Sunday, March 9, 2014

Identiti dua penumpang MH370 dengan pasport palsu sudah dikenalpasti


KUALA LUMPUR: Identiti dua individu yang didakwa menaiki pesawat
Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan pasport palsu telah dikenalpasti 
dan dihantar kepada agensi risikan Malaysia dan antarabangsa
tetapi tumpuan utama masih diberi kepada pencarian pesawat malang itu.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein
berkata pihaknya mempunyai rakaman CCTV yang memaparkan dua individu tersebut.

Walaubagaimanapun, beliau berkata kewarganegaraan 
kedua individu tersebut tidak dapat didedahkan kepada umum.

“Saya tidak mahu mendedahkan apa-apa maklumat yang boleh 
menjejaskan siasatan seperti ini kerana ia melibatkan ancaman keselamatan.

“Tunggu sehingga maklumat lanjut boleh didedahkan tetapi tumpuan kami
adalah untuk mencari pesawat,” 
katanya semasa satu sidang media di Hotel Sama-Sama, KLIA.

Sebelum ini, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan
hanya dua pasport dicuri yang digunakan penumpang MH370
bukan empat seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman
pengesahan dibuat berdasarkan rekod rakaman kamera litar tertutup (CCTV) 
di kawasan pemeriksaan balai berlepas 
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sementara itu, Hishammuddin berkata laporan bahawa beberapa serpihan pesawat 
yang ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia masih tidak disahkan lagi.
“Saya tiada maklumat terkini tentang serpihan itu. 
Peganglah pada apa yang kita maklumkan secara rasmi,” katanya.


Ia dilaporkan bahawa pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata, 
serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.

Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten 
dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang 
yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, 
yang telah mendarat pada pagi Ahad.

Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, 
selepas 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

berita ni saya copypaste dari #AstroAwani

bila dah masuk hari kedua hari ni..
tak dapat nak tahan rasa sebak di hati bila tengok berita,
apabila membayangkan mangsa-mangsa yang terbabit dalam kehilangan pesawat ini..
kalau lah mereka masih hidup entah macamane la keadaan mereka sekarang ni..
jauh disudut hati saya masih lagi mengharapkan keajaiban berlaku..
#PrayForMH370





4 comments:

Unknown said...

ya allah moga diorg semua masih selamat..sedihnya terasa mcm ahli keluarga sdri..jom sama2 kita doakan keselamatan diorg..

Rizziela said...

saya pun sama..berdoa semoga mereka selamat..mgkn mereka disorokkan di satu kawasan utk tujuan pampasan.. Ya Allah..selamatkan mereka semua

wantie said...

sangat sangat misteri kan... ni pun tengah dok dengar radio tentang the latest news.

PetakBunga said...

kita semua doa yg baik2 untuk mereka..

allah maha kuasa, perancangan dia lebih baik