Thursday, January 16, 2014

Didie Alias Hamil 3 bulan



Langsung tidak menyangka untuk berbadan dua di usia 40 tahun,
Didie Alias berkongsi berita gembira yang dia kini sedang hamil tiga bulan.
Didie berkata dia berdebar dengan kehamilan kali ini
kerana kali terakhir dia berbadan dua ialah 15 tahun lalu.




“Saya tidak kisah tentang jantina bayi,
asalkan kandungan semuanya selamat dan berjalan lancar.
Ini kerana mengandung di usia begini memang
tidak dinafikan banyak risikonya.
Alhamdulillah setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik,”
ujar Didie ketika dihubungi oleh GUA sebentar tadi.

Cerita Didie lagi, dia bersyukur kerana tidak mengalami
alahan dan muntah-muntah yang teruk,
sebaliknya hanya mengalami masalah sedikit loya ketika di awal kehamilan.

Memilih untuk merahsiakan kehamilan
sehingga kandungan mencecah usia tiga bulan,
Didie memberitahu ramai yang menegur susuknya yang kini semakin berisi.
Ketika mula disahkan mengandung berat Didie
adalah sekitar 49 kilogram, tetapi kini beratnya sudah mencapai 58 kilogram.

“Selera makan saya semakin bertambah
dan kadang kala saya merasa lapar
di tengah-tengah malam dan mengajak suami keluar makan.
Berat badan saya kini sudah mencecah 58 kilogram,
sedangkan dahulu hanya 49 kilogram.
Bagaimanapun, berat badan saya pernah mencecah 60 kilogram
ketika kehamilan dahulu.
Tetapi itu pun ketika kandungan sudah mencecah sembilan bulan.
Selera saya sekarang ini lebih kepada makanan Jepun seperti Sushi dan Teppanyaki,” ujar Didie.

Bercerita tentang penerimaan anak-anaknya yang lain,
Didie berkata mereka begitu gembira
menanti kehadiran adik bongsu mereka itu.
Menurut Didie, ibu mertuanya merupakan insan
paling teruja menerima perkhabaran gembira tersebut.

“Ibu mertua saya kerap kali menelefon
bertanyakan khabar serta jika saya teringin untuk makan sebarang jenis masakan.
Baru-baru ini saya teringin makan sejenis lauk
dan apabila diberitahu kepada ibu mertua saya,
dia terus memasaknya untuk saya,” ujar Didie mengakhiri perbualan.


pagi tadi dengar berita ni kat Radio Era, sampai je opis, terus google..
bila jumpe cerita ni terus copy paste dari Gua tu,
tq ye pada sumber.


#ohhh banyak nya hari tak 'meng'update blog...
macam banyak gak cerita nak #storimori.. tapi idea yang #takmarimari..
mood pon tak #munculmuncul.. haiilahh.. nanti-nanti la kan..
satu hari nanti akan kunjung tiba juga mood pulun update blog..
hingga jumpa lagi yerr.. daaaa!..


3 comments:

wantie said...

la..baru 40 ke umur dia. muda agi ar.

wantie said...

eh lupa nak ucap. tahniah.. syukur rezeki tu

lizz said...

tahniah untuk kak didie...rezeki dia nih...moga selamat semuanyer...

Sensasi nya..,

Us together..