Wednesday, January 12, 2011

Pesawat Air Asia Terbabas di KIA

KUCHING - Sebaik-baik sahaja pesawat AirAsia mendarat, percikan api terhasil lantaran geseran yang berlaku antara sayap kanannya dengan landasan. Ruang kabin pula dipenuhi asap. Bagasi yang diletakkan di ruang simpanan bertaburan. Lebih cemas lagi apabila penumpang dan anak kapal langsung tidak diberikan bantuan ketika mereka lari di padang berlumpur sebaik pintu pesawat dibuka. Pengalaman ngeri pukul 10.02 malam kelmarin itu begitu mencemaskan buat 124 penumpang dan enam anak kapal pesawat jenis Airbus syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang tergelincir dan terbabas dari landasan sewaktu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini. Kejadian berlaku sewaktu pesawat AK5218 dari Kuala Lumpur itu melakukan pendaratan dalam hujan lebat. Bagaimanapun, penumpang dan anak kapal terselamat tetapi empat daripada mereka cedera ~berita adalah dari Kosmo!Online jom tengok sepintas lalu gambar-gambar kapal terbang yg terbabas tu.. ngeri gak kan.. huhuhu..
~gambar adalah di googled. Tq

2 comments:

DRE said...

uiyooo jangan bikin saya takut...

Ietams said...

DRE,
mmg seram bi..
ade juga rasa mau ke kuching.
terus hold dulu..

Sensasi nya..,

Us together..