Thursday, October 10, 2013

Tempoh Penyimpanan Susu Ibu


Sebelum ni saya letakkan info tempoh penyimpanan Susu Ibu
dekat belah sidebar blog.

Walaupun masa anak sulung dulu saya sukses dalam penyusuan Susu Ibu,
bila turn beranak Ziyad, dah tentu-tentu lah memori itu
agak low sedikit walaupun pengetahuan pasal susu ibu itu boleh dikirakan masih expert lagi.

pendapat saya Biar kita sentiasa letakkan kelemahan tu di sisi,
boleh kite sentiasa beringat dan tidak mendabik dada gittew..
tapi kan eloklah saya sentiasa letakkan info tu di sidebar
sekurang-kurangnya setiap kali saya buka blog.. oh dah nampak dah info penyimpanan susu tu.
sentiasa beringat-ingat pasal tempoh penyimpanan susu ibu ni.

sekarang ziyad dah setahun 7 bulan.
dan saya dah 2 bulan dah takde buat pumping session kat office.
sebab ziyad punye demand untuk susu kat daycare setakat sebotol dua botol je..
bersamaan dengan 120ml X 2 botol. So total susu perahan yang ziyad perlukan cuma 240ml sahaja.

ikut cakap teacher & abg long Haziq tetiap hari...,
lebih di buang aje susu tu pun.. minum nye mungkin dua tiga nyonyot aje..

so tempoh pengepaman saya setiap hari adalah sekali sesi sahaja.
itupun masa balik dari kerja dan selamat sampai dirumah..
alhamdulillah dapat le sebotol 120ml.. kadang2 rezki lebih dapat 2 botol terus.
kalau dapat sebotol je, lepas isyak tu saya pam lagi sekali..
cukup la stok untuk dibekal ke daycare.

so, untuk peringatan saya di masa-masa akan datang..
saya tepek kan lagi info yang amat berguna bagi kita
yang menyusukan penuh bayi kita sehingga bayi berumur 2 tahun,


1. Suhu bilik
- Suhu 25 'C- 37 'C = 4 Jam
- Suhu 15 'C-25'C (Aircond) = 8 Jam

2. Peti Sejuk (Rak Atas)
- Suhu 2 'C - 4 'C = 3-5 hari

3. Peti Sejuk (1 pintu)
- bahagian beku = 2 Minggu


4. Peti Sejuk (2 pintu)
- Suhu -20 'C (bhgn beku) = 3 bulan
- Susu beku yang dicairkan dalam peti sejuk rak atas 2 pintu = 24 jam (setelah dicairkan tidak boleh dibekukan semula)

4. Peti Sejuk Deep Freezer = 6 Bulan
Selamat Berjaya!


*updated*.. dah tukar dah dari oz ke ml untuk jumlah kuantiti EBM ziyad.
 Terima kasih pada FaraFadzil yg komen & tegur saya tersalah letak oz instead of ml..
  hahahaha... yapadaaa zulie oiii!..

2 comments:

wantie said...

masih mekar dalam ingatan. even sekarang Aleesya pun nyonyot sikit sikit je.

lagi 3 bulan bakal di lepaskan.

Fara Fadzil said...

120 oz?? banyaknyee!!dekat 3.6 liter tu satu botol..dekat 4 botol mineral besar tuh..huuhu
120 ml kotttt..hehehehe :)

www.naturally-vitamin.blogspot.com

Sensasi nya..,

Us together..