Monday, December 2, 2013

Steam N Grill Burger Setia Walk, Puchong


assalammualaikum..
apa khabar semua.. saya alhamdulillah sihat sejahtera.. cumanya badannya ni ha dedar-dedar selsema sikit.
dah macam budak kecik pulak dedar-dedar demam..

lama tak jenguk waima update blog.. membizi sangat hidupan seharian.,
ni nak cerita.. hari tu saya dapat jemputan FoodTasting dari Steam N Grill Burger kat SetiaWalk, Puchong.

Oh memang berbesar sungguh hati saya bila dapat undangan datang sendiri dari
owner restoran.
mula-mula dapat email tu, saya google dulu restoran apa kah ini..
Halal ke idok yang paling utama saya soalkan.
sekali bila dah googled, jumpa Cik Lily dan incik Hazman dah pernah hadir dah dulu untuk FoodTasting.
so tarik nafas lega terus.

bila dah berbalas email dengan kak Zai, kebetulan saya free masa tu hari Selasa, 26/11/13 je ..
pastu sebabkan anak² saya takde sape pulak nak jaga.. siap tanya kak zai,
boleh ke kalau saya datang bawak anak² sekali.
bila dah kak Zai kata okey boleh bawak anak²,.. zasss! tepat 8.30malam kami sampai depan pintu kedai.


saya tengah kusyuk mendengar penerangan Kak Zai (owner restoran)
kecik molek je kak Zai ni.. orangnya pun lemah lembut.

Kak zai tanya saya nak makan ape..
disebabkan teruja melampau makanya saya minta kak Zai je yang orderkan ape yang special.


air kami order 2 coke untuk saya dan en abah.. 2 milo untuk haziq dan ziyad.

Coke untuk saya..

wahhhh! inilah burger yang Kak Zai bagi untuk kami sekeluarga..
5 biji hah! hambekkk.. makan sampai lebam..


dari kiri ke kanan, baris atas;
Original Bun - Classic Chicken Burger,
Spinash Bun - Otak-otak Burger
Charcoal Bun - Hawaian Chicken Burger

Dari kiri ke kanan barisan bawah;
Original Bun - Serunding Beef Burger
Wholemeal Bun - Vegan Mushroom

Cheese Fries.. Sedap & terbaik..
kemain lagi haziq.. siap tulis I Burger
sebabkan fries ni yang paling cepat habis dimakan anak-anak saya,
Kak Zai tambah lagi satu set Cheese Fries ni.. betul² terbaik.!

kalau kita bawak anak-anak datang makan sini kan,
kita akan diberikan kertas dan Magic Colour Pen yang warna warni.
bolehlah budak-budak main lukis², tulis²..
yang mana cantik tulisannya atau lukisannya tu, boleh lah ditampal kat Notice board yang disediakan

sebabkan haziq dah tulis I love burger tu,
en abah dengan bangga terus tampal kertas anaknya ke notice board ni..


Haziq syok gile makan fries

bila dah syok² makan tu marilah kita berselfie dan tag kan #twitter, #instagram dan juga @facebook
#SteamNGrill
sebabnya kan, kalau kita share kan gambar kita makan burger kat sini,
mase sebelum balik, kita tunjuk gambar kita berselfie tu dekat kaunter cashier..
untuk next visit kita boleh dapat diskaun 10% .. ha kan.. bestttt..

makan burger berjemaah katanya..

en abah tetiba makan burger punya tertib...
ishhh anak nantu sape la yang tertib sangat ni..
saya satu family pilih Charcoal Hawaian Chicken Burger is the best..
Cahrcoal bun tu sedap sangat².. dipadankan dengan Hawaian Chicken Burger adusss..
terasa-rasa sedapannya..

yang lain-lain tu pun semuanya best juga,, tapi Hawaian Chicken tu yang terasa lebih-lebih bestnya.
sebab dia pedas.. hahaha..

bila dah anak-anak terus bertukar menjadi Super Aktif,
cepat-cepat saya ajak en abah balik.
tak tahan weh bila budak-budak ni buat macam rumah sendiri..
sesuka hati dia orang aje begini..
sungguh malu melampau saya dengan kak Zai




sebelum balik, jom saya tunjukkan deko kedai yang cantik dan damai sangat ni..



Kaunter untuk order.
sistem order nya sama macam kita order Di Subway..





dah siap order, boleh buat pembayaran di kaunter..,




saya sempat ajak owner restaurant Steam N Grill Burger di Setia Walk, Puchong bergambar.


 
saya cek puan belog bergambar bersama cek puan dan cek tuan owner restaurant.
kak zai dan Mr handsome.. (sebab saya tetibe lupa name business partner kak Zai ni, Sorry ye..)


nak tau menu-menu yang ada dan harga² nya, jangan risau .. boleh tengok sini..,


dah boleh plan dah nak makan ape..kan?

apa tunggu lagi.. cepat² pergi tau.. memang best!
Steam N Grill Burger,
J-03A-1, Setiawalk, Pusat Bandar Puchong.
Tues-Sun, 1130am-930pm
Ingat ye.. Isnin dioarang TUTUP.
Selamat menjamu Burger..! semuanya terbaik..
Burger berkonsepkan selera Malaysia.. Pasti tak rugi. Nyummss!! Sedap..



**Updated @3/12/13
kak zai tu dgn Mr Handsome tu adalah business partner
the honourable owner of the restaurant.
Sorry ye.. atas ke tidak clear an awal²an cerita semalam.
update blog mase tengah nyambil update stock record (kerja)..
tah bondo-bondo nye la hai karangan yg jadi.. **














12 comments:

lizz said...

Best ni kalo duk puchong ni bolehla pi try mkn kat sini...memacam jenis burger ader

mrs Fiza said...

cntik dekorasi kedai dia..oh igt kak zai tu owner..rupanya yg chinese tu.. menarik lah cra promosi dia nk menarik minat pelanggan

Rizziela said...

Bangga orang melayu boleh buka sendiri...harus mencuba lepas ni

hazman aka species1980 said...

Owwhh.... dapat invitation jugak rupanya... memang dia ada cakap aritu monthly nak panggil blogger buat review.... rezeki la tu kan... puas hati makan burger organik nie

Leeza Dayasari said...

Wow meriahnya!!!

Asz Miza said...

Selalu lalu depan kedai ni..tak tau pulak owner Malay..boleh la try nanti..thanks for the info. :)

Kesuma Angsana said...

nampak cm best, KA x pernha cuba lagi ler!

wantie said...

wow.. burger. tapi kan nampak ketara sangat. Makin encem pulak anak tuna sulung kamu ni.

ietams said...

Lizz..
Boleh try kalo dtg puchong ni..
Setiawalk puchong tarikan baru lepas IOI mall la kirenye

ietams said...

Fiza..
Memang cantik..
Tu yg malu terus bila anak2 terlebih comfy.
Kak zai tu salah satu owner kedai gak..
Bsness partner nye chinese

Rizziela..
Betul kan.. Memang kita pon tumpang bangga
Bile org melayu buat kedai konsep cenggini

ietams said...

Hazman..
Alhamdulillah..
Terlebih puas sangat2

ietams said...

Leeza..
Memang meriah sangat2..!!! Ha3x...

Asz miza..
Nanti cuti cuti jangan lupa singgah tau..
Dorang memang buat konsep open cenggitu...
Memang strategi dorang..
Dah tau dah melayu. . Jom la test!

KA..
Boleh la cuba... Makan banyak pun tak rase mual burgernye ni..

Kak wantie..
Nyummms burger... Dappppp!!!
Ensem ye... Tq.. Yg penting bukan muka edit kamera kan...hak3x..

Sensasi nya..,

Us together..