Thursday, October 10, 2019

Apakah Kebaikan Yang Akan Kita Perolehi Jika Minum Teh Tanpa Gula



Bulan Oktober ni dah start musim hujan di petang hari. Kerap juga waktu balik kerja hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah perjalanan saya ke tadika transit anak-anak dan ke rumah sampai dengan selamat walaupun mengharungi hujan yang lebat sepanjang pemanduan. Cuma berbeza lewat sikit dari hari-hari biasa sampai kat tadika.


Pagi-pagi rasa sejuk, Nak bagi panaskan badan sikit buat air minum panas-panas, nanti sekejapan je air tu jadi sejuk dek aircond office ni suhu winter. 2-3 minggu sudah bancuh air Nescafe. Memang lah sedap je rasa.. tapi bermasalah pula susah nak tidur malam-malam saya ni. Minggu ni kita tukar pula buat air teh oh panas. Ambik 1 uncang teh BoH rendam dalam air panas tanpa di campur gula.. wahhh nyaman nya rasa minum air panas dalam keadaan yang sejuk dingin!



Dulu-dulu memang inilah minuman panas saya di office. Teh O kosong tanpa gula. Tetiba dah tak ingat pula nak amalkan minum air teh kosong macam ni. Gara-gara terbuai dek kesedapan kopi haritu.. hahahaha.. so saya nak tepek lah antara kebaikan-kebaikan yang ada bila kita minum air teh kosong tanpa gula.

Kebaikan Minum Teh Tanpa Gula seperti berikut:-

Ø  Menjaga kesihatan gigi dan dapat mencegah kerosakan gigi

Ø  Meningkatkan metabolisme tubuh badan

Ø  Mengurangkan Stress

Ø  Menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan

Ø  Daun Teh berupaya mengekang pertumbuhan sel kanser

Ø  Dapat mengawal paras gula dalam darah

Ø  Menjaga kesihatan tulang

Ø  Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan

Ø  Dapat menghalang sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat dalam daun teh adalah 18 kali ganda komposisinya daripada Vitamin E

Ø  Memperlahankan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah

Ø  Mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.

Dapat la sedikit info kebaikan minum teh tanpa gula ni kan. Moh le kita sama² amalkan!. Tapi harus di ingat iya, teh ni pun ada kandungan kaffein juga, cumanya kaffein yang ada dalam teh rendah dari Kopi. So Berpada-pada lah kita minum air Teh. Nak banyak-banyak minum  air .. kita minum sahaja air mineral yaa. Air mineral kalau di minum banyak-banyak kali pun takde hal lah... O kalori kann. cumanya.., bila dah banyak minum air mineral ni.. bersiap siaga lah untuk kerap ke toilet buang air ! hihihihi... k itu je nak cerita. Babaiiiiiii!!



1 comment:

Julia Johari said...

Dalam tak sedar, teh pun ada kaffein ye. Good info thanks