Monday, July 22, 2019

Resepi Cucur guna Sukatan Cawan yang Simple



**Haritu ingat kan dah boleh ada aura rajin nak update blog secara hari-hari.. rupa-rupanya hilang juga sekejap aura rajin tu. Tetiba datang semula aura rajin update blog. Nak cerita tak tahu nak mula dari mana, so hari ni saya tak de nak cerita ape.. Cuma nak tepek resepi aje lah ya... **

Kuantiti resepi ni sesuai untuk 4 orang makan untuk minum-minum santai petang-petang.

Bahan-bahan yang diperlukan :-
Tepung gandum
Tepung beras
Gula pasir
Gula merah
Air dan sedikit garam

Cara-Cara membuatnya;-



1) Masukkan 1 ½ cawan tepung gandum




2) Masukkan 1 ½ cawan tepung beras



3) Masukkan ¾ cawan gula pasir



4) Masukkan ¾ cawan gula merah



5) Masukkan 2 cawan air & Masukkan sedikit garam 

7) Kacau rata.
Walaupun dah kacau rata semuanya, tepung ni tetap akan berbintil-bintil macam gambar ni.




8) Oleh itu, kita kena blend kan dalam blender.
Blend tak perlu lama.. agak-agak 2, 3 kali blend okey dah.




9) Taraaaa!! Dah sebati dan rata berkilat. Just kacau rata aje. Lepas tu kita tutup kemas bekas adunan ni dan simpan dalam freezer. Nak lagi bagus biarkan semalaman. Tapi kalau nak cepat, 5 jam perap pun dah okey dah..





10) Bila dah cukup perap 5 jam atau semalaman, keluarkan dan sedia untuk di goreng macam gambar kat bawah ni ya,








11) Guna senduk saiz kecik, cedok penuh senduk dah tuang ke dalam minyak yang dah panas. Goreng-goreng dah siap.







Boleh la buat 2 kali goreng. Anggaran dapat jumlah kuih antara 20keping ke 25 keping. Bergantung pada saiz senduk tu.








No comments: