Tuesday, November 5, 2013

Resepi Mee Bandung


Bahan-bahan:

1 paket mee kuning (450grm)
300grm udang kapas
11 tangkai cili kering
2 tangkai lada besar
1 ulas bawang besar (saiz sedang)
2 ulas bawang putih
9 sudu besar kacang tanah (yang dah siap di goreng)
300grm daging
300grm ayam (kalau tanak letak pun takpe, saya letak kan aje.. feel-feel macam kat kedai)
stok daging *optional. (saya tak letak pun.)
2 biji telur
__________________________________________

Cara-cara membuatnya;

udang kapas tu di basuh bersih dan toskan..

mee bandung

kemudian sediakan satu periuk berisi air untuk rebuskan udang

mee bandung

rebuskan udang sehingga air mendidih..

mee bandung

bila menggelegak, boleh tutup api dan ketepikan sekejap untuk sejukkan rebusan udang tu tadi.
sementara nak tunggu udang & air rebusannya tadi sejuk,
kita buat bende-benda yang lain pula..

ayam di potong kecil-kecil

mee bandung

daging dihiris halus

mee bandung

ayam dan daging basuh bersih dan biarkan ke tepi sebentar.
kite pergi terus ke bahan untuk di kisar..,

ambil 9 sudu kacang tanah yang dah siap di goreng tadi, 
meebandung

ambil bawang besar, cili kering & bawang putih bersama udang yang dah siap direbus tadi
masukkan kedalam blender untuk dikisar.
 mee bandung
jadi lah macam ni bahan-bahan tu dalam blender.
kacang, bawang-bawang,cilikering dan udang di kisar hingga hancur & halus.
air rebusan udang tu di campur sekali.. jangan di buang tau..
mee bandung
dalam blender tu nampa lada besar kat dalam tu kan..
saya saja amik satu gatal-gatal tangan untuk di blend. hihihi..
patutnya lada tu untuk di jadikan sebagai hiasan aje.

bila dah siap kisar bahan-bahan tadi, 
sediakan periuk, tenggek kan periuk beserta minyak sedikit dalam sesenduk kot.
tumiskan sekejap bahan kisar tu dengan minyak sehingga pecah minyak dan naik harum baunya..

masukkan ayam, masukkan daging.
masakkan ayam dan daging tu sekejap hingga empuk & kecut.
kemudian boleh masukkan air 2 liter.

bila kuah tu dah menggelegak,
masukkan 2 biji telur,
mee bandung

kemudian, boleh masukkan sayur-sayuran..

masukkan kobis,
mee bandung

masukkan sawi.,
mee bandung

masukkan garam secukup rasa.. masukkan sos tiram sedikit (dalam 2 sudu besar)
tunggu lagi 15~20 minit..biarkan kuah menggelegak.
kemudian..,
boleh tutup api dapur dan mula sediakan semangkuk untuk di makan seisi keluarga.

tadaaaa!!..
mee bandung

jemput ye semua..
sarapan mee bandung.. layann....!
























8 comments:

izan mama mia said...

fuh...sedapnya tgk gambar tq bg resepi

wantie said...

berliur tengok ni. wah sangat sangat sedap. kuahnya pun nampak pekat.

kalau dapat makan ni kepala tak panggung dah. hirup sampai licin.

Kesuma Angsana said...

mmg sedap sgt... feveret KA ni tau, cuma KA x brp suka buh kacang je hehehe

imie fatiema said...

terbaeklah, mmg feveret tapi belum pandai sgt buat, pernah try buat tp tak puas hati dengan rasanya...bila2 kena try lagi hehe

lizz said...

terus lapo nengok mee bandung ni...ermmm telan ailio tau...hubby saya memang suka sangat la mee bandung ni...nanti boleh try buat ni...

zulieta said...

Izan..
Sedap kan mee bandung.
Kalau buat sendiri bole repeat byk kali

zulieta said...

Kak wantie..
Hirup kuah licin sampai tersedak. .hahahaha..
Menggelupo cari air..

KA..
Saya suke letak kacang..
Ala ala jawa style gitu

Imie
Bila x puas hati tu memang buat rase nak buat lagi dan lagi sampai puas hati rasenya kan..
Good luck ye

zulieta said...

Lizz..
Suami awk suka mee bandung ye..
Seronok la gitu..
Mesti lg bertambah nak buat sok sok..
Selamat mencuba tau

Sensasi nya..,

Us together..