Friday, September 28, 2018

Kena Bangga Kalau Pipi anda tembam




Bukan saya yang pandai-pandai cakap tau..
Ni hasil dari kajian dari page NI yang telah di buat dan di perakui
bahawasanya sekiranya pipi anda tembam,
anda perlu berbangga dengan diri sendiri.. ini adalah kerana 
orang yang pipi tembam ni akan..;-


1.         Nampak Muda 3 Kali Ganda
2.         Lambat Diserang Penuaan
3.         Menurut Lelaki, Wajah Bulat Lebih Feminin
4.         Mudah Didekati
5.         Berupaya Menyimpan Emosi
6.         Orang Mudah Kenal

Wahh gitu hasil kajiannya ye.. banyak ye yang positif hasil penemuan kajian ni.
Terus tetiba ai rasa ai berbangga dengan pipi tembam ai.. ngeh.. ngeh.. ngehh..



so anak-anak ibu.. chill okay dengan pipi tembam kita.. 
walau muka kita penuh bile bergambar tu.. hihihihi.. 

gambar atas ni fresh baru je ambik.
bukan lah gambar pegun pun yang sebenarnya gambar atas ni.. 
tu igStory saya petang Rabu, saya buat igstory special sebab 
kami bertiga dok dalam kereta satu jam depan pintu pagar rumah. haru betul.
petang Rabu tu hujan lebat, langit pun gelap macam malam.. tapi yang bestnya jalan clear tak sesak.
agaknya kereta dah banyak sangkut sebelum sampai area puchong agaknya.
perjalanan pulang saya dari office ke rumah melalukan jalan depan IOI Mall puchong dan LDP
smooth aje tanpa traffic jam.

sampai rumah awal.. pukul 6.15 dah siap sampai depan rumah bersama anak-anak.
yang tak bestnya, masa nak buka pagar dalam hujan-hujan tu...
cari dan cari seluk punya seluk handbag,
rupanya ibu tak bawak kunci rumah la anak-anak.. huwa huwa huwaaaa!
telefon en suami bagi tau bla bla bla pasal tak boleh masuk rumah sebab takda kunci.

sejam lepas tu en suami pun tiba depan rumah..lega kami anak beranak
merasa la melepak dalam kereta kesejukan depan pintu pagar rumah.
kat luar hujan lebat..kejap kejap tinggi kan temp, bila rasa dah berkuap low kan semula temp aircond.
jiran-jiran yang lalu pun macam pandang kepelikan je tengok kami dalam kereta masa tu.
kenangan betul..







No comments: