Tuesday, June 28, 2011

celoteh tika detik yang sejuk

petang ni, keadaan saya terlalu mengantuk,
niat asal nak tepek gambar-gambar,
gambar saya ke, en abah ke gambar haziq ke, takpun gambar family saya.
selak beg, rupanya, tak di bawa lansung memory card maupun kamera kompek.

so, apa yang nak di celoteh kan eh.
macam nak cerita pasal haziq saya... ermm.. okey juga cerita pasal dia.
bila kat office, seminggu ni.. rasa rindu sangat dengan haziq.
sampai rumah jumpa dia, ya Allah dugaan nya rasa.
aktifnya & keletahnye dia sekarang makin menjadi-jadi.
tak terlayan di buatnya. kusss semangat.

nasib baik en. abah memahami, sungguhpun beliau sentiasa didalam keadaan yang
terlalu bekerja, en abah la yang banyak handle haziq sekarang ni. Ibu memang surrender terus dah sekarang.

boleh la describekan en abah ni kerja 24/7.
tgh makan kenduri pun buleh lagi assist hal-hal kerja.
part paling membahayakan, tengah drive pun boleh lagi involve dengan kerja.
tangan ai ni dah biasa dah pun jadi asisten tukang pegang henpon dia masa beliau driving..
walau sibuk cemana pun, walau hangin cemana pun saya dgn en. abah yang sentiasa bz ni,
saya kene terima dan redha. "Dah itu tugas dia"  itu yg selalu mak saya lecture kan saya ni.
kalau dah en. abah tu sibuk sentiasa, dah tentu dia ade tensen & problem kan.
kalau balik rumah, saya lak yang marah tak tentu arah kat dia,
makin bertambah le tensen en. abah saya tu.
bila dah tensen dgn bininye, dgn anak-anaknye pun sok dia tensen.
tu yang mula cari alasan nak ngeteh sana sini keluar rumah tu.
dah kalau balik rumah bini menambah cari pasal tak sudah.
lagipun en abah ai ni si bungsu..
lambat sikit kebolehan mengawal kehanginan.. #muahahaha matik saya dia baca bininye ngumpat dia
ahad lepas, Hari Sukan Tadika Haziq.
5 buah centre bersukan together² secara besar²an.
tapi Haziq saya tak pergi pun, erm.. siyan dia.
tetiba Sabtu tu badannya naik panas demam.
berlanjutan sampai Ahad. Siap kena masukkan ubat bontot lagi..
terlalu panas.

takpe la kan haziq, agaknya belum sampai rezeki haziq untuk bersukan.
tambah lak ibu haziq sekarang ni bukannye sihat bebenor.
kang dibuatnya ibu pitam kat tepi padang tu kang. dah jadi satu kerja lak en. abah nak ngurus..

ada rezki, di lain masa & tahun insyaallah kita pergi kan sayang.

No comments:

Sensasi nya..,

Us together..