Wednesday, August 14, 2019

Cerita Raya Aidilfitri 2019 saya Di Dungun



Assalammualaikum wbt..
Baru je berlalu raya Aidiladha weekend yang lepas. Baru teragak nak update cerita raya aildilfitri saya. Saya dan suami sejak awal kahwin lagi kami praktik kan system giliran hari raya pertama. Tapi dua-dua belah wajib balik raya. Cuma di hari Raya Haji kami akan balik sehala satu pihak sahaja tapi tetap termasuk dalam system giliran. Misal kata tahun ni raya pertama kat Dungun, Raya Haji nanti memang turn balik kampong saya di Negeri Sembilan.haaa macam tu.. dalam 15 tahun kahwin ni, ada sekali la kami tak balik dungun walaupun masa tu sepatutnya turn balik Dungun. Sebab raya haji dalam tengah minggu. Memang tak dapat le nak balik Dungun nya pun. Anak-anak sekolah lak tu.  

Kiranya adil la untuk dua belah pihak bila raya-raya ni. Cuti sekolah atau public holiday yang panjang pun kami akan ikut turn juga balik kampong.. takde nye der manjang je la nak balik kampong ko jer..asik-asik kampong ko asik-asik kampong ko.. aku ni takde kampong ke?takde mak bapak?takde keluarga? Ha gitu kekdahnya..

kalaulah minggu depan tu ada cuti panjang sabtu ahad bersanggit dengan isnin selasa lak cuti tu kami plan nak balik dungun, seminggu atau dua minggu sebelum nya kami akan balik kampong negeri Sembilan lebih dahulu.

So meh la saya tepek gambar raya saya, 





di Dungun with the whole family of Mertua ku.




Tak faham saya ada orang yang terlalu melampau yang terlalu obses nak balik kampong dia je setiap kali cuti sekolah dan cuti² perayaan.. pada saya pasangan yang sejenis macam ni amat-amat selfish, yang si partner nya tu pulak bodoh mengikut kan aje si samdol ni.. ko kena ingat, kahwin ni melibatkan dua buah keluarga yerrr. Pandai-pandai lah tolak ansur dan gilir-gilir balik kampung ke kedua-dua pihak keluarga bila cuti perayaan. Jangan lah melampau asik-asikkkk nak balik negeri ngko je. Masa Raya aidilfitri, raya pertama siang je kat rumah mak bini. Malam nya ko dah memecut balik rumah laki sampai raya ke lima ko stay rumah laki ko tu.. apehal? Huh geram kakak di buatnya!



No comments: