Tuesday, May 31, 2011

Baik Baik Sayang - Wali Band

saya tak sangka sungguh si Haziq boleh menyanyi² lagu ni..




Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Chorus

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupmu
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Ulang Chorus 2X

menyendiri pulang ke kampung

sabtu ahad hujung minggu ni,
saya dan haziq pulang ke kampung berdua.
dah macam kebosanan pula, en. abah membizi dah 2 minggu weekend berturut dah.

kebetulan ari ahad ni rumah mak kak long saya ade kenduri.
rumah mertua along saya tu idak le jauh beno dari kampung saya.

haziq pun okey, tepati janji.. mau behave dia,
makanya kami berdua setuju pulang ke kampung tanpa en. abah.

ahad pagi, kami ke palong
menghadiri majlis aqiqah, cukur jambul & berkhatan anak-anak buah
kak ipar saya.
saya pun dah dari kecik dah kenal dgn mak kak long saya ni..
hehehe.. dari remaja belia dulu sampai dah berpuluh tahun ni kan..
tak kan tak pegi pula kan..

dari Palong, saya ke Lui Barat lak..
majlis kahwin anak kawan mak saya.
kebetulan pula masa mak dan saya dah nak balik,
pengantin mula berarak.
sementara tunggu mereka berarak di jalan,
saya kat tepi pun terus jadi wartawan bergerak

keluarkan kamera dan amik gambar.. hihihi

saya dan mak saya..
uh! tembam nya pipi saya.
kenapa ranum benar pipi & badan saya lately ni..
ermphhh...

Monday, May 30, 2011

A Very Not Good.. jangan ikut


sarapan saya di pagi ini yang tidak berkhasiat..
nak makan telur setengah masak yang benarnya.
Tapi teringin juga nak makan Maggie..

Zam Zam Restaurant Shah Alam

jumaat aritu,
sekali lagi meng entertainment makan-makan bersama customer.
destinasi pilihan kami adalah ke Shah Alam
sesekali cuba ubah selera. yahh! makan makanan arab kita iyer..

yummyy! ke seksyen 9, Zam Zam Restaurant namanya.
landmark nya adalah di belakang Plaza Masalam.
kali ni, saya minta cik Ainun sebagai organizer,
super junier opis kami.. hehehehe..bagi cikgu kita ni belajar macamne nak handle event kecik macam ni.
bagus ainun, keep it up!


suasana yang menarik,
presentation yg mantap..

ha, ini lah dia Cik Single & Available office kami sekarang,
Ainun namanya.




gambar bawah ni lah
family set, nasi dihidangkan dalam satu dulang berlauk 2 ayam & 2 kambing.
uhh! sedapnya...
series sedap.Still sekarang ni terasa-rasa lagi kesedapannya.
pada saya, makan nasi dgn kambingg tu dah tak payah campur salad yang lelain,
makan nasi tu saje pun berganda dah mantop rasanye



ni lah dia sekalian tetamu yang sedang menjamu selera,
mereka betul-betul kelihatan berpuas hati.
syukur alhamdulillah.









tiba-tiba terus saya jadi monster.
dah kesedapan makan kan,
pengembangan pun terus mendadak berlaku.. hihihihi..







sebagai tanda saya betul-betul rekemen kedai makanan Arab yg terbaik pada saya ni.
ni saya ada sertakan sekali alamat & sedikit peta ke lokasi
restoran ni..,


memang sedap,

owner kedai ni memang 100% orang arab, tapi jangan risau,
tokey kedai ni pandai juga cakap melayu.
pekerja nya pun arab. cuma ade 3 orang sahaja yang melayu.
selamat mencuba pada yang nak cuba!

Thursday, May 26, 2011

Hati Terusik di Pagi Hari..

hari ni kat Sinar.Fm
ramli sarip jadi artis jemputannya kan..
utk promo Album Mutiara Zaman.
saya memang minat Ramli Sarip..
walaupun dulu² dia suka pakai seluar ketat yg ada corak-corak @ line-line.
lagu² & suara dia.. serak-serak gemersik.
damai jiwa & tenang je hati mendengar.

dalam album baru dia ni,
ada satu lagu tu betul² men syahdukan saya pagi ni
sampai la saya hairan & terpaku mendengarnya.
duet Ramli Sarip dgn Dayang Nurfaizah.

ni ada sikit lagunya..
nanti saya nak ajak en. abah beli la album ni.
syok layan..

Wednesday, May 25, 2011

sebutan yang betul

sekarang office saya kan ade 3-4 orang staf baru..
selama ni office saya kebanyakan nya orang lama.
yang paling baru pun dah 6yrs service..

ade yang puluh tahun pun ada.
itu stended la kan untuk opis jepun. memang diutamakan long services staff.
kalau ko jenis suka lompat², memang bad impact la pada org jopun ni.

staf melayu dulu ade 3 orang aje. 2 org jepun, 1 indian dan lelain adalah chinese.
tapi sekarang, staf melayu dah agak ramai dah.. lebih dari 5 orang..
selama ni adalah chinese sorang dua yang panggil saya Ju..
saya faham la juga dlm bahasa dorang 'Z' di sebut bunyi 'J' kan..
boleh lah saya menerima dgn rela tak rela..
sebab dah memang dorang belajar sebut 'Z' bunyi 'J'.

tapi kebanyakan mereka yang Englih Education *sebut ala-ala Usop wilcha yer..
mereka panggil saya 'Zu'. Even jepun² pun panggil saya 'Zulita-san'.
pandai juga sebut sebutan 'Z' tu.

yang macam saya terfikir-fikir sampai sekarangnya ni,
ada budak melayu yang baru ni panggil saya 'kak Julita'..
erm...,takkan la cikgu-cikgu zaman sekarang dah ajar kita sebut 'Z' dengan sebutan 'J'
pelik saya sampai sekarang.. kenapa mereka sebut sebutan J yer..

di akhiri dengan gambar amik sendiri ketika di office..

Tuesday, May 24, 2011

Menulis gaya tersendiri

dulu-dulu saya pernah tanya pendapat haziq
masa nak masukkan dia kat tadika yg haziq sekolah hari-hari sekarang ni,

"haziq nak school kat sini tak??"
"Nak!.. haziq nak school kat sini"
"kenapa haziq nak school kat sini?"
"Sebab teacher dia cantik"

memang normal pengaruh macam tu kan..
kita cepat tertarik pada bende yg cantik.

tak semua benda cantik elok
dan tak semua benda cantik tu tak elok.
Semua benda ade pro dan kontra nya.
yang penting nya niat & usaha kita yang merealisasikan sesuatu perkara tu baik atau sebaliknya.

haziq sudah totally free diaper
yey!! lagi sebulan dia nak cukup umur 4 tahun.
dia sudah bebas dari diaper ketika tidur malam
*gara² omak eh malas nak bangun² masa tidur malam.

ibu & abah bangga pada anak ibu yang selalu dikata-kata kurus & gigi rosak dek cekelat
(cekelat dlm bahasa ganu adalah gula²)




development haziq sekarang;
lancar alfatihah, surah Al-Asr,
Lancar ABC & 123
pandai solat
lancar niat solat
lancar tahyat awal & akhir
lancar bacaan dalam solat (takbiratul ihram, duduk antara dua sujud)

syukur alhamdulillah.

Kahwin lambat, trend kah?

pagi ni topik terhangat kat radio
masalah kahwin lambat..

Monday, May 23, 2011

ikut suka

mata ibu masa ni series dah nak katup..
tapi apakan dayanya our lil' caliph, masih segar bugar menyelesaikan
puzzle brain si alien dia.. haishshhh..

en. abah di luar dgn kerjanya,
saya disini dgn blognya
haziq disebelah dgn aliennye..
dek kerana en. abah overnight lagi malam ni,
kami 3 beranak as usual berkampung di bilik bawah.

tak boleh la kami tidur kat bilik atas berjauhan dgn en. abah,
nanti mesti "ada" je yg tak "selesa".
biasa la kan, kami baru nak masuk 2 tahun duduk sini.
"Si Dia" mungkin dah lama bertapak.
seeloknya kita jauhkan ape yg buat kita tak selesa.

dinner tadi, saya masak ikut suka saya aje..
tapi hasilnya huishh! sodap la..

lobak putih di goreng lebih dahulu kemudian di tos
tumis rempah dulu ~ kisar halus bawang putih+bawang merah+cili+halia+kunyit sikit+rempah kari
(bahan2 rempah tu sebiji dgn bahan rempah utk buat kari)
bila bahan tumisan tu dah elok garing dan masak, masukkan lobak putih yg dah goreng tu
kemudian masukkan air asam jawa, garam secukup rasa.
last sekali masukkan bendi yg dah di hiris halus2.
goreng sampai semuanya masak & empuk.
pastu saya goreng telur dadar..

siap untuk di makan..
wahh sedapnya..

en. abah & haziq paling payah nak mkn sayur.
tapi saya berjaya menjadikan mereka pemakan sayur yg saya masak sahaja.

dari Hulu ke Hilir

en. abah aritu dah belikan Lego set birthday gift in advance untuk haziq kan,
turn ibunya pula bagi hadiah untuk haziq.
dek kerana tiap petang balik sekolah on the way balik ke rumah,
haziq pressure kan ibunya,
 "ibu.. bila kita nak naik eroplen lagi.. haziq dah lama tak naik eroplen.. kesian haziq"

kebetulan ujung bulan 4 hari tu, saja-saja klik-klik http://www.airasia.com/,
dapat harga yang berpatutan,
calling-calling en. abah minta izin & persetujuan,
terus aje la saya proceed.
walaupun tahu cuti 3 hari 2 malam tu memang tak cukup & tak puas pun bercuti.
tapi tak pe la kan, janji dapat berjalan jauh.. hehehe

memang niat saya & suami, nak ke kuching ni lagi suatu ketika nanti ..
kekonon nak repeat la ala-ala kami mase dedulu honeymoon pengantin baru.

dah dapat harga flight murah ni, terus je la jadikan sebagai birthday gift haziq.

hari pertama aktiviti kami, menaiki bot tradisional iban,
menikmati pemandangan SunSet di Waterfront Kuching


tenang betul air sungai..,
ade buaya tak yer?
seram juga.. di tengah-tengah sungai tu, haziq boleh tanye mana pegi semua buaya.

siapa lagi orang yang terlalu teruja...
tak lain tak bukan kami berdua.
muka saya teruja, tapi hati dup-dap seram juga.

Safety First..
penumpang lain selamba je tak pakai safety jacket.
saya tak pandai berenang. Saya juga sayangkan anak saya.
baik saya pakai safety jacket ni.
apa-apa jadi, sekurang2nya, boleh terapung..


2 orang penumpang ni aje yang berhemah yer..
2 orang ni saja yang ada jaket yang cantik terpakai di badan.. hehehehe.



satu jam atas bot ni..
sampaikan mengantuk dah..

saya dan en. abah memang tak berapa berani nak pegi holiday ke oversea,
even ke indon sana... takut woh! zaman sekarang ni macam-macam la..
lagi prefer jalan-jalan dalam negeri sendiri..
lagi best kan, Malaysia ni kan banyak destinasi percutian yg menarik & tertarik da bomb!..
jimat dan asyikkk..

Thursday, May 19, 2011

Wahai Orang Penang...,

JL De Beauty & Slimming Centre, ada diskaun hebat..93% OFF tu..
daripada RM420 harganya, lepas tolak 93% diskaun, tinggal RM29.90 aje.
pakej yang disediakan adalah:-



lokasi kedai nya di Penang.
sesiapa yg berdekatan, apa tunggu lagi.. klik aje sini..

Diet Musnah Gara-gara Suami

tiap masa dan ketika, saya teringin sangat nak ber diet.
nak juga ramping seramping persis buleh di tiup di angin lalu.
sape tak mau kurus, lansing & ramping tanpa perlu memikirkan ade bende yang tersembul sana dan sini.

kononnya tak nak makan malam sabtu malam lepas,
memang dah bertahan dah tak makan apa-apa dari jam 7 hingga ke 9 malam,
tetiba en. abah pelawa saya makan,
WHATT?? menu sambal sardin, lada kering goreng, ikan bilis goreng..

adusss!! terus hancus ai punya cita-cita nak berdiet. taknak makan malam..
dari sepinggan terus tambah kali kedua.



bukan ke habis diet ku gara-gara masakan sang suami??

Wednesday, May 18, 2011

Kek untuk Hari Guru

malam tadi jam 11 baru sibuk nak buat kek.

kekunun nak buat bila anak saya si haziq tidur.
takde maknanya, mimpi je puan zuli ni, nak harap anak tidur awal.
masa tidur awal pada haziq jam 12 tgh malam.

terpaksa la melantik si haziq jadi pemerhati chef.


tadaaa...!
inilah kek cekelat bertoping coklat dan uraian manisan warna warni
saya buat khas utk pot luck sambutan Teachers Day Tadika Restu Ibu hari ni.


resepi topping cekelat yg mabeles ni saya amik resepi kak Umi. Terima kasih banyak kak.

Hadiah Hari Lahir yang awal sebulan

rentetan dari kisah kami ke Midvalley yang bertandas tak best tu,

lepas hantar wan dungun haziq naik bas ke Hentian Putra,
kami 3 beranak terus ke Midvalley Mega Mall.
utk meneruskan misi en. abah.
bersempena di hari itu abah mempunyai kelapangan masa,
maka mood nya amat ceria & kelakar sepanjang hari.. sungguhpun ketika itu, panas yg amat teriknya cuaca.

kami terus ke Toys r us,
cari punya cari, stok barang yg kami idam-idamkan sudah tiada lagi.


bila dah takde stok tu, saya & en. abah bersepakat terus ke subang jaya,
pegi ke Toys R us yg baru yg kat Subang Jaya, sebelah The Summit tu.
ape ke nama nya Mall tu, the Empire ke.. ye la kot.. Empire.

ya.. akhirnya jumpa juga kami. dgn Set Lego yang zaman dulu-dulu tu..
yang kita boleh decorate ikut bantai suka hati kita nak buat ape.
kita boleh buat robot, buat kapal terbang, buat burung? rumah? pistol?
dan berbagai-bagai lagi permainan kita boleh buat.

kami memang dah tak berkenan dgn LEGO zmn sekarang ni
Pada kami amat limited utk di ubahsuai. Harganya kan mahal.
kalau beli yg utk Jet, Jet aje yang dapat di hasilkan.
Kami lagi suka & minat dgn LEGO yg tradisional dulu-dulu.
petak segi empat semua, dan kita buleh adjust macam-macam permainan
ikut kreativiti kita sendiri.


Set LEGO yg ni Limited edition. yang ade mase tu cuma 4 kotak aje yang tinggal.
bila tanya dgn Sale Advisor, budak tu pun kata dah takde lagi keluaran yang mcm ini.
Tanpa berlengah, abah belikan juga Set Limited Edition Lego ni sempena birtday gift utk anaknya.
dia pejamkan mata aje membayar.. hihihi.
ralat juga sebenarnye, tak belikan set lego mcm ni awal2 dulu masa haziq baby.
terasa juga woh, harga barang dulu & sekarang,
semakin lama kan semakin mahal.

Happy Birthday in advance, Haziq..
abah hadiahkan Haziq Lego ni, biar imagination nya seiring dgn kreativiti.
hadiah gini memang sesuai sgt utk si exploration boy ni.

ibu & abah tak kisah orang lain nak cakap haziq mcm-mcm.
anak ibu naughty & tak reti duk diam sbb haziq genius, kan sayang.

biarpun gigi haziq rongak, badan haziq kurus kecik..
ibu & abah tetap bangga dgn haziq budak yg cerdik, penyayang, independant & fast learner.

moga jadi anak yg taat, soleh & berilmu ye sayang. Amin.

Tuesday, May 17, 2011

Hari Wesak

hujan yang lebat menyejukkan suasana.
menu kami hari ni,
Bubur Nasi
terubuk masin+bawang putih+_bawang merah+cili padi goreng perah air limau
telur masin buatan sendiri yg tak berapa masin utk cegah masin & High BP

kami 3 beranak tak kemana-mana cuti.
dah memang biasa, bila cuti duduk rumah.
kadang..kadang aje keluar pi jenjalan.

haziq dari malam tadi demam.
panasnya on and off.
biasa lah haziq ni.. nak berganti bulan atau tahun mesti demam.
comey sungguh.
memang anak ibu & abahnya kan..
mewarisi betul.. ekekekeke..

sambil temankan haziq tidur sekarang ni,
saya seperti biasa dapat la stretching berblogging.
walaupun diluar bingit bunyi lebatnya hujan,
ditambah pula terpekik pekik bayi menangis anak cucu jiran sebelah,
tak lupa juga dengan keriuhan en. abah yang menjerit-jerit sound effect
tak puas hati kalah main game.
idea saya masa ni cukup cemerlang menaip.

di waktu keriuhan ini saya juga sedar sesuatu,
saya tak sudah-sudah makan.
cuti ini membahayakan
lepas saya masak itu, saya makan satu..dua..tiga..
perut & gigi saya tak penat ke?

Monday, May 16, 2011

kasut branded

sekian lamanya kasut-kasut haziq masa dia kecik2 dulu terperap kat rak kasut,
baru terpikir saya nak simpan elok-elok.

dan, cuti hujung minggu, kebetulan lak cuaca sekarang musim panas kan
ape lagi.. amik peluang basuh kasut-kasut selipar ni.
jemur & kering bila petang..

bila tengok-tengok balik kasut-kasut haziq ni..
alhamdulillah murah rezki kami selama ni, dapat beli kasut-kasut & selipar yang selesa utk anak.
tak pe lah harganya sedikit mahal menyerupai harga kasut orang dewasa,
tapi hasilnya, sampai sekarang elok lagi kualiti kasut-kasut tu.
boleh di gunakan untuk adik adik haziq di masa akan datang.
Bila kah masanya nak menambah ahli?? nanti lah dulu. Buat masa ni mungkin rezekinya belum lagi muncul.
insya allah tiba masanya, rezki itu akan datang juga. Amin.

style Hana tajima??

sekarang ni musim tudung pesen Hana Tajima kan..
sana sini.. buleh nampak tudung orang pakai tudung pesen-pesen gitu.

tak ketinggalan jugak mak budak sorang ni.,
selagi tak menonjol vouge, ai follow je.

cak!!

Saturday, May 14, 2011

What Berry Are you?

Susu pun ada Undi

bukan manusia je ade election tau,
Susu pun ada..
mane satu jadi pilihan?

Red Bean,??

Melon kah??,

Jagung??,

ataupun caramel toffee?? 

yang mana satu..pilihan hati?? semua sedap kan..
nak tau lanjut klik je sini eh..

Wednesday, May 11, 2011

Harga Gula Naik 20 sen

apa je yg tak naik harga sekarang?
petrol naik harga,
gula naik harga..

lagi?
apa lagi yang naik

gaji naik?
cuti naik?

entry holiday ke Kuching pun tak habis update lagi..
hehehe.. as usual, nanti.. nanti.. nanti.. la yer..

Saturday, May 7, 2011

Day 1 in Kuching (last minute holiday punye plan)

Fri, 06 May 2011     KL-KCH   7.10 ~ 8.55

gila awal flight kami.
seawal jam 9mlm saya paksa haziq tidur.
last2 kul 11 lebih gak baru dia tidur. dgn saya, saya pun ikut tertidur.
seb baik mase en. abah nak tidur dlm pukul 12 tu saya tersedar.
saya terus bangun, packing semua baju. Siap berkemas, (rumah, kain baju)
dalam pukul 2 lebih saya masuk tidur balik.
pukul 4 pagi kami dah bangun bersiap2 mau ke LCCT.
tak check in siap2 kan, haruslah kena ada 2 jam sebelum penerbangan.
kalu 4 jam sebelum perlepasan, boleh lagi web check in siap2 kat rumah,
boleh la pergi lewat sikit.

jam 8.45 kami selamat mendarat kat KIA. Alhamdulillah.
kami stay kat LimeTree Hotel.
hotel budget aje.. siap sekali dgn airport transfer.
kami booking betul2 mlm sebelum ari sabtu yakni malam sebelum ke Kuching.. hehehe..
sampai Kuching punya awal pagi. terus kami di bawa ke Hotel.
bagusnye Lime Tree Hotel ni, sampai awal kat hotel pun dah boleh check in,
hotel lain ber star-star boleh cenggitu?? pade hemat saya rasa, mcm tak pernah jumpa lagi.
check in hotel pukul 9pagi.. masuk hotel, saya & haziq zass tidur nyenyak.
dapat saya top up balik tidur malam saya semalam.. birat mata ku..

pukul 3, en. abah & haziq kejutkan saya. Ajak pergi makan tengahri.
en. abah telefon member sekolah dia tanyakan kat mana tempat makan yg okey & harganya tak berapa mahal. Tun Jugah FoodCourt menjadi destinasi pilihan utk kami lunch.
nasib baik member en. abah dah memang duduk kuching.
boleh la kami survive. hihihi..
tak jauh mane pun bangunan Tun Jugah ni, 5 minit je jalan kaki dari Lime Tree Hotel.
Bangunan Tun Jugah berhadapan dengan Plaza Sarawak.



terus ke tingkat 3 food courtnya..
jalan sana sini, makanya kami sebulat suara memilih butter rice chicken.
saya & haziq amik butter rice chicken yg tak pedas..
en. abah pilih set yg hot & spicy. memang berapi pedas.
yang penting sedapp..


nasinya di sukat bentuk love.. tapi tak berapa menjadi love.
pecah sikit love nye..

dah alang-alang dah sampai berhampiran dgn waterfront,
terus le kami menyeberang..
melalui Khatulistiwa Bistro.
tgh jalan-jalan, tetibe hujan panas.. berlari-lari kami berteduh di pondok2 kat tepi jeti tu.
dah nampak banyak bot-bot & cruise dgn penumpang-penumpang,
haziq merengek pulak nak naik bot..



cantik  betul pemandangan kat waterfront ni.. damai & tenang je rasa.

Thursday, May 5, 2011

apa yang best kat Kuching? budget holiday??

insya allah 7.10am departnya esok.
jalan-jalan punya itinerary belum ada lagi.

6hb ~ 8hb..

doakan kami selamat pergi dan balik eh.
plan ni rajin beno terkejut-kejut..
but yet i LOIKEE.. hehehehe

Squat Vs Washlet

apa ke jadahnya pulak saya tepek gamba toilet nii kan??
sebenarnye nak bercerita a.k.a. membebel ke tidaksenangan diri sendiri
tentang toilet.. yang ada kat Mall KL..
*banyak dah Mall skrg buat toilet yang tak best*
last week, hari isnin cuti sempena replacement Labour Day tu,
 kami 3 beranak hantar MIL saya kat stesyen Putra,
lepas MIl saya naik bas, en. abah terus bawak kami ke Midvalley..
ada sesuatu misi yang kami cari. *tu nanti bila free saya cerita ceriti.. hihihihi

(setelah sekian lamanya tak jejak kan kaki)
tiba la saat nya saya mau ke toilet..
sekali INI...!!
adusss.. washlet toilet.. dah le ladies nya side punya ramai orang. nak kene beratur.
mane le sempat nak pilih dan cari squat type punya toilet kan..
nak tak nak ku paksa rela kan aje la guna washlet tu.
sekali tengok air pancurannya nya jenis modern & stylish.
wah wah wah.. haru..,

tahun ni saya baru 31thn, dah rasa tak best lansung nak ter kenc... kat Mid Valley,
kot esok-esok umur saya dah 50-an, maunya saya tak hingin nak berjalan ke shopping Mall.
problemnya adalah tak lain tak bukan sebab toilet.

saya ni orang kampung, dan saya lagi prefer traditional toilet.
jamban cangkung gak haku prefer 

jamban duduk yang sebegini???;
HADOIIIIIII....!!!
SUNGGUH TAK SELESA.

Wednesday, May 4, 2011

The Great ChurpChurp RaceStart your engines. An iPad2, a Blackberry Bold 3, an iPod touch, or a pair of movie passes await you at the finish line!


saya baru 1km.. huhuhu sedih..


orang lain dah beribu kilometer dah..
saya ni baru je 1km..
macamne nak ribu² eh ?
nampak na dah lama tak buka/log in segala bende ni.. 

Tuesday, May 3, 2011

Asal Usul Hari Ibu

Saya copy paste dari blog Lenggang Kangkung..,

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.




Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.



Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.



Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.



Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.



Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.



Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/



kredit to lenggangkangkung