Thursday, June 25, 2015

Cari Resepi



rasanya kan common kot time bulan Ramadhan,
kaum hawa rajin menggoogle resepi.

waktu rehat tadi,
saya pun terjebak google ing resepi.

dah rasa macam ala-ala sentap tengok en. abah waktu berbuka hari².
suka sangat ler dia makan segala makanan yang di belinya kat pasar ramadhan
sampaikan tak di hirau nya lauk yg saya masak.
macam saya ni, walaupun ada lauk beli.. tetap gak nak masuk satu lauk.
lauk beli kat PARAM ni kebiasaannya sikit je kuantitinya, harga boleh tahan mahal.

sejak kahwin, apa yang saya Nampak kat en abah ni,
memang wajib pergi beli makanan kat pasar ramadhan.
awal-awal dulu macam bosan gak ikut. banyak yang tak best dari best.
masalah cari parking satu hal..
kalau dapat parking punya la jauh nak menapak.
bila dah masuk area menjual berhimpit-himpit sesak dengan orang pulak.
masa nak membeli, jenuh kena beratur. Lama kot masa menunggu turn.
memang takde la der dapat sekejap kalau ke pasar ramadhan tu.
banyak Penat je dari best nya pendapat makcik ni.

tapi tak boleh nak buat ape ..
dah itu dia nya kegemaran, ikutkan je la.. janji beliau rasa bahagia.
walau en abah dah beli lauk kat PARAM, makcik tetap masak 1 lauk.

so plan nya insyaallah petang ni nak try masak ayam percik.
google tadi tengok resepinya mudah je..;

bahan tumbuk ;
serai, bawang putih, bawang merah, ketumbar, halia

*  masuk sesudu dua cili kering kisar
kecutkan ayam dulu dalam kuali dengan bahan tumbuk tu semua
sampai kuah nya kering tapi tak sampai kering habis

* angkat ayam tu masukkan ke oven, bakar api atas bawah sampai 30 minit.

* dah siap!



harap-harap bulatan lumba kuda tak jammed teruk petang ni.







Wednesday, June 24, 2015

Promo Free Seat AirAsia




Kadang-kadang, ada masa-masanya,
Terasa Sakit hati yang dalam bila baca email dari AirAsia.
Nak-nak kalau dapat email yang macam ni..,

http://www.airasia.com/my/en/home.page
 
bila berangan-angan.... terdetik gak ayat dalam hati,
“Alangkah seronoknya  kalau duit di poket melimpah ruah
sampai tak tau nak buat apa.”
 
 
So, amacam kekawan?
Dah plan dah ke Nak kemana ??
Ingat ye, booking date utk free set ni sampai 28 June 2015 je..
Jangan lepas kan Peluang!
 
ikhlas dari saya yang menjelouse  siiii..   hukhukhuk...
 
 
 

Tuesday, June 23, 2015

Aktiviti 1st Term Cuti Sekolah

 
 
*update edisi Throwback*
 
anak² saya dah besar, dah pandai mintak tengok wayang dah sekarang.
saya perasan, dua beradik ni bukan jenis suka melepak keluar masa cuti hujung minggu.
 
selalunya sabtu-ahad, kami melepak dalam rumah je.
paling kuat pun, kami buat aktiviti riadah kat taman.
 
cuti sekolah bulan 3 baru ni, haziq dan ziyad request tengok movie kat panggung.
en abah google cerita apa yang ada,
lalu terjumpa HOME. filem animasi.
 
Saya punya part pulak, beli tiket online kat TGV.
En abah beli segala mala popcorn dgn air utk kudapan.
Senang sangat² beli online macam ni, takyah nak beratur kat kaunter.
Tunjuk je ticket dari handphone pastu terus express masuk hall.
 
 
 
 
 
 
sedikit synopsis ringkas,
 
After a hive-minded alien race called the Boov conquer the Earth, they relocate the planet's human population -- all except for a little girl named Tip (Rihanna), who's managed to hide from the aliens. When Tip meets a fugitive Boov called Oh (Jim Parsons), there's mutual distrust. However, Oh is no… Moret like his comrades; he craves friendship and fun. As their distrust fades, the pair set out together to find Tip's mother, but, unbeknown to them, the Gorg -- enemies of the Boov -- are en route.

Release date: March 26, 2015 (Malaysia)
Director: Tim Johnson

Running time: 1h 36m
Story by: Adam Rex

Music composed by: Lorne Balfe, Stargate

possing sebelum masuk dewan,
 
habis movie, pakat kami anak-beranak bergambar.
sampai terbaring-baring meniarap anak-anak berpossing.
 
macam kagum pulak en abah sporting possing macam ni.
 
en abah kena redha anak-anak ajak possing..
bagus en abah! bagus!
 
Gasak!
 
tak kan mereka bertiga je..
 
saya pun nak juga possing.. 
 
dan makan malam kami malam tu kat batu berapa tah puchong tu..makcik lupa!
tapi kalau drive kesana makcik tau. kekekeke..
menu pilihan, cam biasa tomyam je..
balik rumah, mandi² gosok gigi terus tidur nyenyak anak².
 
 
 
 

Monday, June 22, 2015

Buat Latihan guna Buku Pra-Sekolah

 
update di hari ramadhan yang ke lima.
 
pagi ni mood dan emosi saya agak okey-okey sikit berbanding 2 hari ramadhan minggu lepas.
umur je tua saya ni, tapi ketahanan berpuasa agak lemah juga yang benarnya..
terasa gak melepet awal-awal puasa hari tu.
 
bila hari ni bersemangat, cuba la belek-belek gambar yang ade kat folder.
dan terjumpa la pulak 2 keping gambar anak² saya.
 
gambar ni gambar pada suatu malam anak² saya tengah buat latihan kat atas katil dalam bilik.
sebelum mid year exam bulan May yang lepas.
 
 
 
VVIP dorang ni ye.. meng conquer katil ibu.
 
dek kerana result periksa sekolah kebangsan tahun lepas
terutamanya subjek Bahasa e.g BM * BI haziq teruk yang amat,
jenuh gak memikir cemana nak bagi improve kan haziq.
Suruh membaca memang tak rajin,.
Belajar & buat ulangkaji buku sekolah dgn ibu dgn abahnya kat rumah, lagi lah dia tak minat.
 
nak di jadikan cerita satu hari tu, saya ke KAMDAR, IOI Mall Puchong,
menyinggah kejap ke Popular dekat sebelah² tu nak mencari air minum.
ambik air di Selatan, nak membayarnya kene ke Cashier yang letak kat Utara.
 
dalam perjalanan nak ke cashier tu bertemu dengan banyak buku utk kanak-kanak kat tepi² tu.
nyinggah kejap bahagian pra-sekolah,
bila tengok satu-satu buku latihan BM dan BI,
terpaut hati belikan untuk haziq.
 
saya kenakan syarat untuk haziq, malas membaca dan revision buku sekolah dengan ibu takpe
tapi tiap malam sebelum tidur kena buat latihan buku yang ibu beli ni.
 
Nampak minat dan gigih haziq buat latihan tanpa culas, tiap malam. BAGUS!
adiknya pun terus rajin buat coloring buku² nya bila dah abangnya buka buku.
 
dan resultnya, Alhamdulillah.
midyear exam baru ni.. dari nombor 30-an dalam kelas dari awal bawak ke akhir tahun darjah 1 dulu,
tetiba dah dapat nombor belas² out of 15.
 
WAHHHH!!! hebat abg long..!!
nanti kita beli buku latihan pra-sekolah banyak-banyak lagi ye..
 
 
 
 
 
 
 
 

Saturday, June 6, 2015

Selamat Hari Lahir mak!


mula-mula nak wish selamat hari ulangtahun perkahwinan
untuk saya dan encik abah!
ye... 5 Jun harini tahun ke 11 anniversary kami.
syukur masih sihat dan bernafas di bumi pinjaman ini
..punya 2 orang permata hati yang aktif dan sihat.
moga kami sentiasa sihat gembira dan berjaya dan terus berjaya.


esok pula 6hb jun hari kelahiran mak tercinta saya yang tiada galang gantinya.
Mak! happy birthday mak..
semoga mak sihat walafiat, sentiasa dirahmati, dilindungi, gembira dan bahagia
mak la orang yang paling terpaling disayangi!
muah!muah!muahh!! banyak kali pun mesti rasa tak puas kalau cium mak!



saya dan mak tercinta saya.


sebabkan kesihatan mak tak berapa okey sekarang ni..
alang tak telefon mak tengah malam ni tau.. tanak kacau mak malam-malam ni.
biar mak rehat, kalau dapat tidur.. tak la terganggu tidur mak.
pagi esok ye alang telefon mak wishing Happy birthday ye..


abah, mak dan saya berpossing jadi model poskad Bangunan Sultan Abdul Samad
kereta busu sebagai props untuk penyeri gambar kami.
ngehngehngeh..

i love you Mak!