Friday, August 21, 2015

Shawl Dua Muka






Ada macam-macam trend tudung sekarang ni. Instant sana instant sini..
Ada yang Takyah gosok ade yang kena gosok.

Tu tak kire lagi Ada yang lebar dikecik terus singkat oleh sipemakai bila di pakai.
Bila tengok tutorial cara pakai selendang inspirasi artis sana sini kat YouTube,
Punya la banyak pusing atas bawah kepala nak bagi dia terletak atas dada.
Tu tak kira lagi berapa banyak pin orang tu guna nak klip sana sini.
Haiyohhh rimas makcik tengok kan.
Memang la Dah tak terkejar dah… kalau nak ikut fashion-fashion tudung ni.

Yang tudung instant mahal saya beli masa clearance sale Naelofar
pun tak terpakai-pakai lagi.
Elok je tudung tu terperok dalam bakul.
Fashion tudung saya sekarang two face shawl
Atau dalam melayunya kita panggil Shawl Dua Muka.
Jeng jejengggg! Cergas buat Shawl baru..
 





Bila dah seronok, shawl yg lama-lama pun saya modified jadi kan  shawl dua muka ni..
dah tiap hari saya sarung tudung dua muka ni. Senang betul hidup makcik sekarang ni..
Pada yang ada minat macam saya nak rasa seronok buat two face shawl ni,
Meh tengok Pola dari Ctie Shasha ni..
 





Kalau dah faham, ape kate cuba buat. Komfem tak nyesal macam saya..
Pola Kak Ctie Shasha ni memang mudah nak faham,
terima kasih banyak pada perkongsian ilmu kak Ctie ye.

moga sentiasa diberkati dan bahagia serta dilapangkan seluas-luas rezeki untuk mu kak!








2 comments:

Farrah MF said...

Lagi puas hati buat sendiri kan, ietams. Bestla,..ietams pandai jahit :)

Jari Manis said...

omeinya..pesal model tutup muka malu eh

Sensasi nya..,

Us together..