Thursday, January 3, 2013

khasiat Cuka Kurma, khasiat Cuka Epal


Khasiat Cuka Kurma, Khasiat Cuka Epal

KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN

Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM

Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.

Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.




Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318).

 
Khasiat Cuka Epal

- Melambatkan proses penuaan dan mengimbangi keasidan dalam tubuh kerana asid tinggi menyebabkan mengantuk dan malas.

- Mengimbangi kolesterol dalam darah

- Meningkatkan metabolisma badan, memecahkan lemak serta membantu menurunkan berat badan.
- Membantu menghilangkan jerawat kerana fungsi sebagai anti bakteria, mengimbangi pH kulit dan menyerap lebihan minyak.
- Membantu pemasalah pencernaan dengan membunuh parasit di dalam perut , buang toksid
- Walau bersifat asid, tetapi dapat mengalkalikan badan , sesuai untuk penghidap gastrik
- Mengawal tekanan darah tinggi dan gout
-Membersihkan buah pinggang
- Menghilangkan sakit tekak, batuk, athma dan resdung
- Memberi kesan baik pada rambut kerana mengimbagi pH level dan membunuh bakteria-membantu masalah rambut gugur dan kelemumur
- Meningkatkan stamina badan dan mengurangkan kepenatan selepas bersenam
- Meningkatkan sistem imun badan
- Mencegah alergik
- Meningkatkan daya ingatan
- Membuang selulit


'
'
'
'
Cuka Kurma, Cuka Epal adalah amalan saya..
dan alhamdulillah badan saya kurus, muka saya jelita *#TDDMKA*
ni gambar stok yang wajib ade di rumah saya.
cuka kurma & cuka epal saya punya majoriti tuanpunye.
cara makan, bangun pagi tanpa basuh muka & gigi, telan sesudu besar cuka.
lepas telan tu baru la ke toilet, gosok gigi ke kencing ke..
en. abah tak lalu nak telan fresh² macam tu,
haku amik senyap² campor dalam masakan bagi dia.. bukan dia tau pun.. hak3x...

pati jus delima majoriti untuk en. abah & haziq,
bagi kuatkan antibodi dan panaskan dalaman dorang berdua,

minyak zaitun guna untuk masak goreng² lauk Ziyad



Jom kita amalkan pemakanan yang sihat dan mengikut cara Islam..,

Giler tanak jelita & kurus macam iols?? 
tak caye kalu..
meh pakat mai tengok gambar mak sedara dah macam adik beradik je dengan anak sedara ni ha..
gambar fresh candid di cilok dari tag en. abah kat FB.
series takde edit uolzz...


*sila muntah dgn stetment tak berhagak mak...kekekeke..



.
.
.
bye!















19 comments:

Kesuma Angsana said...

tq share this ye

MayaYunus said...

Gile ko x nak isi bakul angkat sendiri...org lain boleh apsal ko xboleh... Ye dak ??

MayaYunus said...

Gile ko x nak isi bakul angkat sendiri...org lain boleh apsal ko xboleh... Ye dak ??

[PCL] said...

mana nak dapat semua tu ek...bole bg wife pcl cuba...org prmpuan mmg suka mencuba produk lg2 yg hebat islamic gitu..

MrS. F!zA said...

tang part 'JELITA" tu i loike! ptt makin jelita uolsss

Yaty Minhad said...

zulie..bukan mcm adik bradik..dah mcm rakan sebaya dah..aawwww...

wantie said...

ooo... cuka tu leh melancarkan susu ke?
saya ada beli tapi untuk mak aje. ingat lepas habis BF ni baru nak amal minum cuka ngan madu.

kalau cenggitu leh la saya cuba sendiri. hehehe

Ietams said...

KA,
u r welcome..
bende yg baik meh same² share.

Maya,
gila tanak angkat bakul kann?
jom kite same² angkat..hik3x

PCL,
boleh beli kat booth islamiah..
selalu nye org² yg jual kurma ade jual cuka-cuka, pati² macam ni..
kat pasar mlm pun dah ramai yg jual..
kat gerai² yg jual mase solat jumaat pun ade..
bagus tau! cepat² cari utk org rumah.

Ietams said...

fiza,
of coz yuuu,
sape tanak jelita khennn.. hak3x

yaty,
rakan sebaya lagi..,,
tak menahan.
cume bibir aku je la kureng sikit,
kene up bibir lak lepas ni..
baru lebih menawan.. kekekeke...

wantie,
a'ah kak.. boleh lancarkan mana² yg tersumbat,
jom kite same² amalkan

sue said...

salam, cuka arab kurma khasiatnye sume sama kan walaupon brand laen? pastu, lau cara minum cuka kurma saya bese amik sesudu cuka kurma + madu khaula tuang dlm air suam baru minum lepas subuh xpe ke? Lagi 1, cuka kurma ni elok diamalkan minum sehari sekali ataupun bile2 je?

sue said...

sis,cuka kurma arab mana2 brand pon sama khasiatnye kan? minum cuka ni sehari sekali ye? lau saya cmpur sesudu ngn air suam xpe ke?

Ietams said...

sue,
memang khasiat cuka kurma ni same tak kisah brand ape.
cara sue makan campurkan madu tu pun bagus juga.. sebab buleh kurang kan kelikatan rasa cuka tu.
minum campurkan dgn air suam pun boleh, pada org yg tak tahan rasa cuka tu.
kebiasaan nya seeloknya kita makan cuka ni bangun pepagi sekali dan sebelum tidur sekali.
mari kita sama2 amalkan makanan sunah.

Anonymous said...

boleh ke minum cuka epal n cuka kurma serentak?

Anonymous said...

boleh ke minum cuka kurma dan cuka epal serentak.?

SUFFI RAIHAN said...

kalau minum x cuke ni x ikut masa boleh ke???

Anis Adilah said...

Xde ksan sampingan ke kak??? Sy takot klau ade ksan smpingan..

Anis Adilah said...

Xde kesan sampingan ke kak??

ietams said...

Suffi,
rasanya boleh juga kalau minum tak ikut masa.
sebab kadang² saya pun minum tak ikut masa..
teragak malas minum cenggitu,
saya campurkan aje dalam masakan instead letak asam jawa/asam kering

Anis,
jangan ambik overdose la cuka² ni...kan cuka ni tinggi asidnya kan

Anonymous said...

cuka kurma ngn cuka epal blh mkn srentak ke.

Sensasi nya..,

Us together..