Thursday, March 1, 2018

ietams Jenjalan - Bangkok 05/09/2014

assalammualaikum..

lama dah tak guna nama ietams.
hari ni try guna nama ietams kat tajuk, nama lama saya la.
hujung tahun lepas dgn awal tahun ni saya rajin in out hospital. tu nanti kite cerita lain ye
masa saya terbaring-baring kat wad tu,

selak-selak handphone, punya la banyak gambar dalam nya.

padan ler memory handphone dah penuh.. penuh dek gambar je telepon ai!
Baa...nyak gambar-gambar jenjalan saya tersimpan rapi lagi.
gambar masa saya ke Bangkok tahun 2014 pun ada lagi.
Memang tak pernah masuk blog pun lagi ya.. hahahahaha..
tengok orang sana sini ke Bangkok jalan sana sini, terkata jugak diri sendiri tu,
"eh aku dah pergi dah kat sini.. eh! sini pun aku dah sampai,.."




















trip ni under company trip.
ada annual dinner, melibatkan office Thai, Singapore & Malaysia.
saya dari Malaysia, belasan orang dari Singpore,
segelintir dari Thailand termasuklah bos besar yg tadbir Asia region.



sebabkan cerita ni dah 4 tahun dah berlalu.. Exact time nya memang tak boleh nak recall.
so entry ni saya update asal boleh aje ler..
janji gambar-gambar tu real kejadiannya.. Ahak!

flight awal pagi Jumaat, 5th September '14 .
Anak-anak saya stay dengan suami je..sekolah macam biasa dan suami kerja as usual.

ajak suami dan anak-anak join trip ni,
tapi en suami susah nak adjust cuti. Office saya ni
kalau nak buat aktiviti macam ni memang short notice je informnya..
dalam beberapa minggu cenggitu je kot kami dapat info yang kami ade trip ke Thai.
en. Abah tu memang schedule nya dah fix 3-4 bulan sebelum.
memang payah dia nak cuti serta-merta cenggitu je.



selamat sampai bangkok suvarnabhumi airport tengahari, tak sure pukul berapa gak.
bila keluar arrival hall dah nampak tour guider pegang nama ai.
walau pun takde siap pun yang tau nama kita,
empunya diri terasa juga malu nya nama kena jaja macam tu..kekekeke...



ini lah dia tour guide kami!
yang senyum pandang kamera tu orangnya,
yang sorang lagi bos Malaysia office 





















sebabkan ai teruja yang amat dengan kebesar gedabaknya van ni,
berkali-kali saya snap gambar van ni.. hahahah, jakun makcik ni,
bukan apa...pelancong yang naiknya hanyalah 2 org aje
campur tour guide dan driver, Cuma isi 4 orang je dalam van sebesar alam ni.
memang selesa yang teramat ler.
satu row dok sensorang. hahahaha heaven!





sepatutnya kami akan join sekali dgn staf² singapore
tapi sebabkan kami dua orang je yang muslim, problem la kami dua ni nak join deme makan.
dorang dah tentu-tentu boleh je makan segala apa yg ada kat depan mata.
tu yang split up.
kami berdua orang Malaysia pakej muslim dgn tour guide & transport yg berbeza.




Menyusuri jalan raya Bandar Bangkok.
Perghh!! Kemain sesak trafik nya.
tapi driver van ni boleh tahan menyusup tepi-tepi.. scary gak saya dok kat belakang ni



Yeyy! Alhamdulillah welcome to Bangkok




**pakej 3d2n Muslim ni saya guna Boustead travel Services S/B
>> Ground          : RM660/person
>> Halal Meal    :RM24/person
>> Tipping          : RM20/person
saja letak harga kat sini, sok-sok boleh buat reference.



.....bersambung/.




No comments: