Wednesday, October 13, 2021

Banyak yang tertinggal

assalammualaikum...

 

Setelah sekian lamanya bersua saya Kembali di blog tersayang saya ini..

Merasa la blog saya hilang dari radar sekejap, disebabkan tak ingat tarikh domain expired.

Walaupun dah tak berapa nak update blog ni, sayang juga rasanya kalau tak renew.

Bila buka email personal, berderet email-email tak di baca. Wahh betapa di tinggalkan segala private mivet saya dah sejak-sejak zaman pandemic ni.

 

Salah satu email yang tertarik hati saya, email-email dari Nuffnang.

Sekarang Nuffnang dah berwajah baru ya..

Nampak macam tenaga-tenaga nya pun orang-orang muda dan baharu.

Dulu-dulu merasa gak la dapat duit ratus-ratus cash dari Nuffnang hasil blogging ni.

Ehh dapat bayaran ratusan untuk blog caca merba saya ni dah rasa bersyukur yang amat tau!

 

Oh ya.. bermula 11 Oktober 2021, semua rakyat semenanjung dah di beri kebenaran rentas negeri. Yess, masanya untuk balik kampung.. jalan-jalan.. macam-macam lagi la..

Untuk saya, tak tau la macam mana lagi. Ada juga rasa nak balik kampung tu. Tapi macam saya dan en. Abah ni.. walaupun work from home sepanjang lockdown, busy nya tu sama je macam work from office. Tengok lah macam mane weekend ni. Kalau traffic dan tenaga ni kuat dan terdaya maybe insyallah balik sekejap kot Sabtu Ahad. Confirm-confirm trafic jammed kemain jalan ulu bendul-senaling tu!

Okayla.. setakat ini dulu lah intro pengenalan bersempena baru lepas renew domain blog saya ni.

 

Bye, assalammualaikum!

Thursday, April 15, 2021

Nak Shopping Triumph @Aeon Puchong, tapi rasa annoying

 

Bulan March, maybe dated 20th March 2021 kot pergi AEON IOI Mall Puchong. Pergi Mall tu  bukan sebab nak shoppingnya pun, pergi situ sebab ziyad nak gi main game Pokeman yg dalam Game Arcade kat dalam AEON. Fikir-fikir takde keperluan pun saya ni berada sesame dalam arcade game tu, saya ambik peluang cuci-cuci mata kat lingerie department AEON. Jalan punya jalan, Nampak Triumph. Okey juga kan try window-window je. Belek sana belek sini, eh Nampak macam berkenan pula macam kena beli. Elok pula akak Sales Asisstant (Melayu) tu tanya saya nak cari design yang macam mana. Saya pun cakap requirement yang saya nak.

 


 

“Saya nak cari yang jenis non wire takde padding tapi full cup. Dann yang support b**bs elok-elok.“

 

Makna katanya, nak cari bra yang selesa utk kita pakai waktu siang ke.. kot la terbabas terpakai sampai hingga ke malam ke, yang sesuai juga untuk long journey travelling la di ibaratkan nya.

 

“Okayyy.. adik pakai saiz apa?” kakak tu tanya saiz

“saiz xxB, kak” jawab saya

 

“betul ke xxB? mari kita ukur dulu..”

kakak tu amik measurement tape dan gigih la measuring under my b**bs area

 

“adik punya saiz bukan saiz xx B ni tau. kena saiz *YY ni (*read: di ibaratkan saiz sedia ada M, kakak tu suruh ambik saiz L)

Agaknya sekarang ni badan adik dah naik, itu yang ukuran adik sekarang besar dari saiz bra dulu”

 

I was like TERNGANGA masa tu.. dalam hati auto terkutuk dia.. sukahati je dia cakap saya cenggitu rupa..

 

“tapi sekarang ni saya tengah pakai saiz xxB ni kak.. takkan la tak betul pulakk.”

 

Saya tetap la cakap saya nak saiz xxB, eh kakak ni bagi juga saya saiz yyB Suruh test.. haiyoo!!.. malas nak argue, saya ambik je lah bra saiz yy B tu masuk fitting room.

Bila test…,.

Seerius longgar dan ada gap, langsung tak support.

 

SA tu dari luar tanya, “okey tak size tu dik?”

“Tak okay kak.. longgar ada gap under b**bs “

 

“Okay, jap ye..akak bagi saiz xxB.”

 

Bila dia bagi saiz yang memang dah saiz kita, seriuslah selesa.

Kita memang dah tau saiz bra yang memang untuk kita. Yang di betahnya lagi SA ni dah kenapa?.  Ha kan senang, takyah ambik masa lama pun, test itu ini.. dapat design yang selesa, terus beli lebih dari satu. Kan senang kerja akak SA tu. Ni ukur, betah bagai dah kenapo?..

 

Dah pakai 5 hari, terasa selesa.. terasa nyesal pula tak beli banyak2.. sabtu 27 March repeat lagi ke Triumph yang sama kat AEON IOI Mall.. kali ni Sales Asisstant (China) tanya, “ya dik nak cari design apa?”

“saya nak design yg ni.. *tunjuk design yg beli minggu lepas* nak saiz xxB”

 

SA tu cari dan cari.. jumpa satu.

“Saya nak terus beli 4 helai..”

 

SA tu cari kat stock dia semua, memang dah takde lagi stok saiz xxB saya tu

Rupanya tinggal satu color dan Cuma sehelai je yang ada.

Nak kena order katanya…

SA tu minta tinggalkan contact number, bila dah ade stok sok nanti dia call.

Allahu.. as simple as it je deal dgn SA Chinese ni compare SA melayu yang last week.

 

Kebetulan 9hb April pergi IOI Mall Puchong, saje lah singgah Triumph tengok2 kot lah design dan saiz yang saya nak tu dah ade..

kali ni SA melayu juga yang entertain, tapi bukan akak SA melayu yang dulu tu.

 

Bila saya tanya bra yang ni, saiz xx B ade tak? Dia cari-cari takde. Stock tak sampai lagi katanya. Then dia promote design lain. Dalam pada dia tunjukkan saya design lain nya tu, dah start kakak SA ni ambik measurement tape ukur. Adoii! Sekali lagi nak hadap dengan kakak SA yg seropa laku dengan SA melayu yang 2 minggu lepas. Tapi kali ni UP lagi Teknik mengukur dia dari akak yang dulu. Dia cakap cup saya bukan cup B, kena pakai cup C. Bila saya cakap saya nak cup B instead of cup C…,

 

“ohhh suka pakai ketat-ketat ya..” oh sedapnya ayat akak niiii..

 

 Hadoiii haiii…!

Ini badan kita, asset kita kan.. kita sendiri tahu dah saiz kita, yang mana yang selesa untuk kita pakai.. senang-senang je dia buat assumption dan judgement kita ni ikut sukahati ayat dia.

 

Serious la akak-akak SA melayu kat Triumph AEON IOI Mall Puchong ni very annoying + irritating kan saya betul.

Tapi itu lah…walaupun meng irritating sangat-sangat dengan akak SA melayu tu…nak tak nak paksa rela juga saya pergi aeon IOI Mall Puchong musim-musim pandemic ni. Malas nak pergi jauh-jauh.. terpaksa hadap juga la repeat datang AEON IOI Mall Puchong.

 

Berharap sangat lepas ni takkan experience macam ni lagi dgn akak-akak SA yang annoying bila datang Triumph Aeon Puchong ni.