Sunday, July 8, 2012

Tahniah Ella! Selamat Pengantin Baru.. ^__^


KLANG – Ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, sah bergelar isteri kepada juruterbang syarikat Firefly, Azhar Ghazali, 30-an dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan mereka diadakan di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang di sini kira-kira pukul 10.30 malam Sabtu.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Nurul Iman, Klang, Baharuddin Abu Bakar berwalikan abang sulung pengantin perempuan, Mohd Noor Izam Aminudin.
Ella dan Azhar sebelum itu telah ditunangkan sebelum majlis akad nikah bermula.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.
baca lagi di SINI yer..


3 comments:

Kamsiah yusoff said...

rimas tgk rambut ella tu...

Unknown said...

selamat pengantin baru dan tahniah Ella dan hubby :)

MayaYunus said...

tul,,rimas ngn rambut beliau,,x leh disanggul elok²,,neway muka hasben beliau mcm rosyam noor ^__^