Saturday, May 7, 2011

Day 1 in Kuching (last minute holiday punye plan)

Fri, 06 May 2011     KL-KCH   7.10 ~ 8.55

gila awal flight kami.
seawal jam 9mlm saya paksa haziq tidur.
last2 kul 11 lebih gak baru dia tidur. dgn saya, saya pun ikut tertidur.
seb baik mase en. abah nak tidur dlm pukul 12 tu saya tersedar.
saya terus bangun, packing semua baju. Siap berkemas, (rumah, kain baju)
dalam pukul 2 lebih saya masuk tidur balik.
pukul 4 pagi kami dah bangun bersiap2 mau ke LCCT.
tak check in siap2 kan, haruslah kena ada 2 jam sebelum penerbangan.
kalu 4 jam sebelum perlepasan, boleh lagi web check in siap2 kat rumah,
boleh la pergi lewat sikit.

jam 8.45 kami selamat mendarat kat KIA. Alhamdulillah.
kami stay kat LimeTree Hotel.
hotel budget aje.. siap sekali dgn airport transfer.
kami booking betul2 mlm sebelum ari sabtu yakni malam sebelum ke Kuching.. hehehe..
sampai Kuching punya awal pagi. terus kami di bawa ke Hotel.
bagusnye Lime Tree Hotel ni, sampai awal kat hotel pun dah boleh check in,
hotel lain ber star-star boleh cenggitu?? pade hemat saya rasa, mcm tak pernah jumpa lagi.
check in hotel pukul 9pagi.. masuk hotel, saya & haziq zass tidur nyenyak.
dapat saya top up balik tidur malam saya semalam.. birat mata ku..

pukul 3, en. abah & haziq kejutkan saya. Ajak pergi makan tengahri.
en. abah telefon member sekolah dia tanyakan kat mana tempat makan yg okey & harganya tak berapa mahal. Tun Jugah FoodCourt menjadi destinasi pilihan utk kami lunch.
nasib baik member en. abah dah memang duduk kuching.
boleh la kami survive. hihihi..
tak jauh mane pun bangunan Tun Jugah ni, 5 minit je jalan kaki dari Lime Tree Hotel.
Bangunan Tun Jugah berhadapan dengan Plaza Sarawak.



terus ke tingkat 3 food courtnya..
jalan sana sini, makanya kami sebulat suara memilih butter rice chicken.
saya & haziq amik butter rice chicken yg tak pedas..
en. abah pilih set yg hot & spicy. memang berapi pedas.
yang penting sedapp..


nasinya di sukat bentuk love.. tapi tak berapa menjadi love.
pecah sikit love nye..

dah alang-alang dah sampai berhampiran dgn waterfront,
terus le kami menyeberang..
melalui Khatulistiwa Bistro.
tgh jalan-jalan, tetibe hujan panas.. berlari-lari kami berteduh di pondok2 kat tepi jeti tu.
dah nampak banyak bot-bot & cruise dgn penumpang-penumpang,
haziq merengek pulak nak naik bot..



cantik  betul pemandangan kat waterfront ni.. damai & tenang je rasa.

1 comment:

pUanMaY said...

beshh,,,
dream aku ni,,huhuhu

Sensasi nya..,

Us together..