Monday, September 10, 2012

masuk Berita Harian,


Tabik hormat pakcikk... (^____^),
anak buah lagi tinggi dari pakcik... hihihi...
pstt..pstt.. ade souvenir lebih meh bagi sikit... duit raya haziq & ziyad, mana pakcik ?




13 tamat kursus Kepakaran Gerak Khas

SERAMAI 13 anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor (ATSNJ) berjaya menamatkan Kursus Kepakaran Gerak Khas pada majlis penutupan kursus itu di Padang Sasar Kem Iskandar Mersing, Johor, baru-baru ini.

Majlis itu turut disertai Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar; isteri Sultan Johor, Tuanku Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan pegawai Kem Iskandar dan ATSNJ.

Pemangku Panglima 21 Gerup Gerak Khas (GGK), Kol Effandi Ab Karim, berkata seramai 13 anggota ATSNJ berjaya menunjukkan kecekapan dan kepakaran mereka sepanjang menjalani kursus kepakaran Gerak Khas berkenaan.

Beliau berkata, mereka bukan saja menunjukkan kebolehan, malah setiap aktiviti yang dilaksanakan itu dilakukan dengan penuh minat.

Katanya, kursus yang pertama kali dianjurkan bersama 21 GGK dengan kerjasama ATSNJ itu membuahkan hasil yang baik.
Turut menerima cenderamata dari Penjara Kluang dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Wilayah Selatan.

Semua hadiah dan cenderamata disampaikan Panglima GGK, Kol Effandi Ab Karim.

berita penuh kat sini

petang semalam acik (wife pakcik) sms inform abg fendy (abg ipo)
masuk paper berita harian,
yg paling tak tahan ayat soal sms beliau, "Hensem tak abg fendy?"
muahahaha... hensemmm kak, abg fendy memang hensemmmm...

ni dah puji hensem hensem ni, meh la belanja ape-ape ke.. hihihihi...

1 comment:

wantie said...

hehehe.. soklan tak leh blah tu. mesti nak tanya hensem ke idak kan... kikikik