Tuesday, November 12, 2013

Away



Salam selasa dari saya.
Dah breakfast ke semua..
Saya senyap dua tiga hari ni..
Bukan kemana mana pun.
Saya anak beranak stay di KPJ Damansara
Start hari Jumaat malam ke pagi minggu lepas...
Sebab nya mase tu pukul 3 pagi start admit ward.
Ziyad anak saya yang kecik tak sihat.

Kene tahan wad.. Berkampung le kami di hospital.
cirit birit muntah muntah siap demam
Start 4hb Nov 13 lepas... Malamnya kami
Pergi ke klinik Qistina Putra Permai
(equine park).
Dapat ubat cirit birit + ubat demam +
Ubat tahan muntah + ubat angin + antibiotik.

Kene habiskan antibiotik dan pantau ziyad selama 3 hari. Bila tengok hari Jumaat tu, ziyad
Masih muntah muntah dan cirit sekali dengan panas demam
Saya terus ajak en abah ke hospital.
Saya kan die hard fan hospital kerajaan... Hihihihi..

Takde lain hospital yg dipilih..
Hospital Serdang yg jadi pilihan.
Dari pukul 8 malam berlanjutan ke pukul 1 pagi.
(buat 2 ujian darah & tunggu result sekali)
Ramai gak orang mase tu. Kebas gak punggung dan birat mata tahan ngantuk.
Mase tu ziyad dah melepet lembik langsung tak bermaya.. Nangis pun dah takde airmata dan suara.
Pukul 1 kot mase tu..bila result ujian darah yang kedua keluar..

terus Doktor siap-siap kann borang untuk masuk wad si ziyad ni..
Memang saya pun dah siap dah packing baju2 saya dan ziyad.
Memang dah syak kene tahan wad si ziyad ni..
Mase nak tunggu nurse tu siap2 kan urusan hal kemasukan wad tu..
Dia inform kami yang haziq tak boleh masuk wad.

Rupanya kanak-kanak sekarang dah tak boleh ikut masuk kat wad eh.
Siapa pulak yang nak jaga haziq kalau kami ke atas nanti.. Macamne pulak esok-esok.
Lepas tu wad kanak-kanak takde jenis 1st class..
Bincang punye bincang..
Kami sepakat utk pergi ke hospital swasta..

Sekurang-kurangnya pergerakan keluar masuk tu selesa sikit. Haziq boleh bebas melawat adiknya.
Pukul 1 lebih kami terus bergerak ke KPJ.
tanpa berlengah doktor yg dekat emergency
Terus uruskan ziyad punya ward admission.
mase doktor tu check2 ziyad..sembang punya sembang
Sekalinya doktor tu duduk sama area dengan kami..
Hahaha... Jumpa jiran pulak kat sini...

Selesai urusan dan selamat masuk wad lebih kurang pukul 3 pagi.
Sebabkan single bed ward penuh..
Kami bermalam dulu di ward yg lain..
Nanti2 saya sambung ye ceritanya..

Sebab baby sulong saya dah bangun
Adiknya yg sakit pun tak merengek lebih lebih..
Abang dia pulak yang lebih lebih merengek..
KPJ oh KPj ai nak apply jadi nurse lah macam ni..


Published with Blogger-droid v2.0.10

6 comments:

wantie said...

GWS yer. tu lah kalau anak anak tak sihat rasa mcm kalau la jadi nurse mesti better kan. tau selok belok perubatan even tak jadi doktor sekalipun. ngeee

Masni Syafie said...

hati2 dengan keadaan alam sekeliling kite...ramai yang dgr virus ni menyerang budak2...smpai kena admit ward a fews day...huhu..ksian

Suhaiza Shamsudin said...

kes sama macam abid.. 4 hari3 mlm berkampung kat hospital ... cirit birit, muntah2,demam panas. Doc ckp kene rotavirus.. Alhamdulillah skrg dh okey.. sabar yer ibu ziyad.

zulieta said...

Wantie..
Betul kak..
Bila bende penyakit kene kat anak2 ni..
Terus terbit rasa nak jadi doktor / nurse.
Dpt tau apeape penyakit

Masni syafie..
Ye la.. Memang kena berhati2..
Zmn skrg ni mcm2 virus & penyakit ada.

Suhaiza..
Same la kami.
Anak2 ni kene rotavirus jugak..huhuhu

lizz said...

biasa kalo anak2 tak sihat,,,kita mak2 ni memang tak senang dudukkan...
minggu lepas anak saya pun tak sihat selsema batuk jer...
moga ziyad cepat sembuh yekk...

Che Rosliza Che Mat said...

Nasib baik...anak2 saya okey..

Sensasi nya..,

Us together..