Wednesday, October 7, 2015

Dia Demam saya risau




petang Isnin haritu, teacher kindy anak² messaging
informkan saya badan ziyad demam dan naik panas tiba-tiba.
Ziyad  ni jarang sakit,
demam selsema pun jarang kena

Senang kata antibody ziyad sedikit kuat dari abangnya.
Bila dah tau ziyad demam tiba-tiba, hati saya pun mula merisau la depan meja ni..
Mata ni, kejap-lejap mandang jam dinding office.
Tak sabar betul nak tunggu 5.30 hari tu, memang plan nak terus desup cabut balik.
Beg dgn barang dah siap packing sejak pukul 4.
Betul punya ready nak balik. Kekekeke..

Sampai kindy jemput anak-anak, memang jelas Nampak ziyad lesu.
Longlai je melangkah jalan keluar kindy masuk kereta.
Baring je dalam kereta, tak bunyi langsung suaranya petang tu.
rasa sunyi pula bila ziyad senyap muram cenggini.

Memang sah ziyad demam.
Balik rumah, saya masak kan bubur nasi.
En abah pun balik awal, dapat jaramkan ziyad dgn perahan air asam jawa.
Sementara saya pungpang masak-masak kat dapur.
Untuk ziyad bubur nasi.
Menu malam tuk org sihat, saya masakkan tomyam ayam dengan ayam masak sos.
Semua masak cincai nak cepat je.
Main capai-capai segala, tak dan nak sedia bahan properly,.

Habis juga satu periuk bubur nasi plain ziyad makan, bagus anak ibu.
Lepas makan bubur, saya bagi ubat demam.
naSeb baik ada stok ubat demam perisa oren kat rumah.
Tetiba pulak haritu ziyad request,
“Ibu.. ziyad nak makan ubat demam orange flavour only”
Wah curlasss! Ubat demam pun boleh request-request flavour nye masa sakit ni ye ziyad.

Lucu gak ziyad demam kali ni.
Selalunya orang demam, selera out habis. Sebaliknya pulak jadi kat ziyad.
tengah malam jam 11 tu, potpet potpet ziyad buat komentar filem dendam orang mati.
(malam tu kami layan movie dendam orang mati)
kemain lagi Gitu gini dia bagi komen dah macam juri festival filem.

Ehhh??? Ni demam nak cari akal jadi juri ke apa?




 

1 comment:

Amelia said...

hahahahah. lain macam ZIyad punya demam ye. x biasa sakit, tiba2 sakit memang lesu dia lain skit kan. tapi nasib baiklah dia reti makan ubat