Monday, August 23, 2010

berbaloi ke gaduh di bulan Ramadhan

Sabtu lepas maghrib.., saya jenguk FB sekejap.., tgh² online jamu mata, tetiba ada lah hamba Allah ni, bagi mesej wall to wall kat saya, "org kata dalm hidup ni jangan sesekali menyakiti hati org lain, jangan menginiaya org lain, jangan dengki mendengki....sesungguhnye org yg disakiti itu akan ingat ape yg dilakukan oleh org itu hingga akhir nyawanya...." saya jawap, "tq, kenape eh" sebab saya kehairanan teramat, apehal minah ni gigih wall to wall cakap bende² cenggini. macam sesuatu jer.. utk makluman, minah ni junier mase sekolah menengah saya beberapa belas tahun yg dulu. saya mmg anti dgn minah ni dulu, saya AJK Ibadah asrama, dan budak ni adalah junior saya yg jua sentiasa menjadi pesalah laku ibadah terlampau.. mcm-mcm hal yg berlaku yg memeningkan saya. datang lagi mesej wall to wall yang kedua, "tidak cukup dgn memohon maaf dari allah...jika diri sendiri tidak memohon maaf dari org yg pernah disakiti......" saya pun reply komen, "ape masalah anda yang sebenarnya ni?"

sepantas kilatnya dia pun reply, "mcm yg saya katakan org yg disakiti aja yg akan ingat dari org yg mengakiti..." "tak de ape2 hanya teringat masa zaman sekolah kite."

saya reply, "Sorry tak ingat. bende dah lama berlalu, sebagai orang dewasa dan mungkin bersifat matang perlukah wall-to wall & ingat bende yang dah lama berlalu?" rase nye ade lagi ayat² selebihnya.. tapi dah tak ingat dah ape lagi.

dalam pada itu, saya baca blog VP, sebabkan tertarik dengan kata-kata hikmah puan VP yg ditepek mase tu, kebetulan juga ade kene mengena dgn hamba Allah ini, saya pun cuba utk menyedarkan sesama kita.., lalu saya pinjam kata² tersebut dan wall to wall kan ayat² hikmah itu kepada beliau,

2 Perkara yang mesti kita ingat 1. Kebaikan orang kepada kita 2. Kejahatan kita kepada orang 2 Perkara yang kita tak boleh ingat 1. Kebaikan kita kepada orang 2. Kejahatan orang kepada kita

dia reply mesej wall to wall saya untuk beliau, "human is human...sekali disakiti payah nak dilupai....that nature.....anyway dlm bulan yg mulia ini....sama2lah kita memohon ampun dan maaf kepadaNYA atas sume dosa-dosa yg telah dilakukan...amin" ade pulak member dia terus like mesej wall to wall saya.. ahaks! tq peminat.. walau anda bukan friend saya di FB.

sepantas kilat lagi, dia reply komen dekat wall saya, "mcm yg saya katakan org yg disakiti aja yg akan ingat dari org yg mengakiti...anyway memang benar perlunya bersifat matang.....alhamdulilah dipertimukan di FB...setidak-tidaknya ada peluang untuk saya memaafi apa yg anda lakukan 13 tahun lalu walaupun anda tidak memintanya....agar anda tenang apabila dipanggil olehNYA kelak...."

huk alah! budak ni macam dah meroyan je tengoknya.. bende terasa hati mase sekolah 13 tahun lepas dia buleh ingat & cube untuk meghentam saya di umur menjelang 30 an ini...???

apa yg saya lakukan, saya malas nak jadi seperti beliau yang bertindak tanpa berfikir & tidak menggunakan akal sebaiknya.. oleh itu saya cuma komen,

"kalau setakat senior sebagai AJK asrama menegur junior, tentang ponteng sembahyang, kuku berwarna, rambut dye, rasenye itu adalah tanggungjawap AJK tersebut. Mengingati mati adalah sunat bagi manusia, terima kasih. Alhamdulillah di bulan ramadhan yang mulia, sesama lah kite bermusahabah diri menjadi suri & ibu yang baik sebagai tauladan buat anak-anak.."

saya terfikir, dari gaya mesej² beliau.. pada mata kasarnya kita akan fikir mulianya dia.. mengingatkan tentang mati, mungkin juga sebagai tazkirah utk sahabat.. memaafkan kesalahan orang yg telah menyakiti hatinya, akan tetapi,

cuba kite tengok pula pada dasarnya, bukankah dia telah cube untuk mencetuskan satu senario yg akan menimbulkan fitnah & syak wasangka terhadap saya? mungkin juga tindakan beliau itu akan memalukan saya..

kalau betul lah cara beliau yang pernah suatu ketika dulu terasa di aniaya oleh saya, bukankah elok bertindak secara dewasa yg berlandaskan cara yang berhemah..

kenapa tidak gunakan private massage, kan lebih elok & manis bertindak begitu. Benda yang lepas tambah lagi berlaku mase zaman belum mummayiz.. sungguh saya tak faham, kenapa masih lagi memikirkan peristiwa yang lepas-lepas, masing-masing ade bahagian masing-masing.. kenapa kita masih lagi berperangai ke anak-anakan ketika umur meningkat dari hari ke hari??.. erm...

4 comments:

didyrose said...

suku ke budak tu deq... matured lah sikit kan org zaman sekarang meramaikan sedara dia pula cari gaduh... ngok budak tu... sakit hati plak baca...
yg tak tahan wall to wall
apa barang..

Ietams said...

memang macam meroyan.
malas nak jadi teruk mcm dia..
hehehe, ignored & blocked kan sahaja

Fara said...

berangin ni...bengang la org mcm ni. mcm la kita je ada salah dgn dia...dia xder salah langsung. fara pn ada pengalaman berdepan manusia mcm ni....last2 fara diam je..lantak la ko nk mesej aku sampai lebam pun. lastly dia pn diam...klu tak mcm2 sms dia hntar, rimas kita

Ietams said...

fara,
betul kan..
macam bebudak yg masih berhingus.

Sensasi nya..,

Us together..