Thursday, August 2, 2012

jemputan Wedding at K Club Taman Melawati from Sharifah Sahora

patutnya bulan-bulan puasa ni letak ler cerita-cerita puasa kan..
apa nak buat. banyak benor entry yg masih selamat di dalam draft.



rasanya jemputan kahwin ni bulan 6 kot. Saya dah lupa dah bila.
a long long one fine day, en. abah bawak balik kad kahwin, kata beliau kepada saya,
kita dapat jemputan khas dari Sharifah sahora si pelakon tu.
memula tu macam keterujaan lah saya ni (org jakun kan..)
tetiba teringat, laaa.. memang la dapat jemputan,
sebab adik ipar sh. sahora tu satu office je dgn en. abah.

majlis start jam 8.00mlm. . kami sampai jam 9mlm. bagus sangat..
padahal kami gerak pukul 7.45, usai maghrib baru keluar rumah.
sekali hambek! jammed teruk di MRR2.
en abah dah mula hangin.. (beliau memang suka naik hangin bila tersekat dlm jammed)

ai menten aje duduk belakang, ziyad sedap tidur, haziq pun senyap ontok aje.

sampai-sampai aje, pengantin tengah bersanding.

ni tempat duduk kami.
ziyad, saya dan haziq.
majlsi ni ada tema kaler. untuk jemputan kaum keluarga mereka kene pakai kaler hijau.
utk jemputan kenalan sahabat handai, kena pakai kaler hitam putih.

ni lah pengantin barunya.. YM Raja Hafiz (pengantin lelaki satu ofis en. abah)

majlis di emcee kan oleh sobri.. name penuh beliau ai tak tau.. hihihi..

en. abah pun saya suh bergambar.
mujur en abah skrg dah sporting. senang ai nak suruh dia bergambar sana sini.
kalau dulu,... huh mencik!


saya dan pengantin..


saya dan sharifah sahora.
beliau sungguh beautiful.
tengok dalam tv macam ada kesan jerawat kat pipinya kan..
tengok live takde ape! flawless sgt.


dan di akhiri dengan gambar kami sekeluarga bergambar dengan pengantin di pelamin.


3 comments:

inazamri said...

cantik kaler ijau pelamin tu

wantie said...

tak tanya ke apa si sahora pakai sampai menghilangkan lobang lobang pipinya tu. nak le jugak sebab muka akak ni pun lobang lobang jugak. ngeee

BTW... you look nice

Ietams said...

inazamri,
memang cantik kak..
kalu tengok live mcm garden wedding je..
dorang mix & match segala nampak sweet

wantie,
tak sempat nak tanye kak,
beliau amat bz di kala itu.
cukup puas daku memandang kejelitaan beliau

Sensasi nya..,

Us together..