Friday, July 27, 2012

Jalan Jammed di Bulan Ramadhan

bulan puasa tahun ni kan,
saya tak berapa berjaya menjadi isteri Mithali untuk keluarga saya.. "_________"
di hari bekerja yakni start
dari hari isnin hingga ke semalam, langsung saya tak masak.
sabtu ahad aritu je ai berjaya masak segala bende makan berbuka dan sahur.

isnin sampai semalam, hari khamis..
kami makan hasil masakan air tangan en. abah.. hahahaha..
orang telekom balik pukul 4.30pm bln poser ni.
saya? kul 5 baru buleh balik.
kuar office nak kene redah ke sg besi
jemput ziyad..

perjalanan di pekan sg besi tu boleh tahan sesak.
dah macam jalan kat jalan T.A.R. pulak.

bila dah sampai rumah pukul 6.30,
kalau takde budak kecik, memang dah boleh sangat
saya berpulun kung kang kat dapor masak lauk buka.
tapi masa tu lah ziyad pulak taknak letak.

kemain hebat dia mengamuk nak kan ibunya.
siyan ziyad.
nak taknak, en abah masuk dapur.

cari ape yg patut,
servis bertukar tangan woh!
walaupun hidangan buka yakni nasi putih berlauk kan
cume ikan goreng atau ayam goreng,
kami anak beranak makan dengan rakus dek kesedapan
se ikhlas hati sang suami masak utk kami anak beranak.

terima kasih banyak-banyak wahai suami ku.
walaupun bini mu ini suka jadikan dirimu as my punching bag.,
tapi yu tetap dan sentiasa di hati ku...
sayang ketat ketat ganda ganda..berjuta ribu ribu pinjam ayat haziq!





# eh! tajuk jalan jammed di bln ramadhan, tapi citer psl jammed sebaris je ayatnya..
lebih merapu pasal diri sendiri.. yeyyapppadaaa..

6 comments:

MayaYunus said...

he3,,,,,, i like juta2 entri ni,,

wantie said...

kalau suami rasa selesa dengan apa yang kita buat. dah kira mithali la tu. mana leh ckp tak mithali kalau tak masak. kita kan bekerja.

bekerja tu pun dah di kira siteri mithali jugak sebab kita membanti kewangan suami.

Kesuma Angsana said...

standard lah kalau bulan pose kat ceruk mana pun jemmmmmmmmmmmm

Ena said...

hehe..

tp betul lah.. bln poser ni jammed nye lain mcm sikit kan.. time balik wan 4.30 kalo tak bln poser 5.00 dah leh sampai umah.. tp skrg 5.30-5.45, kdg2 jd jam 6.00.. seksa sungguh!

sampai je umah.. solat dan terus terjah dapur.. masak ala kadar je la.. mana yg ada.. rasanya kali ni tak xcited mkn mcm poser dulu2.. rasa mcm makan hari2 biasa jua..

m.r.s f.a.r.i.z.a.l said...

seronoknya en.suami pandai masak & nak tolong back-up di kala memerlukan! jeles. suami saya tak pandai masak:P

Liza Razak said...

betul tu...jalan makin jammed adalah sekarang..x kira waktu je..

Sensasi nya..,

Us together..