Friday, March 14, 2014

Packed Food @ Bento


Salam Jumaat.
pagi tadi, saya bekalkan haziq Mihun goreng.
haziq sekarang bawak bekal makan (aka Bento) untuk sekolah petang aje..
dia tak nak makan bekal ibunya waktu sekolah pagi.

kate haziq, dia nak beli makanan aje kat sekolah agama (sekolah pagi)
katenye lagi, hari-hari dia nak beli dan makan nasik lemak tersedap di dunia..

huihh HOVER nau Haziq puji melambung nasi lemak acik kantin sekolah pagi nya.
paling tak menahan,
sempat lagi haziq kondem nasi lemak ibu masak pun tak sedap macam nasik lemak kantin sekolah agama.



sentapppp hati mak.. NAkkkk.... huwaaaaa!!!!!


 tapi tak pe lah haziq..
haziq makan le nasi lemak acik kantin yang tersedap di dunia tuuu..

ni ibu masakkan haziq Meehoon Goreng ibu yang terlazat di dunia
dah jadi menu rutin wajib haziq hari-hari dah Mihun ni.
nak bekal kan nasi ke roti ke.. haziq cakap tak cukup masa nak makan.

haziq sendiri yang minta bekalkan dia mihun aje hari-hari.
sebagai penambah selera,
saya tambah telur ayam rebus sebiji, 3 biji fishball yg di rebus juga.
pastu satu pek sos KFC utk penambahan perisa.


*pandangan dekat

*dari pandangan jauh sikit..

*siap untuk bi bekal.



yang ni lak, nasi lemak yang ibu masak hari-hari untuk jualan..
walaupun anak saya si Haziq cakap nasi lemak ibunya tak sedap..
syukur alhamdulillah, bisnes nasi lemak saya masih berjalan lancar.
buat julung kalinya, saya reveal kan bisnes nasi lemak saya kat dalam blog ni..
hehehe.. tahun ni dah nak masuk tahun kedua dah saya ni ber bisnes packed breakfast.

baru nak belajar-belajar berniaga.., sambil-menyambil kate orang..
rutin harian saya memang tak cukup masa dan rehat sebenarnya..
tapi insyaallah saya akan buat yang terbaik selagi sihat dan bertenaga, Doakan saya ya!! tenkiuuu...

pagi sebelum pergi kerja saya masak packed breakfast,
malam-malam / hari cuti saya amik upah jahit tudung.. hahaha.. over gak nak jadi superwoman kan..



*menjahit tempahan di waktu rehat di pejabat


Menu utama bisnes packed breakfast saya mihun dan nasi lemak.
saya letak mihun dgn nasi lemak tu kat stesyen minyak.

haziq sorang je cakap tak sedap.. mencikk tau!!
cakap je la dah jemu makan nasi lemak ibu masak.
ni cakap tak sedap pulak.. sabau je la anak ibu nii...





3 comments:

hazman fadzil said...

Uiisshh.... rugi betul haziq... kalau ABANG confirm suka makanan bekal nie....tapi biasalah selera budak2x cepat berubah kan...

wantie said...

ya Allah.. terkedu akak baca entry ni. dah le kerja, berjualan nasi lemak pas tu ambik upah menjahit lagi.. anak anak lagi...

kat mana la ko ambik tenaga tu dik?

saiz kecik molek je ko ni.. banyak nye tenaga ko.

lizz said...

waa bestnyer berselera la haziq dapat makan mihun siap ader fishball lagi tu...
bagusla dah jadi usahawan sekarang mesti sedap nasi lemak dia ni...

Sensasi nya..,

Us together..