Friday, November 2, 2018

Berapa banyak kalori di bakar




Minggu ni dari hari isnin hingga ke Jumaat
 dah masuk bulan November dah pun minggu ni
rerupanya hanya sekali je dapat exercise berjalan kaki ke bangunan sebelah tempat kerja saya.
Barulah masa tu saya dapat record masa dan segala bagai detail hasil
dari aktiviti berjalan kaki saya ni.

Meh kita check sikit apa hasil yang saya dapat dari aktiviti jalan kaki saya;

Jarak                               : 0.21km
Masa perjalanan             : 4:39
Jumlah Kalori burned    : 14cal

Walaupun dapat secoet aje, kira jadik lah juga kan.
Ada gak aktiviti sihat dapat di buat walau tak pergi trek jogging walaupun ke taman rekreasi.

habis cerita pasal kalori, nak sambung lak cerita ape benda yang saya beli kat setia walk kali ni.
Pergi supermarket RedTick, nak cari buah pear dan epal hijau yang 14 biji RM10.
Boleh pulak takde buah-buah yang di hajati nya ni.


Jadi la masuk supermarket beli cherry tomato ni aje.


Lepas tu singgah Aeon Wellness,
Mula-mula ambik 2 je face mask. Tengok harga RM4.90 each.
Bila masa nak bayar, 
cashier tanya saya, “tak nak ambil 4 ke face mask ni, 4pcs RM10 je”
Terus saya capai lagi 2 face mask.

Murah la kiranya.. jatuh harga satu keeping RM2.50 aje kan..




Dah ade 4 keping face mask ni,
boleh lah tepek memanjakan muka. Bagi rileks sikit kulit muka ni.
Nak tepek lebih² skincare, kulit saya bukannya boleh.
Orang lain boleh jadi cantik meletup dengan skincare yang murah ke mahal ke.., 
sebaliknya pula jadi kat saya. lagi ko jaga guna skincare itu ini, lagi teruk muka ko jadiknya.

Saya buat yg sikit-sikit macam ni je la yang ku mampoooo…









No comments: