Saturday, August 21, 2010

Resepi Ayam Penyet

Bahan-bahan A
  • 1 ekor ayam (apprx 2kg) potong 8 - bersihkan dan toskan airnya
  • 5 cawan air
  • 2 daun salam (optional)
  • garam secukup rasa..
Bahan-bahan B - Kisar halus
  • 4 biji buah keras
  • 3 sudu makan serbuk kunyit (atau guna kunyit hidup 2 ibu jari)
  • 3 biji bawang besar
  • 2 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • 1 sudu makan ketumbar biji
  • 1/2 sudu makan jintan manis
Cara-cara;
  1. masukkan semua bahan-bahan A & B dalam periuk/kuali bersama-sama air
  2. masakkan di atas api sederhana hingga ayam 3/4 masak.
  3. jangan lupa balik-balik ayam sekali sekala.
  4. bila ayam dah 3/4 masak, angkat dan toskan air lebihan supaya air akan berpisah dari ayam & hampas.
  5. panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali dan goreng ayam tadi bersama2 dengan hampas2 yang telah di saring hingga ayam garing.
  6. angkat dan hidangkan panas2 bersama sambal belacan dan ulam-ulaman seperti kobis, timun, kacang panjang dan apa-apa aje yang berkenan utk di jadikan ulam.
Sambal Ayam Penyet
  • 10 tangkai lada merah
  • 10 biji cili padi
  • 6 biji bawang kecil
  • 1 biji buah tomato (yg muda-jgn terlalu masak)
  • sedikit gula melaka (atau guna gula timbang)
  • sedikit air - untuk melancarkan blending bahan-bahan ni dalam blender aje yee..
cara-cara buat sambal;
  1. mesin halus semua bahan-bahan tadi
  2. sekiranya gula melaka di gunakan, tidak perlu di kisar, cuma masukkan kedalam kuali semasa sambal di masak.
  3. panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang di mesin tadi
  4. dan masak hingga naik minyak.
meh tengok ayam penyek saya pula..
saya gigih masak ayam penyet ni mase birthday en. abah 18hb August aritu..
almaklumlah, ekonomi kewangan tengah merundum, cuma celebration ala-ala je la yang dapat saya buat untuk en. abah, duit pun yilek nak beli prezen ke, spesel dinner ke..
cuma keikhlasan hati ayg masakkan utk abg
je yg dapat ayg persembahkan besday abg tahun ni.., ;-s .. (huhuhu syedihnya...)
tadddaaa!!,
cume salad sahaje yang saya buat ulam,
kacang panjang, kobis malas nak pegi beli.. berjimat katenye..
memang sedap! sama rasanye macam ayam penyet yang ada dekat Food Court Giant yang best tu..
kalau ade modal, boleh la bukak kedai lepas ni... hehehe..
resepi ni saya google sebenarnye.. dapat dari forum Cari.
terima kasih Cari!

4 comments:

MamiKechik said...

pagi2 dah tengok ayam penyet... uit bestnya... tnx for sharing kunun bah.. hehe syayang adiq

Fara said...

pasni leh try...ayam penyet. blum penah rasa lagi.

ietams said...

didy,
buat la.. memang sedap

ietams said...

fara,
buleh try sesangat..
senang