Wednesday, August 14, 2019

Cerita Raya Aidilfitri 2019 saya Di Dungun



Assalammualaikum wbt..
Baru je berlalu raya Aidiladha weekend yang lepas. Baru teragak nak update cerita raya aildilfitri saya. Saya dan suami sejak awal kahwin lagi kami praktik kan system giliran hari raya pertama. Tapi dua-dua belah wajib balik raya. Cuma di hari Raya Haji kami akan balik sehala satu pihak sahaja tapi tetap termasuk dalam system giliran. Misal kata tahun ni raya pertama kat Dungun, Raya Haji nanti memang turn balik kampong saya di Negeri Sembilan.haaa macam tu.. dalam 15 tahun kahwin ni, ada sekali la kami tak balik dungun walaupun masa tu sepatutnya turn balik Dungun. Sebab raya haji dalam tengah minggu. Memang tak dapat le nak balik Dungun nya pun. Anak-anak sekolah lak tu.  

Kiranya adil la untuk dua belah pihak bila raya-raya ni. Cuti sekolah atau public holiday yang panjang pun kami akan ikut turn juga balik kampong.. takde nye der manjang je la nak balik kampong ko jer..asik-asik kampong ko asik-asik kampong ko.. aku ni takde kampong ke?takde mak bapak?takde keluarga? Ha gitu kekdahnya..

kalaulah minggu depan tu ada cuti panjang sabtu ahad bersanggit dengan isnin selasa lak cuti tu kami plan nak balik dungun, seminggu atau dua minggu sebelum nya kami akan balik kampong negeri Sembilan lebih dahulu.

So meh la saya tepek gambar raya saya, 





di Dungun with the whole family of Mertua ku.




Tak faham saya ada orang yang terlalu melampau yang terlalu obses nak balik kampong dia je setiap kali cuti sekolah dan cuti² perayaan.. pada saya pasangan yang sejenis macam ni amat-amat selfish, yang si partner nya tu pulak bodoh mengikut kan aje si samdol ni.. ko kena ingat, kahwin ni melibatkan dua buah keluarga yerrr. Pandai-pandai lah tolak ansur dan gilir-gilir balik kampung ke kedua-dua pihak keluarga bila cuti perayaan. Jangan lah melampau asik-asikkkk nak balik negeri ngko je. Masa Raya aidilfitri, raya pertama siang je kat rumah mak bini. Malam nya ko dah memecut balik rumah laki sampai raya ke lima ko stay rumah laki ko tu.. apehal? Huh geram kakak di buatnya!



Thursday, August 8, 2019

Saje Cerita-cerita Bab Menu Juadah Raya Haji 2019



Hari ahad yang akan datang dah Raya Haji. Lagi beberapa hari je lagi. Tahun ni raya Haji balik Air Hitam, Jempol rumah mak abah saya. Tadi telefon mak saya sembang-sembang masa saya turun ke luar dari bangunan opis lepak kat luar bagi nak hilangkan kesejukan angin winter dalam office mak saya cerita buah manggis dah kemain meriah masak ranum. Bulan lepas pulasan mak abah kemain meriah berhasil. Puas saya anak beranak makan pulasan. Siap bawak balik Puchong 2 plastik beg 5kilo.

Dapat juga saya kongsikan rezeki buah pulasan kampong saya haritu dgn bos kat office. Segan juga saya ni, bos saya ni rajin bagi saya macam-macam ole-ole. Kadang² onigiri pun dia bagi.. hahahaha sweet kan bos aii. Nak-nak kalau dia outstation, memang rajin dapat ole-ole beliau. Sesekali nak juga peluang saya pula yang bagi rezeki saya kat encik bos saya. Serasa macam seronok bukan kepalang rasanya kalau kita dapat buat macam tu.

Raya Haji kali ni sok misi makan manggis la ni nanti ni. Eh, langsat pun ade juga la saing manggis Bersiap sedia la saya ni nanti mengait buah manggis dan langsat. Semua pokok-pokok tu tinggi-tinggi melangit. Memang kena guna galah untuk petik buah-buah tu. Rasanya awal bulan depan ke atau hujung bulan ni ke rasanya turn buah rambutan pula yang masak ranum. Pokok buah-buahan mak abah saya ni amik turn nak bagi kami puas menikmati buah-buahan tempatan kat kampong masak ranum. Dorang ni tak bersaing masak sekali harung..rilek-rilek je masak ikut giliran.

Masa on the phone dengan mak tu saya ni kalau bergayut telepon dengan mak tak sah tak jam-jam lamanya masuk gak cerita-cerita bab menu raya haji nanti. Bincang bincang la nak masak apa ya untuk raya ni. Saya pun suggest la “kita masak nasi dagang dengan nasi minyak la mak, haritu akak pergi makan nasi dagang kedai yang tganu asli katenye tu.. akak anak beranak kena sakit perut…”. Mak saya sokong idea saya.
Ketupat kita masak sikit je nanti.. dalam 20 biji ke, cukup la kott... Rendang daging memang confirm ade. Itu padan dengan ketupat!
So kari ayam tak payah la.. kita ganti kurma ayam.. nasi dagang dah tentu padannya kari ikan tongkol.
Nasi minyak tu kita laukkan ayam masak merah dan ayam masak kurma, sape nak makan dengan rendang, rendang daging memang dah kita masak. Boleh la ambik rendang daging yg sedia ade untuk ketupat tu. Takyah banyak kare rendang.
Lodeh dan sambal kacang mesti kena ade. 2 bende ni wajib, Barulah nama raya!
Rendang daging, kuah lodeh dan sambal kacang untuk padan dengan ketupat. Ya ampunn… sedapnya la hai semua-semua menu ni..dah terbayang-bayang kelazatannya…

Itu je la rasanya menu kami masa raya haji nanti. So kat sini saya amik kesempatan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua, selamat bercuti dan semoga perjalanan kita selamat dan dimudahkan pergi dan balik ke kampong halaman atau ke mana saja destinasi yang dituju.

Oh, gambar makanan bawah ni gambar masa berbuka puasa dua bulan lepas.  Menu raya in advance mak abah saya masak untuk saya. Awal Seminggu  dah ade ketupat. Hihihihi.. Raya pertama aidilfitri tahun 2019 yg lalu turn balik raya ke Dungun, kampong suami tercinta aii.. itu pasal yang makan lauk raya in advance seminggu..



meriah kan menu kami untuk berbuka puasa. Dah memang lauk raya dah. Saya dengan mak saya memang macam tu.. kalau saya balik, confirm macam-macam je aktiviti masak kitaorang buat. Rasanya sejak saya sekolah rendah lagi mak saya ni rajin heret saya masak.. masa tu STRESS tahap meroyan je hati saya memberontak tak suka! Tapi berkat heretan mak saya tu lah yang buat kan saya saya pandai masak sampai ke sekarang ni. Terima kasih mak! I love you!