Saturday, September 8, 2012

resepi kari telur itik

saya nak share resepi malas saya
sungguhpun resepi ni kategori resepi orang malas,
resepi ni tetap tinggi khasiatnya.. (puji diri sendiri)
eh! tak tipu tau... menu ni boleh jadi milk booster gak utk BF mum macam saya.


Bahan yg tak perlu buat ape-ape;
1 sudu besar minyak zaitun
5 biji telur itik
3 sudu besar cuka epal
garam garam secukup rasa

Bahan-bahan A;

10 biji biji sawi
3 biji buah pelaga
1/4 kayu manis
1/4buah keras

Bahan-bahan B (di tumbuk halus)

4 sudu besar rempah kari ayam/daging
2 sudu besar cili kering kisar
4 labu bawang kecil dikisar bersama seulas bawang putih

mula-mula masuk kan minyak zaitun dalam periuk/kuali
agak-agak dah panas minyak mula tumiskan bahan A
bila dah naik bau, masukkan pula bahan B.
tumis hingga naik bau juga..
banyak nau naik bau kan,.. eh itu asas lah.. kalau tak naik lagi aroma wangi tumisan tu
mesti tak berapa garing lagi bahan yang di tumis..

bila dah semuanya dah naik bau.. (naik bau lagi?!)
masukkan air  3 cawan yang akan jadi kuah kari tu.
tunggu kuah menggelegak, kecik kan api dapur sikit.
boleh la pecahkan telur itik satu-satu dan masukkan satu persatu telur itik tu ke dalam
periuk tadi.
tunggu dalam 5-10 minit kuah tadi akan menggelegak sekali lagi..
bolehla masuk kan cuka epal dan masuk garam secukup rasa.

biarkan kuah tu menggelegak dan telur itik tadi masak.
dalam 5-10 minit lagi la kirenya... lepas tu dah boleh tutup api...

berkhasiat tinggi kan resepi saya ni??
haa! memang berkhasiat.. kari takde guna santan (yg tinggi kolestrol)
pastu guna minyak zaitun ganti minyak kelapa (yg tinggi kolestrol gak)
lepas tu cuka epal ganti kan asam jawa.
tambah lagi ade biji sawi .. haa! menu saya ni betul-betul boleh jadi agen detoks yang baik.



resepi ni hasil dari pengolahan saya sendiri.
sebabnya saya ni nak kurus, tapi tak boleh nak tahan diri dari tak makan.
jadinya, saya olah masakan saya supaya jadi makanan yang boleh kontrol lemak saya.. hihihihihi....













2 comments:

wantie said...

alamk.. baru teringat telur itik yg step mom bagi tempohari belum lagi di buat telur masin.

ish.. lupa. nanti tak jadi telur masin terjadi gulai mcm resipi kamu ni. ngeee

Ietams said...

Telur itik ni mmg sedap

Sensasi nya..,

Us together..