Wednesday, February 5, 2014

MC = Medical Certificate


dah Rabu dah hari ni,
seronok rasanya bila dapat jenguk abah saya di kampung
cuti lame minggu lepas,

tapi tak stay lame pun.. jumaat malam balik kampung,
sabtu tengah malam dah balik ke rumah sendiri.
sebab kerja sekolah haziq punya banyak cikgu bekalkan.
tu yang balik awal.

saya bagi peluang kat Haziq balik kampung
tanpa perlu memikirkan kerja sekolah beliau.. hahaha..

hari Isnin kan kami sekeluarga bercuti. Sekeluarga demam panas.
Office saya dan en abah memang cuti hari Isnin.
Sekolah haziq je la yang tak cuti.
berombongan lah kami ke Klinik. Memula saya malas nak cek doktor.
sebab terfikir banyak je ubat demam kat rumah.
bila en abah cakap mane ade ubat demam kat rumah,
hambek satu keluarga terus jumpa doktor.. kekekeke..
Haziq sorang je yg terima MC doktor tu.
Saya dan en abah dah memang-memang cuti haritu,
terus eksen tolak MC dari doktor mase tu walau doktor rela hati je nak bagi MC kat kami..

Hari Selasa.. saya dan en abah dah start kerja.
pagi tu haziq ngadu sakit perut..
tapi saya pujuk dia suruh lawan sikit sakit tu.. (kemain pandai ibunya eksen)
dengan slow motionnya haziq pergi sekolah agama.
macam rela tak rela je.. kesiannya..

saya anggap macam tak ape-ape je la sakit perut haziq tu.
sekalinya pukul 11 macam tu,
cikgu tempat transit telefon saya..
bagitau haziq nangis nangis.. ngadu sakit perut..
dah 2 kali terbery..
alahaii siyan anak ibu,
cuti lagi haziq sekolah petang hari Selasanya.

Balik kerja, saya dan en abah terus bawak
Haziq ke klinik.
Baru je pergi klinik semalam, datang lagi sekali hari ni.. huhuhuhu
Siyan juga tengok haziq cery bery tetibe.

Pelik saya lakibini..
Sebab 2-3 hari ni kami tak de pun makan kat luar,
lagi pelik dia seorang aje yang cery bery.

Balik tu, soal siasat haziq ape bende yang dia makan sorang yang kami tak makan..
Sekalinya baru ler kami tau,
Dia pergi makan kiub tomyam.. adoi lah haziq ni..








ni MC haziq untuk di bawa ke sekolah..
budak sekolah pun dah ade MC .. hahahaha macam lucu pulak.

Makan kiub tu Sedap katenye.
Sabar je lah anak bujang saye ni..
sebabkan meratah kiub tu la buat haziq cirit birit,.

Haziq...haziq..




2 comments:

Mummyaza said...

alahai... mcm2 peel kan anak2 ... nak tergelak jugak baca .. biler haziq cakap kiub tomyam sedap hehehe

wantie said...

hok aloh... menda tu pun dia meratah. sabor je lah.. tak pernah lagi la anak anak sy buat gitu. haziq haziq..

tu la kan, bila sekolah memang kena tunjuk prove bila sakit.

GWS yer.