Thursday, August 22, 2019

Bercerita pasal Pelakon Bollywood, Kareena



Saya ada baca satu posting pasal Kareena Kapoor baru-baru ni. Kisahnya pasal si Kareena ni upload gambar beliau tanpa secalit makeup kat iG nya, tetiba kena kritik lak oleh fans-fans nya. Ada yang kata kareena ni looks tua, ala-ala tak cantik.  
Lor haiii.. okay la tu kan, ada nampak perubahan wajah, sesuai mengikut pertambahan umur. 

Kalau memanjang sama je rupa mukanya dari umur belasan tahun hingga kan 60 tahun, itu dah sesuatu sangat lah. Kita pun automatic boleh terfikir orang tu mesti ada buat sesuatu kat mukanya sampai boleh lasting muka yang sama dari budak hingga ke umur tua tanpa perubahan. Pada saya gambar bare face Kareena tu cantik je. Tidak pun Nampak teruk nya pun, Kareena ni bertuah.. jenis berkulit putih merah, tak payah makeup ye ye benar pun dah cantik.Lagi-lagi lah bila sekarang ni makin slim. Lagi cantik Kareena Kapoor yang sekarang berbanding Kareena Kapoor di zaman remaja yang dahulu.


Cuba tengok gambar kareena bawah ni. Cantik kan dia tanpa make up. Love teruk!
Haiii Kareena! I ni peminat u dari Malaysia!    😃























**Gambar dari Cari.com

1 comment:

Mijablur said...

Kareena Kapoor ni bagus and berani, actually tak ramai artis yang sanggup post gambar tak pakai mekap takut kena kecam dengan fans sendiri. Memang tabik ah.

Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger