Tuesday, February 17, 2015

Bercuti di Kuantan


**Ampun maaf di pinta, entry ni adalah entry tertunggak tahun lepas**


bercuti ke Kuantan ni sebenarnya percutian yang tak dirancang.
Cuti terkejut-kejut gitteww..
Tapi ai suka sangat cenggini yang benarnya..
Siapa tak suka pi jenjalan kan..

Memang en abah dah pernah pasang impian dari mula saya kahwin dulu lagi..
Nak bawa mak abah saya pegi kuantan makan Seafood
Dari hari ke hari, bulan ke bulan sampai la tahun ke tahun..
Bila kira-kira balik, dah 10 tahun rupanya en abah bagi janji tak tunai lagi
Hahahahaha.. rasa sedikit kelakar kat situ.

Dan tetiba nya secara kebetulan 1haribulan Mei 2014 jatuh cuti pada hari Khamis,
Maka saya dan en abah sepakat ambil cuti Jumaat tu balik kampong N9

Hari Sabtu, 3hb ke Kuantan tidur semalam 4hb balik.



Seawal pagi pukul 10.30a.m, 3hb Mei saya dan adik saya (2 buah kereta) bergather-gather
Ikut jalan Temerloh, sebab kalu dari rumah mak saya memang dah dekat je dengan Temerloh

Dalam 45 minit je.. lebih kurang sama je masanya kalau ke Seremban.


ishhh nyampah betul selfie muka penuh parut jerawat..
masa ni memang teruk muka saya, banyak pula jerawat tumbuh dengan jayanya..

pakai kamera 360 lah terus lah menyelfie.. baru nampak gebu je licin muka.. hahahaha..

Sampai Temerloh, cadangnya nak singgah mana-mana kedai ikan patin
Cari punya cari, tak jumpa pun kat internet.
Malas la nak dengar en abah pot pet membebel..
Teruskan aje perjalanan sampai ke Kuantan,
Lepas check in baru pegi cari makan..
Sebab target kami nak makan seafood kuantan sepuas hatinya.. nyum!nyum!
sementara en abah buat urusan check in bilik, ziyad berpossing ala-ala model aje dengan busunya..
kemain lagi dia ni..


Betul-betul last minute punya rancangan..
Cari hotel utk stay kat Kuantan hari khamis pagi sebelum hari buruh..




Nak jadi cerita, semua hotel yang ada swimming pool yang shortlisted Fully Booked
Telefon sana telefon sini, rupanya Kuantan banyak event berlangsung hari minggu tu..
manalah kami tau kan.. kami ni unplanned vacation ..kekekeke...


Dapat la Hotel Seri Malaysia.. tak kisah la last choice pun..
Asalkan ada kolam mandi.



Saya Booking 2 bilik deluxe kot rasanya.
Satu bilik tu saya sefamili, satu bilik lagi mak abah dan adik saya
Bilik mak abah adik saya, saya tambah 1 tilam lagi..khas untuk adik saya si Busu golek-golek senang hati..



hotel seri Malaysia ni dapat diskaun untuk kakitangan kerajaan,
rasanya semua hotel boleh kot dapat potongan penjawat awam ni kan..



Dah kebetulan adik saya ada sekalikan,
saya pun gunakan beliau untuk dapat potongan harga kakitangan kerajaan.
dapat la diskaun sikit kan.. 

Urusan check in pun dah siap, 
Angkut barang-barang ke bilik, solat jamak sesiap..
Kami pun keluar cari makan-makan petang pulak.

Target kami nak cari makan-makan yang ringan yang boleh alas perut..

Eh panjangnya menaip.. ada Sambungan nya ye..
lepas ni nak cerita pasal kami makan makanan untuk mengalas perut pula ...




Wednesday, February 11, 2015

SLE



APAKAH SLE??

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

WHAT IS SLE??
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) is a chronic, auto-immune disease of unknown cause where the patient’s body makes large quantities of blood proteins called anti-bodies that react against the person’s own tissues.

Penyakit Lupus ada 3 jenis;

1)  Discoid Lupus Erythematous (DLE)
Yang hanya melibatkan kulit
Jarang merebak ke organ lain

2)  Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
- Boleh merebak ke organ lain
- Boleh mengakibatkan kematian

3)  Neonatal Lupus
- berlaku pada bayi yang dilahirkan oleh pengidap SLE.
- Mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yg di panggil anti-Ro (SSA)
  dan anti-La (SSB)
- akibatnya bayi ini akan mendapat radang kulit,
  masalah hati & darah (low blood counts)
  Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan.

- Walaupun kes² ini jarang dijumpai, bayi yang lahir dengan neonatal lupus ini berisiko mengalami masalah jantung yang menganggu perjalanan jantung.

Mengikut Statistik  SLE,

Lebih kurang 90% pengidap (SLE) adalah wanita,
sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak

lebih kurang 90% wanita yang mengidap (SLE) berada di dalam
lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.


***********************************************************


Sepupu saya salah seorang yang tergolong
dalam 10% kes penghidap lelaki SLE.
beliau telah pergi untuk selama-lamanya pada 10hb December 2014 akibat SLE.

Pada awalnya sepupu saya ini
Disahkan menghidap penyakit SLE 2013 yang lalu..
penyakit SLE yang di hidapi oleh arwah
telah mengakibatkan buah pinggang nya kurang berfungsi dengan baik tahun ni.
bermula dari pertengahan tahun 2014,
rutin nya setiap minggu berulang
ke pusat dialis untuk buah pinggangnya.

Arwah seorang yang baik,
Perginya dengan mudah. Segala-galanya di mudahkan..
8hb terasa sakit, masih lagi boleh berjalan, berborak seperti biasa.
Berjalan sendiri masuk ke wad kecemasan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
Masih lagi boleh bergurau dengan abangnya,
Siapa sangka, Lepas zuhur dia dah terbaring dan koma..

Doktor mengesahkan keadaan sepupu saya tenat,
Nyawanya Cuma bergantung pada bantuan mesin saje masa tu.

Syukur Alhamdulillah terdetik hati saya untuk menziarah di siang hari 9hb.
Rupa-rupanya..di awal 1 pagi 10hb Disember 2014,
arwah pergi untuk selama-lamanya..
betapa sedihnya hati saya mengenangkan beliau.
Arwah adik beradik memang rapat dengan keluarga saya.
Terimbau kenangan masa arwah kecik² dulu
saya yang cebokkan arwah kencing,berak.. mandikan..
teman bermain.. di dukung.. kejap-kejap kak juli.. kejap-kejap akak…

huhuhuhu sedihnya… menaip ni pun airmata masih lg mengalir….

Ajin, semoga rohmu ditempatkan pada golongan yang beriman. Amin.
Alfatihah utk mu Mohd Faizee b Jamal (1988-2014)




boleh rujuk ke http://www.lupusmalaysia.org/ untuk info lanjut

Thursday, February 5, 2015

Apam Nasi



Bila dah jarang-jarang update entri blog yang tak best ni..
Kadang-kadang terusik juga perasaan rindu tu.,
Anak-anak pun dah pandai main sendiri² dah..
Saya cuba curi masa sekejap buka laptop,
Terus log in, dan cuba sikit-sikit taip ayat untuk entri baru.
Belek-belek belah draft entry,..Tetiba Terjumpa lak draft Apam Nasi.
Jeng jejengg.. terus terbit idea nak menghabiskan story apam nasi saya..

Rasa teringin nak try buat apam nasi ni bermula masa..,
selak² FB, ternampak pulak Pija (biras kawan saya)
up gambar apam nasi yang mahbeles ni..
kemain gebu apam nasi si Pija ni..

hati meronta² nak buat gak Apam Nasi.

cergas menggogle resepi Apam Nasi, lalu terjumpa lah resepinya;

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula  (saya buat secawan gula saje)
1 paket mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air

Saya masukkan je semua bahan tu kat blender
Gelak besar encik abah tengok saya guna blender buat kuih.
Pemalas nak keluarkan mixer punya pasal, blender yang jadi mangsa.

siap je kukus.. terus bahagi-bahagi kan adunan untuk di warna-warnakan,

Peduli lah.. asalkan semua sebati, dan halus di kisar.. masa pun jimat.
Nak basuh blender tu pun senang je berbanding basuh mixer. Banyak part nak kena basuh kan.





Kemain lagi warna warni ceria..
cermat je saya susun satu-satu apam, teliti dan kusyuk..




Sambil menunggu apam siap di kukus, layan magnum caramel sensorang kat dapur.




Bila dah siap, en abah dan anak-anak makan 2-3 biji aje..
Selebihnya saya yang perabis…

Mujur saya memang buat sikit , 2 kali je kukus.
Dapat la beberapa biji apam.
Warna je la menarik minat anak² saya makan sebiji..
Anak² dan suami saya memang tak berapa pergi dengan kuih-muih yang manis² ni..
Saya pun gitu gak.. sebiji dua je makan,
Jadi la kan Apam Nasi buat sendiri untuk minum petang kami sekeluarga..