Monday, July 8, 2019

Kenapa ‘Saya’ Yang Sentiasa Sahaja Di timpa Begini



Assalammualaikum wbt.
Apa khabar semua, alhamdulillah saya dah sihat dan baik keadaannya. Saya ni baru je naik kerja balik dari MC 2 hari minggu lepas bersambung cuti hujung minggu, Sabtu dan Ahad. Bersyukur dapat berehat full 2 hari, 2 hari lagi warming up dan insya Allah hari ni perfect sihat walafiat. AlKisahnya Khamis pagi pukul 7.50a.m. minggu lepas saya boleh jatuh tertungging terpeletok tapak kaki / buku lali krap krup krap meletup bunyi macam patah masa tu.. Jatuh dekat Food Court area rumah.. (** huhuhu malu toksah kata lah.. sakitnya lagi susah nak cakap cemana nya) hinggakan masa tu saya tak boleh nak terus bangkit bangun badan terus menerus lepas jatuh. Terduduk terjelepok selama 10-15 minit di tempat kejadian jatuh tu. Masa tu dah rasa pasrah je dengan keadaan kaki saya. Buku lali dan tapak kaki memang tak boleh nak tegak mahupun gerak-gerak. Sakitnya jangan kata. Menangis sensorang menahan sakit. Perkara pertama yang saya mampu buat masa tu cuma boleh telefon suami sahaja, inform keadaan saya kat suami yang saya jatuh dan tak boleh nak bangun dengan berjuraian air mata tahan sakit. Kakak kedai makan yang saya biasa beli tu datang tolong pun, saya tak mampu nak bangun. Kaki sakit yang amat. Lepas berbelas minit macam tu, try gerak-gerak kan kaki, dah terjengket-jengket kaki cuba jalan perlahan-lahan ke meja makan. Duduk nunggu 2-3 minit en suami pun sampai. Minta tolong dia tapaukan nasi. Tujuan saya datang food court ni pun, untuk bungkus nasi campur untuk lunch+breakfast saya. Beli bungkus kedai dekat rumah lagi jimat berganda kalau nak di bandingkan dengan belanja makan di kedai bawah office.



















Kiranya saya jatuh mirip gambar kat atas ni. Tapi gambar tu terpeleot bahagian lutut. Kes saya bahagian pergelangan ankle yang terpeleot. Kedua belah ankle saya terpeleot. Huhuhu…

Saya pernah ambik lauk yang sama, portion yang sama Cuma beli di berlainan tempat je. Kalau di office caj RM9.50, beli kat food court kawasan rumah cuma RM5.00 sahaja. Nampak kan banyak duit jimatnya kann..

K, sambung balik cerita saya jatuh.. lepas suami saya tapaukan nasi, dia papahkan saya bawa balik. Pergi klinik, doctor terus cek kaki saya. Pusing sana tolak tekan sini. Kejap ok saya ni..bila tersentuh part yang sakit, hamekauu menjerit. Doctor lumur krim panas membara putih melepak kat kaki, pastu bandage. Terus sedap nya rasa kaki ni.. nak melangkah pun rasa kemas je kaki walaupun berdengkot².






















Sabtu petang, saya dah boleh berjalan seperti biasa. Alhamdulillah sihat, ber bandage dan krim panas yang doctor bagi beserta makan ubat-ubat dari klinik pun sikit sebanyak menolong surut kan bengkak kaki saya. Ahad dah boleh jalan laju, tapi masa solat tu masih lagi terasa-rasa peritnya masa sujud dan tahiyad. Tapi bagus juga, hikmahnya kaki sakit (ankle area) ni dapat saya tertib dan tawadu’ je bile nak gerak untuk sujud atau duduk tahiyad masa solat. Idak lah gopoh gapah nak laju-laju kan.

Rezeki saya betul.. saya ni sentiasa je kurang bernasib baik. Ada je dugaan² datang dalam hidup saya ni. Macam tak pernah sunyi dari dugaan kot. Dari kecik hinggakan besar tua bangka dah ni ha..aaade je.. jatuh tangga terseliuh, jatuh beskal koyak rabak luka lutut la peha la..hai la memacam betul.. accident kena langgar kereta masa sekolah menengah. Dah beranak, accident kena langgar motor. Anak tengah kecik, jatuh tangga terseliuh. Sekarang umo lagi bangka ni pun boleh tergolek jatuh juga. Tak pernah surut nya nasib tak baik saya ni. Memang ada je nasib tak baik nya..

Ya.. saya tahu, dugaan bertimpa-timpa datang ni tanda Allah sayangkan kita, tegur kita selalu supaya tidak alpa dengan keduniaan, supaya kita lebih Dekat Pada-Nya setiap masa dan ketika nya. Dugaan² itu juga sebagai penghapus dosa-dosa kita kan. Terima kasih Ya Allah, atas ingatan-Mu ini terhadap ku hamba-Mu yang hina dan lemah ini. AKu bermohon YaAllah, lindungilah aku dan keluarga ku dari bahaya, kekufuran, kejahatan dan tingkatkan lah iman ku dan iman keluarga ku YaAllah, amin. 










No comments: