Thursday, February 6, 2020

Cara pakai mask (ear-loop mask) untuk yang bertudung



Sekarang ni kan tengah hot dengan CoronaVirus (2019-nCoV) kan.. virus ni di kesan mula-mula di Wuhan, China pada awalnya. Tapi sebab rakyat-rakyat yang berada di kelompok orang yang berpenyakit tersebut di Wuhan sakan pergi bercuti travel ke sana sini di luar negara, tak semena-mena virus ni dah tersebar di banyak negara. Adoiiyaiii..

Hari tu balik kampung suami.. mak mertua saya galak kali pesan saya suruh saya pakai mask masa kerja untuk elak penyakit bahaya-bahaya macam ni. Katanya tempat kerja saya ni rajin orang luar negara keluar masuk opis  memang betul pon!.. mula-mula tu macam funny gak la bila tetibe je kan mak mertua saya ni pesan macam tu.. tapi bila fikir-fikir balik, eh betul juga pesan mak mertua saya tu.. sepanjang penyakit bahaya ni menular di seluruh negara, dah berapa orang jepun datang ke office. 😰😰😰
*sayang juga mak mertua ai dengan menantu dia ni rupanya yerkk.. 😂😂😂
Prevent is better than cure gittew!


Cepat-cepat cari mask untuk preparation nak pakai. Surgical Mask yang saya ada cuma yang jenis ear-loop sahaja. Yg getah nya kena sangkut kat dua belah telinga tu. Bukan yang jenis ikat kat belakang macam doctor kat hospital tu. Untuk kami orang bertudung ni memang susah la nak pakai mask jenis-jenis ear loop ni.


Lalu saya ni pun bukak le google, surfing terus mencari info dan cara pakai mask ear loop yang senang diguna untuk orang yang bertudung. Maka terjumpalah satu blog ni VanillaKismis nama blog tu. Blog ni share kan tips pakai ear-loop mask dari facebook Elita Shafee. Bagus la girl ni, bagi idea yang menarik dan tertarik serta simple yang amat untuk guna mask ni.


Bahan yang diperlukan:

Paper clip size yang besar
Ear loop mask


So, saya pun Berjaya buat mask saya guna paper clip ikut exactly gambar bawah ni...,





saya dan mask saya! Gambar pandangan sisi



ini gambar saya Bersama mask ear-loop Pandangan depan


 


semoga kita di pelihara dari wanak-wabak penyakit yang jahat ni. Saya share kan satu doa dari Ustaz Jafri Abu Bakar, Doa mohon di hindar dari wabak. Tak jumpa ayat jawi nya.. tapi boleh la kan saya tepek doa yang dirumikan ejaan nya.. heeee 😁😁…

A'uuzu bi kalimaatillaahit taammaati min syarri maa kholaq.

Maksudnya: ''Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk-Nya''.


Jom kita baca doa ni setiap kali sebelum keluar rumah ya!..


 

1 comment:

Jiwasihat said...

Terbaik! ada juga yang pakai getah je ikat..hehe