Thursday, November 27, 2008

jom kongsi-kongsi.. bagus nihh

pimp myspace profile sekadar berkongsi maklumat.., "Salah satu perkara yang menyebabkan susu ibu sangat diperlukan bagi perkembangan bayi yang baru lahir ialah kandungan 'omega-3' dan asid linoleat alfa.. Selain sebagai zat penting bagi otak dan retina manusia, zat tersebut juga sangat penting bagi bayi yang baru lahir. Omega-3, khasnya, sangat penting dalam tempoh mengandung dan pada tempoh awal usia bayi untuk perkembangan otak dan sarafnya secara nomal. Pakar-pakar menekankan pentingnya susu ibu sebagai pembekal semulajadi yang sempurna untuk omega-3. Selanjutnya, penyelidikan yang dijalankan oleh saintis dari Universiti Bristol membuktikan bahawa di antara manfaat susu ibu untuk jangka masa panjang adalah kesan positifnya terhadap tekanan darah, yang mengurangkan risiko serangan jantung . Kumpulan penyelidik tersebut merumuskan bahwa perlindungan yang diberikan susu ibu adalah dari kandungan zatnya. Menurut hasil penyelidikan itu yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Circulation, bayi yang diberi susu ibu mempunyai keberangkalian lebih kecil mengidap penyakit jantung. Telah dibuktikan bahwa wujudnya asid lemak tak tepu (unsaturated) berantai panjang (yang mencegah pengerasan pembuluh arteri), serta fakta bahwa bayi yang diberi susu ibu menelan sedikit natrium (yang berkait rapat dengan tekanan darah) yang dengannya tidak mengalami penambahan berat badan berlebihan, merupakan beberapa di antara manfaat susu ibu bagi jantung. Selain dari itu, kumpulan penyelidik yang diketuai Dr. Lisa Martin, dari Pusat Kedoktoran Hospital Kanak-kanak Cincinnati di Amerika Syarikat, menemui kandungan hormon protein yang tinggi yang dikenali sebagai adiponectin di dalam susu ibu 5 Kadar Adiponectin yang tinggi di dalam darah berkait rapat dengan rendahnya tahap risiko serangan jantung. Kadar adiponectin yang rendah dijumpai pada orang yang gemuk (obes) dan yang memiliki risiko tinggi terkena serangan jantung. Oleh kerana itu telah diketahui bahwa risiko terjadinya kelebihan berat badan (obesiti) pada bayi yang diberi susu ibu berkurang dengan adanya hormon ini. Selain dari itu, mereka juga mengesan wujudnya hormon lain yang disebut leptin di dalam susu ibu yang memainkan peranan utama dalam metabolisme lemak. Leptin dipercayai sebagai molekul pengesan tahap kandungan lemak dalam badan. Jadi, menurut Dr. Martin, hormon-hormon yang diperolehi bayi melalui susu ibu mengurangkan risiko penyakit-penyakit seperti kelebihan berat badan (obesiti) , diabetes jenis 2 dan kekebalan terhadap insulin, dan penyakit pada pembuluh nadi utama jantung" makna katanye, walau haziq tu ramai org yg sebuk kata kurus la kecik la..dan rata-ratanya semua buat muka pelik heran haziq tu menyusu badan tapi kurus kering mcm tak cukup makan.. tapi saya amat berpuas hati bila ade info² yg sebegini memperkatakan.., "budak nyusu badan mmg ade satu protection dari gemok/obesiti.." bukan saya memandai okeyy!! dah memang ade kajian.. bdk susu badan rata² tak gemok. banyak lagi faktanye, tp saya copy paste yg mane berkenaan dgn saya je la.. sedia maklum je la kan, susu ibu ni the best milk eva! no doubt! Keberkatan Tanpa Tandingan Ini Adalah Kurnia Allah "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan... " ( Al Baqarah, 2:233) jom support breastfeeding!

2 comments:

attyfir said...

susu ibu yg terbaik gak..

mila80 said...

haziq kecik ikut badan ibu dia la kot.. ala..takpe la ita.. kecik a.k.a comey.. anak aku nyusu badan gak..tapi badan dia besar la..keras.. macam badan aku la.. kalau okut badan papa dia kecik jer.. agaknya kalau aku kecik, anak aku mesti kecik gak.. heheh..
susu ibu mmg yang terbaik..
si anak pun pandai pilih tak mau susu formula..