Monday, May 5, 2014

Hukum Jirus Air ke Kubur






Amalan menjirus air ke kubur hukumnya SUNNAT di dalam mazhab Syafi`e.

Tetapi yang disunnatkan hanya dengan air semata-mata dan bukannya air mawar sebagaimana kelaziman sesetengah masyarakat kita.

Menjirus air dengan air mawar dihukumkan MAKRUH kerana ianya dikira satu pembaziran.


Imam asy-Syafi`i meriwayatkan daripada Ibraahiim bin Muhammad daripada Ja'far bin Muhammad daripada ayahandanya bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. telah menyiram (air) atas kubur anakanda baginda Ibrahim dan meletakkan atasnya batu-batu kerikil. Riwayat ini terkandung dalam "Musnad al-Imam al-Mu`adzhdzham wal Mujtahid al-Muqaddam Abi 'Abdillah Muhammad bin Idris asy-Syafi`i r.a.", juzuk 1, halaman 215.





info ini di kongsi dari Sini.






2 comments:

Jari Manis said...

kalau macam tu kita ikut mana yang baik ye dok

Jari Manis said...

whh..dah komen ke belum ye...yg pasti kita ikut mana yg baik kan :-)