Thursday, December 15, 2011

pukul berapa tok harimau

kejap je dah pertengahan bulan Disember..
tinggal lagi 2 minggu lebih sikit je nak naik tahun 2012.
en. abah tu dah tanye² ngajak saya bercuti. Bukan bercuti nak pegi jenjalan..
nak habis cuti tahun yang tak boleh di carry forward ke tahun depan.
pastu macam biasa, duduk lepak-lepak di rumah aje 3 beranak.

petang-petang sekarang ni rajin hujan..
nasib baik la kena jemput.. idok le scary sangat nak memandu dalam keadaan hujan..
hari ni saya dah siap-siap tapau makanan untuk breakfast, lunch dan juga minum petang karang.
hahaha.. senang tak yah nak serabut kepala memikir nak makan kat mana.
kuay tiaw soto..

3 keping roti canai kedai melayu

haziq pagi-pagi macam biasa.. suka mengada, menangis..
tah hape-hape tah.. hari cuti elok je tak meragam.
saya dan en. abah rajin je panggil dia Baby haziq. Pandai pulak dia marah kita panggil dia "Baby"
mengade lebih kan baby. kalau pepagi dia boleh bangun awal, tengah mandi..
melalak-lalak menangis.. bukan sebab kene marah atau kene pukul.. tapi kegemarannya
melalak terlolong-lolong "ibu..!!!!! haziq sayang ibu!!!!!!..WUUUUUUUUUU"

haziq sayang.. naper suka buat ibu stress pagi²?..

2 comments:

Izzatul Azma said...

wah kak tapau smpi ke lunch terus. Hehehee

Haziq takut ibu sayang dia kurang lepas dpt adik kot ?

ietams said...

izza,
senang.. tapau sekali harung.. muahaha.
haziq tu memang mengade, tengok sok dia dah beradik.. harap² okey le hendaknya