergi tournament tak beli/shopping ape-ape ponn..nak harap saje-saje je nak masuk Mall? Huii memang mimpi siang hari je lahhh saya ni..yang minat jenjalan dalam Mall saya seorang. Yang tak minat masuk Mall ade 3 orang anak-anak se geng abahnya tak minat jalan Mall. Ko Rasa sape yang kalah? Aiolls la yuollsss oiiii!! 








Wednesday, July 10, 2019

Macam Mana nak Apply Adsense Dalam Blog – Saya Cuba Nak Kongsi Pengalaman Saya



Assalammualaikum,
Entri ni khas untuk ingatan untuk diri saya sendiri dan juga khas untuk CikAni ku sayang eh ambik tagline ChefWan untuk maknya pulak..hehehehe

Sebelum ni memang saya sangat-sangat teringin nak apply Google Ads kat blog sendu saya ni.. tapi macam rasa tak layak je.. berapa kerat benor le viewernya kan kalau nak dibandingkan dengan blogger² terhebat yang lain-lain. Apa lah sangat nya blog saya ni pun . baca sana baca sini terJumpa dalam satu dua blog yang berpengalaman dah ada adsense ni, bagitahu Jika dalam Dasboard blog kita tu, ada pilihan earning, maksudnya blog kita tu telah layak untuk apply adsense.




Bila baca info macam tu, saya pun terus tengok semula Dashboard saya, pilihan earning saya pun dah ada. Ini bermakna blog saya telah layak untuk meng apply adsense. Kalau tak silap saya, ada requirement juga untuk apply adsense ni. Antara yang saya dapat dari pembacaan saya requirement yang di perlukan adalah seperti ;

1) Kena ada disclaimer (saya copy pasted dari contoh² dari hasil google je)






2) Kena letak contact me. Displaykan Email address kena jelas dan di pamerkan. Saya memang buat contact me. Dedulu kan macam bajek-bajek blogger tegar, pergi event sana sini. Hihihihi..




3) Untuk blog baru, kena berusia 3 bulan atau lebih kalau tak silap.
4) Content blog adalah seratus percent ayat sendiri tidak diciplak dari mana-mana.

Google terror weh.. ape je entry kita yang copy paste dari suratkhabar ke web lain ke, dia boleh je dapat detect itu entry copy paste.


..yang 4 perkara ni je yang saya pastikan memang ada dalam blog saya yang mencukupi syarat. Yang lain-lain tak pasti. Mungkin ada banyak lagi tapi saya tak pasti apa lagi. Boleh je google-google untuk tambah info lagi.. ramai juga yang baik hati sharing ilmu ilmu berguna ni.

Bila click dekat earning, keluar halaman baru. Click Sign Up for Adsense. Pilih English dekat Change Language. Klik proceed with Google Acount (kalau sesiapa yang guna email yang kita guna kat blog). Kalau nak guna email lain klik No. create google account.


Ikut je step semua.. klik.. klik.. pastu klik SEND. Dia akan keluar your account is awaiting approval.

Adsense akan review kita nya application dulu. Kalau ok takde masalah kita akan receive email Congrats dari adsense. Kalau tak ok, dia akan bagi email macam ni:-


You need to fix some things before your account can be approved.



Kalau dapat email macam gambar saya kat atas ni, kena la godek-godek adjust entry-entry blog kita.. tu tandanya blog kita ada lah yang terselit entry copy paste.
Bila dah adjust-adjust entry-entry tu, kita try submit lagi application adsense ni. Try je banyak kali, takpe der.. macam saya aritu macam tu lah. Cuba galak kali, berbulan agaknya. Team adsense tu pun bosan gila kot tengok kedegilan saya yang tak serik² apply adsense ni. 

Try aje.. sampai la dapat email Congrats Dari Adsense. Kalau dah dapat email Congrats maksudnya blog kita dah lulus! Yeeehaaaaa! 
Selamat Mencuba ya!

Ada satu blog ni yang saya rasa banyak membantu dalam kejayaan adsense saya. Boleh la kalau nak tengok-tengok untuk panduan kat blog NurulShahira

**Saya ni takla expert Adsense mana pun, Masih lagi belajar. Cuma saje je ni suka-suka nak kongsi cerita saya. Kalau info saya ni berguna, alhamdulillah saya dapat bantu pada sesiapa yang memerlukan. Kalau apa yang saya share ni salah, berjuta kemaafan saya pohon kan ya. Selamat membaca!



Monday, July 8, 2019

Blog anda dah ready untuk AdSense. Yihuuuu!!




Setelah sekian lamanya, perkara yang saya nanti-nanti kan akhirnya tiba juga pada ku. Yeahhh! Rasanya kalau tak silap berbulan juga la saya try nak enable kan Adsense dalam blog saya ni.. asyik lah dapat email your request disapproved aje kan.

Sebab semangat membara saya nak juga enable kan adsense tu, gigih men google info-info dan pengalaman² expert blog ni. Saya try remove kan entry post yang sebiji copy paste dari surat khabar online, walahh! Tak lama tu dapat email congrats dari Adsense;



Congrats!

Your site www.zulieta.com is now ready to show AdSense ads and start earning


Ayat Congrats tu betul-betul menggembirakan hati saya tau.
Yeyyy Saya Berjaya!!, Happy bukan kepalangnya rasa. Tahu tak perasaan happy tu cemane.. paham kan, macamne rasanya bila benda yang ditunggu-tunggu berjaya dah ade di genggaman. Memang gembira tak terkata tak boleh nak describe dia nya happy tu. Hihihi..
Mudah-mudahan dengan enablenya adsense ni, makin rajin la saya update blog. Terima kasih Google!


Untuk self info, selagi kita tak receive email congrats ni.. memang sampai bila-bila la blog ko tak kan ade Google Ads. Bila dah received je email congrats macam ni, baru lah boleh Tarik nafas yang lega dan tersenyum riang.. heeheehee..



Kenapa ‘Saya’ Yang Sentiasa Sahaja Di timpa Begini



Assalammualaikum wbt.
Apa khabar semua, alhamdulillah saya dah sihat dan baik keadaannya. Saya ni baru je naik kerja balik dari MC 2 hari minggu lepas bersambung cuti hujung minggu, Sabtu dan Ahad. Bersyukur dapat berehat full 2 hari, 2 hari lagi warming up dan insya Allah hari ni perfect sihat walafiat. AlKisahnya Khamis pagi pukul 7.50a.m. minggu lepas saya boleh jatuh tertungging terpeletok tapak kaki / buku lali krap krup krap meletup bunyi macam patah masa tu.. Jatuh dekat Food Court area rumah.. (** huhuhu malu toksah kata lah.. sakitnya lagi susah nak cakap cemana nya) hinggakan masa tu saya tak boleh nak terus bangkit bangun badan terus menerus lepas jatuh. Terduduk terjelepok selama 10-15 minit di tempat kejadian jatuh tu. Masa tu dah rasa pasrah je dengan keadaan kaki saya. Buku lali dan tapak kaki memang tak boleh nak tegak mahupun gerak-gerak. Sakitnya jangan kata. Menangis sensorang menahan sakit. Perkara pertama yang saya mampu buat masa tu cuma boleh telefon suami sahaja, inform keadaan saya kat suami yang saya jatuh dan tak boleh nak bangun dengan berjuraian air mata tahan sakit. Kakak kedai makan yang saya biasa beli tu datang tolong pun, saya tak mampu nak bangun. Kaki sakit yang amat. Lepas berbelas minit macam tu, try gerak-gerak kan kaki, dah terjengket-jengket kaki cuba jalan perlahan-lahan ke meja makan. Duduk nunggu 2-3 minit en suami pun sampai. Minta tolong dia tapaukan nasi. Tujuan saya datang food court ni pun, untuk bungkus nasi campur untuk lunch+breakfast saya. Beli bungkus kedai dekat rumah lagi jimat berganda kalau nak di bandingkan dengan belanja makan di kedai bawah office.



















Kiranya saya jatuh mirip gambar kat atas ni. Tapi gambar tu terpeleot bahagian lutut. Kes saya bahagian pergelangan ankle yang terpeleot. Kedua belah ankle saya terpeleot. Huhuhu…

Saya pernah ambik lauk yang sama, portion yang sama Cuma beli di berlainan tempat je. Kalau di office caj RM9.50, beli kat food court kawasan rumah cuma RM5.00 sahaja. Nampak kan banyak duit jimatnya kann..

K, sambung balik cerita saya jatuh.. lepas suami saya tapaukan nasi, dia papahkan saya bawa balik. Pergi klinik, doctor terus cek kaki saya. Pusing sana tolak tekan sini. Kejap ok saya ni..bila tersentuh part yang sakit, hamekauu menjerit. Doctor lumur krim panas membara putih melepak kat kaki, pastu bandage. Terus sedap nya rasa kaki ni.. nak melangkah pun rasa kemas je kaki walaupun berdengkot².






















Sabtu petang, saya dah boleh berjalan seperti biasa. Alhamdulillah sihat, ber bandage dan krim panas yang doctor bagi beserta makan ubat-ubat dari klinik pun sikit sebanyak menolong surut kan bengkak kaki saya. Ahad dah boleh jalan laju, tapi masa solat tu masih lagi terasa-rasa peritnya masa sujud dan tahiyad. Tapi bagus juga, hikmahnya kaki sakit (ankle area) ni dapat saya tertib dan tawadu’ je bile nak gerak untuk sujud atau duduk tahiyad masa solat. Idak lah gopoh gapah nak laju-laju kan.

Rezeki saya betul.. saya ni sentiasa je kurang bernasib baik. Ada je dugaan² datang dalam hidup saya ni. Macam tak pernah sunyi dari dugaan kot. Dari kecik hinggakan besar tua bangka dah ni ha..aaade je.. jatuh tangga terseliuh, jatuh beskal koyak rabak luka lutut la peha la..hai la memacam betul.. accident kena langgar kereta masa sekolah menengah. Dah beranak, accident kena langgar motor. Anak tengah kecik, jatuh tangga terseliuh. Sekarang umo lagi bangka ni pun boleh tergolek jatuh juga. Tak pernah surut nya nasib tak baik saya ni. Memang ada je nasib tak baik nya..

Ya.. saya tahu, dugaan bertimpa-timpa datang ni tanda Allah sayangkan kita, tegur kita selalu supaya tidak alpa dengan keduniaan, supaya kita lebih Dekat Pada-Nya setiap masa dan ketika nya. Dugaan² itu juga sebagai penghapus dosa-dosa kita kan. Terima kasih Ya Allah, atas ingatan-Mu ini terhadap ku hamba-Mu yang hina dan lemah ini. AKu bermohon YaAllah, lindungilah aku dan keluarga ku dari bahaya, kekufuran, kejahatan dan tingkatkan lah iman ku dan iman keluarga ku YaAllah, amin. 










Tuesday, July 2, 2019

Lagu Senorita Beserta Lirik Ni Bestlah! Sedap Saya Dengar


Shawn Mendes, Camila Cabello - Señorita


jom layan lagu tgh top dan trending sekarang ni. saya dan anak² pun cukup suka lagu ni
dan lagu ni juga dekat YouTube menjadi #2 on trending






I love it when you call me señorita
I wish I could pretend I didn't need ya
But every touch is ooh la la la
It's true, la la la
Ooh, I should be running
Ooh, you keep me coming for you

Land in Miami
The air was hot from summer rain
Sweat dripping off me
Before I even knew her name, la la la
It felt like ooh la la la
Yeah no
Sapphire moonlight
We danced for hours in the sand
Tequila sunrise
Her body fit right in my hands, la la la
It felt like ooh la la la, yeah

I love it when you call me señorita
I wish I could pretend I didn't need you
But every touch is ooh la la la
It's true, la la la
Ooh, I should be running
Ooh, you know I love it when you call me señorita
I wish it wasn't so damn hard to leave you
But every touch is ooh la la la
It's true, la la la
Ooh, I should be running
Ooh, you keep me coming for ya

Locked in the hotel
There's just some things that never change
You say we're just friends
But friends don't know the way you taste, la la la
'Cause you know it's been a long time coming
Don't you let me fall

Ooh, when your lips undress me
Hooked on your tongue
Ooh love, your kiss is deadly
Don't stop

I love it when you call me señorita
I wish I could pretend I didn't need you
But every touch is ooh la la la
It's true, la la la
Ooh, I should be running
Ooh, you know I love it when you call me señorita
I wish it wasn't so damn hard to leave ya
But every touch is ooh la la la
It's true, la la la
Ooh, I should be running
Ooh, you keep me coming for you

All along I've been coming for you
And I hope it meant something to you
Call my name, I'll be coming for you
Coming for you, coming for you, coming for you

For you (ooh, she loves it when I come)
For you

Ooh, I should be running
Ooh, you keep me coming for you


Lagu ni kalau tak silap saya dari liriknya macam mengisahkan si lelaki tu “love in the first sight” kat perempuan tu. Hubungan mereka macam kawan je.. tapi dorang berdua ni boleh tahu detail perihal masing-masing. Pastu dorang ni saling tertarik antara satu sama lain. Maksudnya dorang ni sama-sama suka sama suka lah kan? cumanya dorang buat-buat macam dorang ni berkawan biasa aje..


Cakap je la terus terang kan.. kalau dah suka tu? Ape yang susahnya.. main Tarik tali pula.. tapi video clips tu gayanya walau Cuma berkawan sahaja tapi dah sampai ke ‘tilam’ dah dia punya berkawan tu.. biasa la omputih ni kan.. kenal sehari pun boleyy je tangkap muat bawa balik rumah. Huhuhuhu.. 


anyway.. lagu ni memang ai tengah suka sekarang ni.. music nya sedap di dengar.. tak kira la video nye cemana, pada ai lagu nye sedap dan jatuh suka sangat kat lagu ni. Dah macam ketagih juga ni rasanya, asyik laaa rasa nak dengar lagu ni je 😄😄😄😄😄