Friday, October 14, 2016

Pokok Kaktus?



nak cerita ceriti kejadian satu petang mengenai saya,
haziq (anak 1st) dan Ziyad (anak 2nd)

satu petang balik dari jemput anak² dari sekolah.
sampai je kat rumah, macam biasa masukkan kereta ke parking kat porch.
tepi pintu kereta driver (saya) belah kanan ada pokok Limau Kasturi.
pokok limau kasturi tu.. saya tanam dalam pasu.
tinggi pokok tu dah paras ketiak saya juga




























betul-betul seni hiasan tanaman pokok limau kasturi saya ni
batang dan duri aje yang tinggal.

elok je enjin kereta saya matikan,
"kesian pokok kaktus ibu.. habis botak pokoknya, ulat ni makan daun-daunnya" kata si Ziyad.

"Pokok Kaktus?? mana ibu ada pokok kaktus" tanya saya.

"itu kan pokok kaktus?? pokok yang banyak duri tuuuu" 
rupanya pokok limau kasturi ni yang di kata Kaktus oleh si ziyad.

saya dan haziq pun berdekah-dekah le ketawa dengar ziyad cakap pokok limau di kata kan  kaktus.

"bukan pokok kaktus la tu ziyad.. 
itu pokok limauuuu.. daunnya kena makan dengan ulat gonggok. Kan ibu kan?"
haziq pulak yg ber cakap.



















berdekah-dekah le saya ketawa tengok anak-anak bandar ni bercakap.
sambil ketawa tu saya betulkan la salah faham anak-anak saya ni..

"ini pokok 'limau kasturi' ziyad..
yang makan daun pokok limau ni 'ulat beluncas'. Atau boleh juga di panggil 'ulat bulu'.
bukan ulat gonggok, abg long.."

ketiga-tiga kami berdekah-dekah ketawa serentak.





















ulat beluncas ni yang di katanya ulat gonggok.
kesian ko beluncas.. punya la lawa warna ijau kau. dikata yang cekelat kelabu asap tu dikau yer..



1 comment:

Jari Manis said...

Keh keh keh x pe lah x tahu nk bezakan lg

Sensasi nya..,

Us together..