Wednesday, July 10, 2019

Macam Mana nak Apply Adsense Dalam Blog – Saya Cuba Nak Kongsi Pengalaman Saya



Assalammualaikum,
Entri ni khas untuk ingatan untuk diri saya sendiri dan juga khas untuk CikAni ku sayang eh ambik tagline ChefWan untuk maknya pulak..hehehehe

Sebelum ni memang saya sangat-sangat teringin nak apply Google Ads kat blog sendu saya ni.. tapi macam rasa tak layak je.. berapa kerat benor le viewernya kan kalau nak dibandingkan dengan blogger² terhebat yang lain-lain. Apa lah sangat nya blog saya ni pun . baca sana baca sini terJumpa dalam satu dua blog yang berpengalaman dah ada adsense ni, bagitahu Jika dalam Dasboard blog kita tu, ada pilihan earning, maksudnya blog kita tu telah layak untuk apply adsense.




Bila baca info macam tu, saya pun terus tengok semula Dashboard saya, pilihan earning saya pun dah ada. Ini bermakna blog saya telah layak untuk meng apply adsense. Kalau tak silap saya, ada requirement juga untuk apply adsense ni. Antara yang saya dapat dari pembacaan saya requirement yang di perlukan adalah seperti ;

1) Kena ada disclaimer (saya copy pasted dari contoh² dari hasil google je)






2) Kena letak contact me. Displaykan Email address kena jelas dan di pamerkan. Saya memang buat contact me. Dedulu kan macam bajek-bajek blogger tegar, pergi event sana sini. Hihihihi..




3) Untuk blog baru, kena berusia 3 bulan atau lebih kalau tak silap.
4) Content blog adalah seratus percent ayat sendiri tidak diciplak dari mana-mana.

Google terror weh.. ape je entry kita yang copy paste dari suratkhabar ke web lain ke, dia boleh je dapat detect itu entry copy paste.


..yang 4 perkara ni je yang saya pastikan memang ada dalam blog saya yang mencukupi syarat. Yang lain-lain tak pasti. Mungkin ada banyak lagi tapi saya tak pasti apa lagi. Boleh je google-google untuk tambah info lagi.. ramai juga yang baik hati sharing ilmu ilmu berguna ni.

Bila click dekat earning, keluar halaman baru. Click Sign Up for Adsense. Pilih English dekat Change Language. Klik proceed with Google Acount (kalau sesiapa yang guna email yang kita guna kat blog). Kalau nak guna email lain klik No. create google account.


Ikut je step semua.. klik.. klik.. pastu klik SEND. Dia akan keluar your account is awaiting approval.

Adsense akan review kita nya application dulu. Kalau ok takde masalah kita akan receive email Congrats dari adsense. Kalau tak ok, dia akan bagi email macam ni:-


You need to fix some things before your account can be approved.



Kalau dapat email macam gambar saya kat atas ni, kena la godek-godek adjust entry-entry blog kita.. tu tandanya blog kita ada lah yang terselit entry copy paste.
Bila dah adjust-adjust entry-entry tu, kita try submit lagi application adsense ni. Try je banyak kali, takpe der.. macam saya aritu macam tu lah. Cuba galak kali, berbulan agaknya. Team adsense tu pun bosan gila kot tengok kedegilan saya yang tak serik² apply adsense ni. 

Try aje.. sampai la dapat email Congrats Dari Adsense. Kalau dah dapat email Congrats maksudnya blog kita dah lulus! Yeeehaaaaa! 
Selamat Mencuba ya!

Ada satu blog ni yang saya rasa banyak membantu dalam kejayaan adsense saya. Boleh la kalau nak tengok-tengok untuk panduan kat blog NurulShahira

**Saya ni takla expert Adsense mana pun, Masih lagi belajar. Cuma saje je ni suka-suka nak kongsi cerita saya. Kalau info saya ni berguna, alhamdulillah saya dapat bantu pada sesiapa yang memerlukan. Kalau apa yang saya share ni salah, berjuta kemaafan saya pohon kan ya. Selamat membaca!



No comments: