Thursday, September 19, 2013

Suami pukul & Halau isteri keluar Rumah sebab Rumah bersepah



GOMBAK , 18 Sept :  Hanya kerana rumah bersepah, seorang wanita bukan saja dimaki-hamun suaminya, malah dia turut dibelasah selain badannya diseret dan dihempas ke dinding oleh lelaki terbabit.
Lebih malang lagi, pertengkaran pasangan terbabit difahamkan mendapat campur tangan bapa lelaki itu yang turut menyokong tindakan anaknya hingga suaminya menghalau wanita berusia 27 tahun itu keluar dari rumah mereka di Batu 6 Gombak, di sini. Berikutan kejadian itu, wanita terbabit yang cedera  akur dan keluar rumah sebelum membuat laporan polis, kelmarin.

Menceritakan kejadian Sabtu lalu, sumber berkata, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta pulang ke rumah  jam 10 malam sebaik selesai bertugas.

“Apabila mangsa masuk ke dalam bilik, suaminya secara tiba-tiba menengkingnya memarahi mangsa kerana tidak mengemas rumah. Mangsa memberi alasan baru pulang bekerja belum sempat berbuat demikian.

“Berlaku pertengkaran menyebabkan si suami naik angin lalu membelasah mangsa,” katanya memberitahu mangsa sering dipukul lelaki terbabit sejak perkahwinan mereka lebih dua tahun lalu. Menurut sumber, suspek bertindak  kejam lagi apabila mencekik wanita itu dan mengheretnya keluar dari bilik lalu menghempas badan mangsa ke dinding di ruang tamu.

“Mangsa yang kesakitan cuba melawan. Namun, bapa mentua mangsa yang difahamkan tinggal bersama mereka menyedari kejadian itu lalu campur tangan.
“Bapa suspek dikatakan menyokong tindakan anak lelakinya itu. Mangsa kemudian dihalau keluar dari rumah itu oleh suaminya,” katanya.
 
#hui haii tak guna betul suami mangsa ni.. isterinya tu penat-penat baru balik kerja
tak pasal nak kene bambu sbb tak kemas rumah..
yg pak mertua dok sekali tu seharian duduk rumah buat ape??
apesal pak mertuanya tu tak ngemas rumah?? sakit hati betul dengan orang macam ni!!!! grrrrrr!!!
 
 
sumber di amik dari sini ....
 
 
 
 
 

4 comments:

fatema said...

eeee geram pulak ni ngan jantan cenggini langsung tak beriman.. kalau haku la kan laki tu ngan bapak mertua skali aku hempuk ngan lesung kehkeh geram punya pasal

wantie said...

sebab tu kaum adam kena buat kerja berat.bila balik penat leleh nak angkat kaki tangan pun tak larat.

Tak suka lelaki cam ni. bapak tu sokong? hmmm.. ni kes didikan la ni. dah didik anak gitu nak kata apa kan. Bior anak dia masuk lokap, pas tu dia sokong la puas puas.

ietams said...

ee...memang sakit hati kan imie..
gerammm sgt!!

ietams said...

memang dayus suaminye ni..
dgn pak..pak.. mertuanya pon teruk