Friday, July 26, 2019

Bila Ko MeDengki dengan rezeki orang



“Dengki dengan rezeki orang lain, tak kan menambahkan rezeki kau pun. Malahan maybe menyempitkan pintu rezeki kau sendiri.”
Haa gitew ayat-ayatnya.




Petang-petang ni rasa lak nak bebel bebel la sedikit. Takde modal nak mengarang ayat tapi bila bukak blog ni ingin sangat nak menaip-naip tu. 2-3-4-5-7 hari lepas ..ke berbulan yang dulu.. tak ingat bila..dah lama dulu saya ada repost ayat-ayat quote ni kat Instagram saya. Rajin juga saya melayan ayat-ayat quote kat Instagram sekarang ni. Lepas tu suka je nak share yang mana quote-quote yang best dan kekadang bila baca ayat-ayat quoted ni ada juga terasa-rasa macam ada kena mengena sikit ayat quoted tu dalam kehidupan kita sehari hari.

Kalau nak bercerita pasal hal hasad dengki ni, boleh lah nak di katakan saya ni berpengalaman baa….nyak dengan bab dengki mendengki ni. Dengki ni senantiasa betul melekat kat saya. Dengan orang yang dekat, rapat, jauh, yang jarang jumpa, yang sekolah, yang bekerja nya, dari kecik, remaja, belia, sampai la umur dah banyak sekarang ni..macam magnet. pendek kata setiap orang yang dekat dengan saya la hai..mesti akan ada je yang dengki pada saya. Selalu saya tertanya-tanya, kenapa ya saya di takdirkan kurang bernasib baik macam tu. Tak pernah langsung orang yang dekat dekat saya takde masalah dengki tu kat saya. Ade je la yang dia tak puas hatinya dekat saya. Padahal saya ni kalau berurusan maupun berkawan tu seikhlas hati je saya ni. Tak langsung terlintas nak ada perasaan iri hati mahupun nak buat perkara tak baik pada seseorang tu. Nak bad mouthing orang pun tak berapa minat sangat.

Akibat dengki nilah yang buatkan saya selalu menjauhkan diri saya dari orang-orang yang negative ni dari sisi saya. Itu yang membawa kesan kat saya hinggakan menjadi seseorang yang sentiasa menyendiri dan suka buat hal diri sendiri je. Nampak betul loner nya. kesiannn kan  Hahahaha..

Dengki orang-orang terhadap saya bukan biasa-biasa tau. Sejak dari darjah satu , saya dah stress sebab kawan dengki. Ingat lagi masa tu darjah 1 awal tahun dalam bulan 1 lagi, buku teks saya hilang.. jenuh asyik kena denda dengan cikgu. Dahla buku teks yang hilang tu buku teks matematik, Cikgu Matematik tu lah yang paling garang dalam semua cikgu-cikgu darjah 1 saya. Hari pertama bila cikgu tanya mana buku? Saya jawap takde. Menangis-nangis lah bila cikgu rotan bontot saya,
hari kedua ditanya cikgu, saya jawap buku takde lagi bila ditanya mana buku, cikgu rotan tangan saya pula. Adusss sakitnya la haiii.. bila dah berturut hari asyik kena marah dan rotan je dengan cikgu.. tak sanggup saya nak tahan lagi, saya ngadu dengan mak abah saya. Abah saya pergi jumpa cikgu bagitau memang buku teks Matematik saya hilang. Barulah cikgu nak bagi buku teks baru kat saya. Selama ni bagitau Cikgu buku teks saya hilang, Cikgu mampu rotan saya aje tanpa ada inisiatif nak ganti buku teks baru. Masa tu baru saya nampak sinar nak pergi sekolah bila dah ade buku dan tak buat cikgu marah lagi.

2-3 minggu lepas kejadian buku hilang tu, saya ikut kawan baik saya balik ke rumahnya (masa tu kawan baik lagi lah.. tak tau lagi rupa dia yang sebenar) rumah kawan saya tu selang 2 buah rumah je dari rumah mak saya. Saya namakan kawan saya tu Si ‘A’ la ye.

‘Si A’ ajak saya datang ke rumahnya nak baca buku sama-sama katanya. Saya ni memang suka sangat baca buku. Walaupun mak abah saya penoreh getah je masa tu.. Tiap bulan mak abah saya memang akan bawa saya ke bookshop pekan Kuala Pilah, sebabnya tiap bulan memang rutin kami akan ke Pilah/Tampin untuk groceries shopping atau jenjalan sekeluarga. Sambil-sambil tu singgah bookshop Pilah bagi saya shopping buku dan setem. Alhamdulillah mak abah saya support hobi saya membaca dan mengumpul setem. Memang kalau nak pergi kedai buku, bookshop kat Kuala Pilah sahaje yang ada masa zaman 80an dulu. Bahau masa dulu mana bandar pun.. Pekan koboi je..Cuma ade pejabat pos, stesyen kereta api, Hentian bas, stesyen teksi je.. Stesyen Teksi/Kereta sewa lagi besar dari kawasan hentian bas. Hahahaha sweet kenangan masa tu. Dengan tanah merahnya… kalau pergi area stesyen bas tu, memang kasut bertukar warna merah automatik. Nak-nak Kalau hujan.. memang semua boleh tukar jadi merah..lecak kannn.. ko jalan atas jalan merah tu masa hujan berlecak..memang cari nahas la ko! Memang takkan hilang la warna merah.  HAHAHAHAHA…

Bersambung cerita yang saya ikut ‘Si A’ balik rumah dia untuk sama-sama baca buku,..

Saya ni bawa la bekal stok buku-buku saya untuk baca kat rumah ‘Si A’ . ‘Si A’ ni tadi, macam seolah cari alasan je kot ajak saya datang rumah dia nak belajar kononnya. Rupa-rupanya dia ni nak baca buku-buku saya je..bukan lah nak belajar sesame pun. Agaknya Kalau datang rumah saya, mak saya kan monitor je apa yang di buat kami kat dalam rumah. Mungkin kat rumah saya dia tak boleh bebas nak baca/pegang koleksi buku-buku saya, itu yang dia ajak saya baca buku kat rumahnya. Boleh Panjanggg lah langkah dia kat rumah dia sendiri. Bila dia dah baca buku-buku saya, yang saya ni dah takde buku sendiri nak baca pergi lah selak-selak buku-buku dia. Selak punya selak, sekalinya terjumpa buku teks saya yang hilang tu..huhuhuhu. bila saya confront ‘Si A’ ni tadi, dia ngaku tu memang buku saya..katanya dia pun tak tahu bila dan macam mana buku saya tu ada kat dia. Nampak na situasi tegakkan benang yang basah.

Ingatkan itu je ‘Si A’ tu buat hal macam tu.. masa sekolah menengah form 3 pun dia repeat benda yang sama. Tapi kali ni bukan kes buku tau. Kali ni kes duit pula. RM70 duit ku di rembat beliau. Kantoinya sebab purse duit saya tetiba ada dalam beg sekolah dia. Gap masa dia buat kerja tu Cuma beberapa minit je. 5 minit sebelum kejadian tu, purse saya ada dalam beg sekolah saya. Lepas 2-3 minit purse saya terjatuh dari beg sekolah dia. Kantoi kat situ. Tapi purse je lah yang ade. Duit yilek hilang. Yang bodohnya saya ni tak further action. Habis kat situ je..apa yang saya buat masa tu, saya terus balik tinggalkan ‘Si A’ sensorang. Esok hari dan hari-hari seterusnya saya elakkan diri saya terus dari berkawan dengan dia. Saya memang tak  lagi berkawan dengan ‘Si A’ Hinggalah ke hari ni. ‘Si A’ pun dah beranak 5 dah dia sekarang. Pada saya, saya tak perlukan orang-orang negative tu berada disisi saya. Saya akan jauhkan diri saya dari orang-orang berunsur negative macam tu dari terus merosakkan emosi saya.

Eh, panjang lebar pula penulisan saya kali ni.
Banyak lagi sebenarnya perbuatan ‘Si A’yang tak bagus/baik pada saya. Tapi takpe lah.. biar la saya simpan sendiri kenangan² perbuatan beliau yang tak best tu menjadi lesson  saya supaya lebih berhati-hati setiap masa dan ketika dan elakkan diri saya dari buat perkara² yang tak bagus macam tu..nauzubillah min zalik .

Allah itu Maha Adil. Dan saya percaya, Setiap perbuatan jahat itu ada kifarahnya kan cepat atau lambat je yang kita tak tahu.
Oleh itu, saya cuba sebaik-baiknya elak dari bercampur dengan orang-orang negative dan juga elak diri saya dari menjadi orang negative dan parasite macam tu. Supaya hidup saya sentiasa happy dan tenang.




Okeyla..rasanya cukup lah bebelan saya untuk hari ni.. mungkin agaknya entry ni entry luahan rasa saya masa darjah 1 dulu kot kan..hahahhaa…jangan tidaaakkk je saya!.. berjumpa lagi di entry yang lain yer. Mudah²an idea mengarang saya rajin-rajin terbit lagi. Tidak lah bersawang je blog saya nanti kannn.. bye! Assalammualaikum.




No comments: