Thursday, November 15, 2012

Abang MP Jempol, isteri maut kemalangan

JEMPOL - Sepasang suami isteri - abang dan kakak ipar kepada Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin, maut setelah kereta yang dinaiki merempuh bahagian belakang lori simen yang sedang berhenti dekat lampu isyarat, di Kilometer 2 Jalan Bahau-Kemayan, sekitar jam 8 pagi tadi.

Mangsa, Udin, 74, dan isterinya, Sanah Ismail, 72, menaiki kereta jenis Proton Waja datang dari arah Mahsan menghala ke Bahau semasa kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superitenden Hamzah Alias berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai gagal memperlahankan kenderaannya ketika tiba di lampu isyarat lalu merempuh lori berkenaan.

keadaan kenderaan yang merempuh lori simen pagi tadi.






innalillahi wainna ilaihi roji uuunnn...
semoga roh acik udin dan acik sanah ditempatkan di golongan orang-orang beriman, Amin..

sebak juga rasa bila dengar berita kematian acik dua orang ni hari ni 14/11/12.
arwah-arwah acik ni rumahnya lat sebuah aje dari rumah mak saya kat air hitam bahau ni.
tiap tahun raya aidilfitri atau aidiladha, mesti arwah acik sanah tak lupa
hantar lemang dan rendang yang di buat sendiri oleh beliau....

rupanya aidiladha baru-baru yang lepas adalah pertemuan yang terakhir saya dengan arwah.

dua kali saya bercuti pantang kat rumah mak, dua kali tu juga merasa
anak-anak saya dikunjungi kedatangan arwah uwan sanah (semasa hidupnya)..
haziq pun kalau balik kampung tak lupa bersalaman cium tangan dgn arwah uwan sanah bila berjumpa.

dan... yang paling istimewanya..,
tiap kali haziq follow atok ki (abah saya) ke kedai arwah (arwah ada kedai runcit)
tiap kali tu haziq bawa balik jajan pemberian sedekah arwah acik sanah. 


dirujuk dari berita SinarHarian




1 comment:

wantie said...

Alfatihah...semoga roh mereka dikalangan org yg beriman.