Thursday, November 24, 2016

Suka Mengata


apa-apa pun terlebih dulu, sebagai pembuka bicara entri blog saya hari ni,
saya nak ucapkan tahniah utk Lisa Surihani dan Yusri KRU.
dah pregnant anak ke dua dah kan sekarang ni.
tadi jengah forum Cari.com.my.
buka dan baca thread pasal Lisa pregnant lagi.
baca dan baca lagi, sekali ade pengomen tu kata sebelum-sebelum Lisa pregnant,
macam-macam orang spekukan dia kan..

saya pun pernah mengalaminya dulu-dulu.
di katanya saya ni Mandul la, pancut tak sampai habis la
lemah batin la.. apa lagi ye.. huii macam-macam la kena kutuk dan keji.

apa yang saya buat, sengih aje la hadap manusia-manusia cenggini.
memang la saya ngaku saya lewat dapat anak dulu.
saya dapat Haziq selepas setahun sengah enjoy berdua aje berdating jalan sana sini.
masa awal-awal kahwin dulu memang saya laki bini tak ready pun nak terus ada anak.
syukur alhamdulillah lepas setahun sengah usia perkahwinan kami,
Hadir Haziq dalam hidup kami. Selang 5 tahun lepas tu Ziyad pula ada.
dah rasa completed dah hidup kami.

Dulu-dulu awal kahwin, bila jumpa kekawan semua heran tengok saya takde anak lagi.
yang cakap saya mandul dulu tu zahiriah nya punya la muslimahnya.
tudung bawal bidang 60" lagi. berjubah muslimah, ber blouse muslimah.
Seluar pun longgar muslimah
stokin kaki tak pernah tinggal. gila punya muslimah, tapi mulut puaka yang amat.
Allah tu maha adil, umur beliau sama umur dengan saya,
tapi sekarang dia masih hidup keseorangan tanpa pasangan.

ada lagi seorang sahabat yang tuduh saya mandul dan tak cukup batiniah
dah 6 tahun dah kahwin kalau tak silap saya, masih belum ada anak lagi.
kadang-kadang kita ni jadi manusia jangan suka-suka nak lepas mulut mengata orang.
mana lah kita tahu kan orang tu kecik hati ke tidak.
bergurau senda tu boleh, tapi jangan sampai buat orang terasa hati dengan gurauan kita.

sekarang ni haziq pun dah 9 tahun, ziyad pun dah 4 tahun..
dah enjoy sangat-sangat dah hidup kami.
walaupun ramai je yang suka salah sangka saya ni budak-budak lagi, saya terima dengan senyuman.
kalau di kurniakan bayi lagi, kami sekeluarga berlapang dada menerimanya dengan gembira.
tapi itu semua bukan terletak pada kita, Allah yang tentukan rezekinya.

walau apa-apapun, saya sentiasa ingatkan diri sendiri jangan suka-suka nak mengata orang.
buat dan jaga hal sendiri lagi bagus dari menyibuk hal orang lain kan.

sampai bertemu lagi di lain masa ya.. TATATAAAA!










3 comments:

Jari Manis said...

Suka entri ni...mmg cukup x suka dgn orang yg suka mengata tu paling x suka bab mengandung la..dh lama kawin x dpt anak, mandul lah..dia ingat itu keje kita..kira boleh ckp nk or tak..iru urusan allah..serah kepadanya..org mcm ni yg sula mengatu mmg patut Allah balas mcm tu x sedar lagi x tahulah

Jari Manis said...

Bab muslimah tp suka mengata tu sis JM dh byk jumpa kasinya jgn judge yg pakai seksi tu hati x muli..allah maha mengetahui..peringatan buat sis KM juga jauhi sifar suka mengata org x dpt apa2 faedah pun

Jari Manis said...

Kalau nampak mcm budak2 tu sis JM setuju sbb mmg iets nampak awet mida n sweet 😬