Monday, January 16, 2017

Kenapa Anda Kena Travel Dengan Malaysia Airline



Hmm, Rasanya ramai yang dah kenal dengan Malaysia Airlines
atau dikenali juga denga MAS Airlines, kan?
Mana tidaknya, syarikat penerbangan ni bukan saja terkenal di Malaysia, 
malah ke serata dunia. 
Sekarang, ia berpengkalan di KLIA yang terletak di Sepang 
dan merupakan syarikat penerbangan bertaraf lima bintang yang telah diiktirafkan oleh Skytrax. Memang superb! 

Dengan reputasi syarikat penerbangan ni sebagai top 10 the world’s best airlines, 
ramai yang dah salah sangka tentang tawaran harga tiket. 
Haiipp, korang ni. 
Jangan risau Malaysia Airlines juga ada offer cheap flights untuk korang semua. 
Mereka menyediakan laluan penerbangan yang sangat meluas ke 60 destinasi di Asia,
Australia, Timur Tengah dan Eropah. 
Jadi, korang boleh terbang ke mana saja destinasi impian korang dengan penjimatan yang hebat.


























Saya memang suka sangat naik Malaysia Airlines,
staff MAS Airlines bagi best hospitality kat saya.
Perasaan macam dah sampai rumah sendiri bila melangkah naik dalam kapal terbang bila tiba masa nak balik ke Malaysia dari luar negara. 
Mungkin Appearance saya “so Malaysia”, Mereka auto terus berbahasa Melayu dengan saya.
best wohh!! dah berapa hari kita berborak dengan orang cakap bahasa lain kan bila kat luar negara kan, 
memang jadi rindu la nak cakap melayu dengan orang negara kita sendiri.


Kenapa korang kena travel dengan sistem penerbangan ni? 
Haaa, meh sini saya nak share dengan korang. 
Seperti syarikat penerbangan yang lain, 
mereka juga menawarkan tiga kelas penerbangan iaitu First Class, Business Class dan Economy Class. 
Setiap kelas memiliki kelebaran kerusi yang berbeza tapi ianya tetap rasa selesa dan menyenangkan.



























Kalau korang ada bajet lebih, bolehlah dapatkan keselesaan yang berganda-ganda, 
lebih-lebih lagi kalau korang plan nak travel jauh-jauh. 
Bagi korang yang dah selalu travel dengan MAS boleh juga redeem point untuk dapatkan penerbangan murah pada kelas pertama. 
Wow, pasti perjalanan korang akan lebih sempurna with their immaculate service.
bila smooth flight, kita nak lepak minum teh kat mana pun terasa best and smooth.
tanpa rasa cramp kat otot-otot badan.

Selain tu, jika korang fly dengan First Class atau Business Class, 
korang akan berpeluang untuk mengisi perut di Malaysia Airlines Golden Lounge, KLIA 
sementara tunggu untuk menaiki pesawat. 

Pelbagai makanan yang terhidang weh! Sambil-sambil kenyangkan perut, boleh juga bersantai dan rehat di sini. 
Terdapat juga banyak kemudahan yang disediakan seperti TV, 
WI-FI percuma, surau, bilik air dan banyak lagi. 
Ruangan mewah ni memang akan membuatkan korang rasa seperti di rumah saja, 
So relaxed! Rasa terisi jugalah masa yang ada ni 
dengan segala kemudahan di sini sebelum nak berlepas.
















**Gambar Kenangan saya masa melepak dalam lounge kat Taipei Int. Airport.
Baru lounge biasa-biasa aje ni pun dah cantik dan selesa.
Cuba bayangkan kalau kita ada access untuk Golden Lounge, Wowwiii Lagi terbaik wehh!


Tambah lagi, 
korang juga akan mendapat exclusive check-in privileges 
jika fly dengan First Class atau Business Class. 
Korang tak perlu berbaris panjang untuk ke pemeriksaan imigresen 
semasa nak masuk dan keluar dari airport nanti. 

Bagi memudahkan korang untuk check-in dengan mana-mana pilihan airfares pilihan korang 
tanpa perlu beratur panjang di kaunter, korang boleh dapatkan boarding pass dengan mudah. 
Caranya, korang boleh check-in 48 jam sebelum berlepas melalui online website 
atau mobile check-in. 
Hanya dalam beberapa minit saja, korang akan menerima boarding pass di SMS dan e-mel. 
So easy to travel the world with cheap flight, right? 
Dah ada kemudahan macam ni, dekat mana-mana pun korang boleh buat booking. 
Haaa, senang dan cepat kan? Hihi



**Ingatkan dekat KLIA je ke kita kena beratur panjang-panjang untuk check In,
Dekat Narita Airport pun kena beratur panjang jugak oii.. huahuahuaaa..
Elok la kalau kita ada Business Class ticket ataupun 1st Class ticket bila ada duit lebih dan mampu.
Segalanya jadi mudah dan selesa. Tak perlu nak beratur panjang-panjang macam ni lagi.


Seterusnya, sebab kenapa korang kena travel dengan system penerbangan ni,
saya rasa bab ni pasti semua orang suka iaitu hidangan makanan yang sedap-sedap.




















**Ni Gambar makanan saya waktu trip ke Taipei bulan August hari tu . Yummmehh sangat!




Aisshh, tipulah kalau korang tak suka makan, lebih-lebih lagi nak makan dalam kapal terbang ni.

Best weh! Memang satu pengalaman yang manis. 
Macam-macam jenis hidangan lazat ada disediakan dari menu antarabangsa 
hinggalah ke menu tempatan. Apa yang best, korang juga boleh buat special meals request 
dengan 20 pilihan makanan mengikut keperluan religious, medical dan dietary korang. 
Kalau nak rasa lebih personalised fine dining experience, 
korang boleh cuba dengan pilihan menu chef-on-call 
tapi service ni hanya untuk korang yang First Class dan Business Class saja. 
Dan yang paling penting semua makanan yang dihidangkan adalah halal dan disahkan oleh JAKIM.

Just enjoy your meals okay! Hee.



























Sampai licin nasi saya makannya kan, hinggakan tak mampu nak makan roti dan pudding roti. Banyak betul makanannya.

Walaupun syarikat penerbangan ni banyak memberi penawaran penerbangan yang murah
kepada penumpang, namun apa yang saya nampak mereka tetap menjaga kualiti perkhidmatan dengan memberikan layanan yang sangat baik kepada semua penumpang. 
And undeniably, semua cabin crew dalam flight sangat friendly dan helpful. 



Minta Cik Stewardess berswafoto dengan saya, sporting je Cik Syafinaz ni melayan. 

Walaupun saya baru buka mata dari tidur ni. ketara sangat mata sembab bergambar. 
Pedulik hape kan ??janji dapat ambik gambar dengan pramugari yang cantik manis ni...

Selain tu, korang juga boleh menikmati in flight entertainment system dia yang sangat hebat.
Untuk hiburan ni, korang jangan kecil hati sebab ia available pada setiap kelas tempat duduk
cuma bezanya pada saiz screen AVOD saja. 
Jadi, korang boleh enjoy dengan pelbagai pilihan movie, program TV, games dan lagu. 
Menarik kan?
Kredibiliti yang di tonjolkan oleh MAS memang akan selalu menambat hati
semua penumpang lebih-lebih lagi rakyat Malaysia. 

Sebab tu secara personally, saya rasa this is the best airlines in Malaysia.
































Okay, tunggu apa lagi tu korang oiii.. Jom lah terbang!











4 comments:

wahida said...

wah...promo sungguh2 ni...hahaha...

ietams said...

meh la tergoda goda goda

CikLily Putih said...

international memang best cuma domestik ermm cam haremmm

ietams said...

CikLily,
ye ke kak lily?
so far saya semuanya excellent di layan bak orang kaiya
tak kire international maopun domestik.

Sensasi nya..,

Us together..